Followers

aiscream goreng dan puding roti


assalamualaikum

tajuk entry dah macam nak buat blog resipi kan . hahaha . okey tak hingin aku nak bagi resepi sebab aku pon masih tersepi sepi . eh ? ok cukup

disebabkan aku cuti dua bulan *macam sebelum ni tak pernah cuti dua bulan kan* err dan aku pon dah besar gedabak rasa macam dah boleh kawen dah . hahaha merapu lagi , so teringin la jugak nak buat benda benda ohsem ni alaaaa kan orang selalu anggap wanita wanita ni pandai memasak . batuk lima puluh lima kali , jadi dengan jayanya aku pon nak mencuba buat sesuatu . arghhh apa punya panjang intro padahal nak tunjuk aiskrem goreng jepong -.-"


haa nah siap dah . sedap . dan yang penting senang tahap ayam goreng , ayam goreng lagi susah nak buat . hahaha . nak bagitahu caranya pon tak pandai sangat , apa kata tengok gambaq kat bawah ni sebab aku pon belajaq dari sini jugak *.* bling bling mata


haa nah . ikut je step kat atas siap . gambaq tu dapat dari facebook cikepal . tima akseh cik epal :)

tapi xdek desciptionnye so sini sikit penerangan (bajet terrer habis dah)

bahan wajib ada

1) roti . aku guna gadenia . lembot
2) aiskrem . 1st time buat guna wall , okey . 2nd guna nestle okey jugak tapi cepat cayaq mungkin sebab banyak susu kot . jadi bagi aku better guna walls

haha . tu je . senang kan . benda senang camni sebab tu la aku buat . kalau susah jangan harap la nak try . x wanita sungguh -.-"

cara caranya 

1) ambik sekeping roti . letakkan aiskrem atas dia . agak agak cukup besaq cawan yang kita nak tekup tu. 
2) letakkan sekeping lagi roti atas kepingan roti yang ada aiskrem tadi tu
3) tekupkan roti tadi . oter supaya aiskrem tak meleleh ke apa 
4) simpan roti tu dalam fridge dulu . ni untuk keraskan sikit roti tu , dan supaya aiskrem tak cayaq . 
5) panaskan minyak . minyak kena betul betul panas kalau tidak tak sedap sebab bila minyak tak panas roti tak garing so mestila kita nak goreng bagi garing kan . haa padan muka kan dah cayaq aiskrem dalam tu.:P
6) silalah makan dengan cepat . haha

try an error eh *.*

lebihan lebihan roti tu jangan buang pulak. membazir tau . so buatla puding roti . senang je , tapi aku tengok buku resipi jugak . hahaha . 

disebabkan tak ada gambaq so malas nak cakap panjang , oke itu sahaja mengenai puding roti . hehe . nanti bila dah upload gambaqnye aku cerita lagi *.*

haaaa lagi satu . aku rasa wanita la sangat dok buat kek kek bagai ni . almaklumlaa tak pernah nak buat benda benda macamni . ha ni nak tunjuk kek coklat dibuat bersama emak terchinta 


nampak lazat kan ? bukan nampak je tau . memang lazat pon . hahaha nak jugak puji pujian ni . tapi aku malas la nak kongsi resipi sebab sebab sebab ni kakak aku beli tepung kek segera . :) soooo ikut description dekat plastik dia tu . nah siap . :) kalau nak buat sendiri tepong bagai tu memang tunggu ayam betelur twin 55 dulu la 

actually aku online ni sebab nak bukak resepi cornflake madu . alahai lagi dua hari nak taya baru nak berkuih bagai kan . hehe , kebanyakkan yang bagi cara cara nak buat cornflake ni mesti nak gula kastor la gula perang la.. eii gula kastor pon aku taktau . hahaha . dah aku dah jumpa blog yang bagi resipi senang je , tak payah kastor perang bagai , guna gula biasa je :) 

jom beramah mesra dengan cornflake *.*

salam alaik

 

 

 

2 comments:

sitiinajihah said...

SEDAPPPnyaaaa!!

ezzati hamid said...

haha kena rasa dulu aaaah najihah oi