Followers

perempuan .

harini aku tetarik dengan satuu artikel dari blog sembang kosong .
hee . so sesiapa yang bergelar wanita or girl ke perempaun dan sewaktu dengannya . it is an honour for us to read and take it as a guideline . especially to muslimah out there ! be a good muslimah kawan kawan . dan jaga kehormatan kita sebagai insan bergelar islam . insyaAllah.. pedoman untuk diriku jua .

1.Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang
kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai
oleh perempuan jalang.



2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililit kan pada kakinya.
Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian
orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia
telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.



3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini
mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi.
Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia)
yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat
ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang
keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.



4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja
yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya.Lelaki atau
perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @jahat, adalah seperti
sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang
baik dan buruk dinyatakan dengan jelasdalam ayat 24-26 surah Ibrahim.



5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya
atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keaiban saudaranya. Dia tahu bahawa
sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan
daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?
Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.



6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya
sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya.Sememangnya ia menjadi tatapan mata
lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti
melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk
di bahagian dadanya.Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab.Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.



7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki.
Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan
biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya.
Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan
perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk
menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap
dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya). Dicatat
dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"?.Maka janganlah kamu
tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan
ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk'di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap
yang boleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka.
"Penyakit dlm hati"adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang
dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.



8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan
di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek(tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita
muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti
dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up
secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek.
Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu.
Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah ygtidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak
pakai lipstick sahaja?



9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang
digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini,
akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain.
Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan
menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan
rapi di dlam sangkar,dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka
demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna
dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara
yang terbaik.

p/s : artilek diambil forum sini.. 

biasala tu kalau kita berada dalam kalangan orang yang boleh dikatakan up-to-date , means .. diorang punya cara pakai semua hebad hebad sampai sapa jumpa je mesti cakap.. waa cantik la kau sekarang .. mesti kita rasa agak sedih la kan . we are not like them , tapi selagi Allah maha berkuasa , kita perlu tahu apa yang terbaik . memamg benda macamni selalu gakla berlaku kat aku . kawan kawan semua pakat pakai shawl ke apa tah.. ala selendang la apa semua tuh . yes ! they look absolutely cantik ! dan up to date berbanding aku yang comot camping ni , aku pon teringin nak pakai lagu tu . cuma aku x pandai je nak belit belit lagu tu semua .. haha , dan sangat x sesuai dengan muka aku ni ha..  tapi.. dah memang cara orang la ni dok pakai lagu tu.. aku nak kata apa boleh kan , satg kata melebih lebih pulak kan , aku bukan apa .. ok dah pakai semua tu cuma x mengatop bahagian dada je , tu yang dia jadi bengkok sikit . hee . tapi boleh jekan kalau nak pakai katop dada . so pikirlah apa yang terbaik .

alhamdulillah jumpa artikel ni . xlah rasa down sangat . pasal perkara kelapan tu pon kadang kadang aku tepikir jugak nak bermake up ni , just like my friend . ada jugak orang penah cakap kat aku .. zati x make up.. dia x up to date . ala lebih kurang la camtu.. zappp. terasa gakla.. tapi aku tau apa yang aku buat . alhamdulillah jumpak artikel ni walaupun pernah je dengaq ustaz cakap kan tapi bila jumpak bukti lagi , kan senang hati sikit, xdala down sangat . lagipon sekarang kat rumah ... jarang p masjid , dulu kat kolej bolehla tiap malam aku p masjid . hee . (xdala tiap malam , tipu sangat la kan) haha .

emm . ok . semoga kita diberkati Allah hendaknya dan kita menjauhi apa yang dilarangnya , amiin .
aku pon x sempurna jugak , kadang kadang ada salah silapnya , sama samala kita beringat . mintak maaf andai ada yang berkecil hati . benda yang baik memang perit sikit .

:)

No comments: