"Segmen Domo Mega : Kehidupan Duniaku".


salam . harini cek nak join segmen ni , ohh FYI ni first time join segmen apa semua ni . hehe sebelum ni x penah jugak . sebab saya telah ditag oleh sipaiepal . hee tq bebeh .


haha segmen ni dah macam soalan karangan sekolah dulu ja , sumpah rindu gila ! dah jom kita mulakan wahai ezzatihamid !
"Nak tahu kisahnya? Dengarkanlah ceritaku ini..." aku dilahirkan dekat hospital dan dengaq kata hospital tu dah x wujud skarang tapi penah gak dengaq yang hospital still ada tapi kecik . entahla , x penting pon . haha , then mak aku ehh bukan mak tapi angah yang bagi nama aku ohh spoil sikit so angah kasik nama tetttt ceeyy bajet hot kan kasik nama NUR EZZATI . emm kenapa E di depan ? tahla slalu orang letak I kan tapi ok la tuh lain sikit dari yang lain sebab nama ezzati ni ramai la noh , dulu kat sekolah dulu setiap form mesti ada sorang nama ezzati . haihh glemer la sat kalau orang panggil orang lain kita yang kalih . >.<

umoq setahun dua tahun semua aku x ingat apa jadi , haha tapi yang aku ingat aku ada pengasoh dekat pekan darat , mak chaq . ohh rindu gila kat makchaq sebab dah lama x p melawat beliau . kata nak p tapi x sampai sampai lagi pon . huhu . dari kecik orang panggil aku dekno , apa itu dekno ? tahla dah macam adik tidak ja kan , kalau kawan kawan aku dengaq orang panggil dekno ja mesti depa buat muka then kenapa orang panggil hang dekno weh ? haha cepumas gila soalan . actuallly aku pon taktau kenapa tapi saja reka cerita yang " dulu tokjang aku suka panggil aku NORain then nama aku pon ada nur kan so dok panggil dik nur dik nurr lama lama jadi la dok no . haha . wallahualam .

aku tadika dekat sk permatang tok jaya . tadika dua tahun sebab gedik nak masok awai kan , konon konon rajin belajaq . hakktuih ! banyak gila kenangan kat tadika dan dekat sekolah rendah tu aku hanya ada satu je foto iaitu foto tadika walaupon aku sekolah kat situ sampai darjah empat . sedih kan ? ramai gila kawan rapat time tu tapi dah 10 tahun tak jumpak depa , skarang tengok dekat fb segan bak hang nak tegoq . haha . cuma stilll contact la dengan beberapa girls . sedih gakla time nak pindah tu , tapi sebab mak aku kena tukaq sekolah lain aku ikut jelah tapi tak ikot p sekolah mak , aku p sekolah dekat rumah tok aku . bedikari sikit kan . cewahh .

darjah lima pulak aku tranfer ke sk pengkalan jaya . first time aku masok sekolah tu semua orang eksaited nak jumpa budak baru kan , then depa tengok aku " la.. hang ka , cehh " ciss boleh bagi intro camtu . haha sebenaqna depa dah kenai aku sebab aku sekolah arab kat situ awai setahun sebelum masok sekolah rendah kat situ . walaupon dua tahun ja kat situ banyak gila kenangan . emm . 


habis upsr aku sambung masok sekolah menengah kampong selamat . yeahh masok asrama tau . syok dok asrama sebab aku tak suka sangat dok rumah . wakakaka teruknya anak . then habis pmr konon nak masok teknik abah x bagi , sok dok la situ lima tahun . lima tahun ? guess what ? banyak gila cerita kat situ tapi tak larat nak type . HAHAH .

lepas spm cuti bebulan tu aku lepak kat rumah ja sama macam sekarang . haha . kerja tidak apanya tidak . lepastu dapat twaran masok u , aku tolak sebab apa entahla then terima tawraan masok matrik . jadilah minah matrik setahun . sekarang dah habis matrik . yahoooo !

dan sekarang , inilah saya yang sedang menaip keyboard laptop kakak saya sambil goyang kaki x mandimandi lagi  dan insyaAllah akan bakal menjadi penganggur terhormat lagi 3 bulan . wuhuu ingat syok ka dok rumah ? hahah memang syok pon , so jangan nak jeles sangatt . lepasni taktau la kat mana yang bakal aku sambung , bulan tujuh ni baru keluaq result upu . then time tu aku heboh heboh kat sini . hahah . 
"Beginilah cerita hidupku..."

awat rasa macam panjang nak mati . wuhuu apa jelah janji hepi . :)
nak tag sapa ehh .





2 comments:

Anonymous said...

terima kasih sebab sudi join segmen saya ^_^...

pjg bebenor cerita kak...hihi...pape pon...saye dh bace...^_^

ezzati hamid said...

hehe samasama kasih .
haha besala tu pon tak cukop panjang actually , sebab x lafrat nak type je tu . hehe :)