benda baru .


assalamualaikum :)

macam biasalah , bila cuti sem dah nak habis barula mood menulis tu datang . oh ofcourse that's me :) 

cuti kalini banyak yang aku belajaq . benda benda yang aku takot nak buat , takot nak cuba , rasa diiri tak mampu nak buat . tak boleh nak buat . semuaaaaaaa aku buat masa cuti ni . big smile and big clap for myself :) jadinya semua benda yang kita tak yakin nak buat tu semuanya sebab malas . ya tu sebenaqnya :)

masak   drive   angkat baby   jaga baby . satu ja belom : angkat kucing . he he bab angkat kucing tu mungkin suatu hari nanti . arghh aku takk berjanji ok . tapi yang pasti aku bangga dengan diri sendiri . cewahhh . tapi bab drive tu em em em baru skali aku belatih , tu pon keta auto . masak tu pon sikit sikit bleh la , rujuk buku resipi jugak :) angkat baby tu.. wohh siap tukaq lampin lagi tau . cuma bagi mandi ja tak yakin lagi , kang lemas pulak . nauzubillah . ishish

bangga bangga jugak tapi sungguhla aku tak pasti samada aku boleh teruskan usaha murni ni . haha susah jugak jadi seorang ibu ni eh . jadinya aku dengan bebesar hati mengatakan bahawa aku sangat tak bersedia untuk kahwin ! haha . sebabnya kalau kahwin surela kena masak , lahir baby , jaga baby . best semua tu tapi bukan sekarang . (muka seposen) . sapa yang semangat sangat cakap nak kahwin tu be sure you can do all the responsibilities . know what : its big !

tapi ok la . mungkin bila dah happen benda tu baru kita tahu apa yang kita boleh buat . bakal buat . isu besedia tu dah tak timbul dah .


my first niece . azimatul bahiyyah stand for wanita cantik yang tidak tepengaruh :)
 

see the hand la . haha . lepas menyusu kena bergh bergh , kalau tak nanti temuak. sonok jadi baby ni , semua orang buatkan . hem


haa see . semua aku yang masak . haha actually dah makan baru nak snap . masakan ni ja yang nak upload sebabnya ingat senang ka nak masak kari haaaa ? tapi actually senang ja , sebab mak aku hajaq masak guna rempah cair , bukan rempah adabi atau alagappas yang serbuk tu. so senang jela citanya . haha .

cuti ni ada masanya aku rasa nakkk sangat balik kelantan . konon konon benci cuti la . kadang kadang rasa malas plak nak habis cuti . hemm lumrah la kan . tapi yang tak bestnya cuti kalini dahla kakak aku pantang , mak pulak kena p kursus . hem rindu makkkkkkkk T.T dah dua minggu mak g kursus , balik jumaat sabtu pastu p balik . kesian mak . kesian jugak aku . hihi . tapi kaklong dah sihat sikit , lagipon mak mertua dia ada jagakan dia . so takpala aku nak balik kelantan pon . tak jadi masalah 

hem . pray for next sem . moga moga sem depan lebih baik dari sem lepas . amiin :)



No comments: