Followers

UiTM Kota Bharu


Assalamualaikum.

Alhamdulillah harini hari kedua puasa di perantauan aka Kelantan. apa ingat oversea ja perantauan ? so im so blessed to be here tapi bulan ni adalah bulan terakhir sebagai seorang degree student T.T eh tak la bulan terakhir sangat sebab lepasni kena mengharungi praktikal pulak. kah

bagi yang tak tahu UiTM Kampus Kota Bharu ni adalah kampus kota  di tengah Bandaraya KB chuol, dan nak senang dan strategik lagi beberapa minit ja dari KB Mall.  ini kalau boring dalam kelas jenguk le keluar tingkap nampak KB Mall (motif sangat)


Kalau duduk Kampus Kota ni banyak cabarannya contoh pertama : shopping yang masa awal awal semester dekat sini memang melampau lampau dan keterlaluan. tapi dah masuk tahun kedua ni dah pandai la sikit tapi habis ke lain pulak -.- biasala dah last semester masing masing nak melancong la melencong la dengan alasan inilah saat kita bersama untuk terakhir kalinya hmm makanya duit pun melencong la sekali. tapi tak apa create memories banyak banyak sebab memang tahu lepasni dah susah nak jumpa semua :'(
 
yang kedua : rumah sewa. Alhamdulillah untuk dua tahun ni rumah sewa aku memang terbaik walaupun tak fully furnished. tapi yang paling terbaiknya sebab dapat serumah dengan kawan kawan :) masalahnya sekarang kami nak mencari rumah sewa untuk bulan 12 ni untuk sebulan saja sebab ada viva khann. harap jumpak la sebab kalau nak sambung sewa di rumah sekarang ni kena bayar sekali untuk bulan yang tak tinggal pun kat sini sampaiilah bulan 12. memang kami kaya pun -.-

Jangan tak tahu.. siap menang kediaman terbaik lagi masa hari Anugerah haritu. kah

cabaran ketiga : transport. parah la jugak kalau tak ada transport sendiri. Alhamdulillah sepanjang kat sini Dino bawak kereta so weol tumpang tumpang la. haha kalau takdak kereta ni memang kena naik beca la kot . hahaha . motifnya sebab rumah sewa kami jauh dari kampus dan motif kedua boleh pogi jalan jalan XD

Tapi yang paling best belajar dekat sini adalah lecturer lecturernya. semua sporting dan best belaka. bila bila masa pun boleh jumpa lecturer dan dalam kelas memang dekat je dengan lecturer sebab tak ada hall yang besaq ka apa gitu. Disini aku nak ambil kesempatan untuk mohon maaf beribu ampun dan halalkan segala apa yang diberi . Jasa Prof Zai, Dr J, Pm Nafisah, Dr sherlina,Ustaz Abu Bakar Ustaz zuhairi , Ustaz Saiful, Ustazah Zaiton, Sir Azam , Madam Hafizah, Sir Umar, Sir Rustam, Madam Farahanie, Madam sharlini, Madam Laila, Madam Tengku, Madam Siti Fatimah dan semua yang pernah mengajar dari semester satu yang sememeh berhingus lagi sampaiilah semester enam Ahamdulillah dah nak habis degree sentiasa dikenang dan takkan mampu dibalas.
 
Dan yang terpaling best adalah kawan kawan seperjuangan. harap ukhuwah yang terjalin sampai ke syurga XD

 classmate
sahabat
 housemate
 housemate
 classmate

sekian XD

notakaki : three more paper to go and i is lazy T.T semester ni empat daripada lima paper adalah paper membaca menghafal dan memahami dan saya adalah sangat tidak boleh terima namun apakan daya hidup mesti diteruskan. Jihad Fisabilillah !


 

8 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum kak, sy masuk uitm kb untuk mac 2015. tengah cari rumah sewa. kalau boleh nak dekat dekat dgn kampus je lah. ada tak cadangan mana mana ? heee

ezzati hamid said...

dah jumpa rumah sewa kah? blh tgk fb page uitm kelantan .. situ banyak org war war rumah sewa yg kosong2

sofia aziz said...

Kak, mcm mana nk mohon uitm kota bharu untuk degree ye?

Farahadibah Farah said...

Salam, kalau nk mohon uitm kene beli no pin mcm biasa la tp tp tentu dpt uitm kb. Awak lepaasn dr mne? Kalau bukan uitm mse dip means awk kene belu no pin upu la. 😃

Farahadibah Farah said...

Salam. Ezzati nak tanya rumah sewa awk yg 3 tingkat tu kat area mne? Kawasn dy mcm mne?

Luqman Harith said...

salam.saya student uitm machang.ade simpan nombor handphone sir rustam?saya perlu hubungi dia.

Anonymous said...

rumah sewa dekat KBMALL
kondominium Permai
1250sf
2 bedrooms and 2 toilets
fully furnished with 2 airconds, fridge,washine machine, dinning table
sofa,2 queen size bed and 3 double decker beds

buleh search kt mudah.my
apartment kondo permai
buleh masuk anytime

Nur Maisarah said...

Salam sis, nak tanya uitm kb ni memang khas untuk budak degree je kee?