kuantan pahang


assalamualaikum .

kemarin . seawal jam tujuh pagi eh sebelum pukul tujuh lagi . aku , dian , ziema dengan fatt betolak g uitm dan melangut depan tu sambil tunggu bas besiap sedia. oke kenapa perlu intro yang panjang begini .

dalam pukul lapan tak lapan pagi sangat, kami betolak ke kuantan pahang . matlamat utama untuk dengar ceramah by Dr Zakir Naik, beliau adalah antara orang yang bepengaruh kat india. ke dunia. oh aku tak dapat tangkap masa mc tu cakap . beliau merupakan world class muslim orator in the field of comparative religion. ok dalam bi sebab aku search :)



tajuk talk masa kat kuantan tu adalah Al-Quran and modern science . pergi dengan begitu sahaja dan tanpa minda yang bijak bi memang tak bagus tapi alhamdulillah dapat la apa yang cuba disampaiakan . english dia pon senang faham cuma ada sikit sikit yang tak faham . biasala bila wujud slang india sikit .macam kau cakap dengan orang kelantan . faham memang faham tapi kalau cakap dengan makcik atau pakcik yang memang pekat dooh kelantanese dia tu. perghh senyum meleret ja mampu .

ok aku sangat teruja dengaq beliau punya talk . dan bertambah teruja bila beliau ingat setiap ayat dan surah untuk setiap contoh yang diberi .ok sangat kagum . nak catat pon tak sempat sebab laju sangat dan banyaaaaak sangat . sekali bawak keluaq dalil aku nganga jela . hehe

benda utama yang nak difokuskan adalah tentang Al Quran dan sains moden . maksudnya apa yang sains buktikan sekarang ni sebenaqnya dah dinyatakan dalam Al Quran sejak 1400 tahun dahulu . dan DR Zakir bagi la contoh contoh ayat dan beberapa penemuan sains serta apa yang dicatat dalam Al Quran . hehe aku tak sempat salin . dan ini bermaksud yang Al Quran itu tak mungkin ditulis oleh manusia mahupun nabi nabi . tapi ia ditulis oleh Creator kita . yakni Allah SWT .

ha kalau nak dengaq serach la DR Zakir Naik dalam you tube. insyaAllah . ada videonya

lepas habis talk ada sesi Q&A . ramai gila yang beratur nak tanya soalan sampai ada yang tak dapat tanya pon soalan . kesian . tapi sesi ni lebih mengutamakan non muslim . ramai jugak non muslim yang tanya . 

ada satu soalan ni budak chinese usm kube kerie tanya tentang kenapa kita boleh makan meat sedangkan meat tu boleh menyebabkan banyak penyakit dan kalau kita bunuh binatang takkah itu namanya zalim ? kenapa tak vege ja ?

ok jawapan DR Zakir adalah sangat detail cuma aku ringkaskan jela . hehe . beliau jawab . kenapa kita nak sia siakan apa yang Allah bagi . cuba tengok binatang karnivor contohnya singa . dia ada gigi taring dan makanannya adalah daging . dan cuba tengok kambing , kambing makan sayur je kan . dan giginya rata ja . so tengok pulak gigi manusia . ada taring dan rata kan . so maksudnya kita boleh makan kedua duanya . tidakkah Allah itu melncipta sesuatu dengan sebab . haa gitu . pastu kan orang yang tanya tu kata kenapa tak jadi vege ja . kan senang . pastu dokter kata cuba tengok makanan yang menyebabkan paling banyak kematian . satu obesiti . obesiti puncanya gula . dan tidakkah gula itu asalnya dari tebu . bukan vege ka tu ? dan yang kedua rokok . tidakkah rokok itu asalnya dari tabacco . tidakkah itu vege ? so kesimpulannya vege yang sebenaqnya penyebab kematian paling banyak . ha apa nak dikata kau ? haha

pastu ada sorang minah omputeh ni tanya tentang life after death .

aku tak ingat sangat mula tu dokter cakap cemna . tapi dokter ada bagi satu kronologi yang mana beliau kata cuba semua orang bayangkan saya ni pencuri dan merupakan ketua mafia . okcuba bagitau apa kesalahan yang saya buat dengan mencuri . so macam macam jawapan yang orang bagi dan dokter cakap ala kalau saya bagi kesusahan kat orang lain itu orang lain bukannya saya . kalau saya kena tangkap ohh tak mungkin sebab polis pon geng saya . maksudnya macam takdak sapa sapa boleh apa apakan dia . macam kira orang bepengaruh gila la kan . so sebenaqnya dokter nak maksudkan yang walau apa pon yang orang buat kat dunia ni . walau tak dapat pembalasan sekali pon dan boleh hidup dengan tenang mati dengan tenang tapi dekat akhirat nanti dia akan dapa balasan . balasan yang dia tak pernah dapat kat atas dunia ni . 

hem rasanya cukup sampai kat sini ja kot . kalau nak dengaq lebih dan tahu dengan lebih teperinci  search la DR Zakir Naik . insyaAllah akan jumpa video video beliau . dan akan rasa kekaguman yang aku rasa sekarang .


 

2 comments:

sailaaf said...

tak dapek pergi.tapi macam best je.dia cakap dalam bi la eh?

ezzati hamid said...

rugiii tak pegi. hehe . haah ckp dlm bi. kekadang keluaq slang india dia mmg tak faham la, haha