Followers

viva


Assalamualaikum.


lama jugak ni rasanya x hupdateeee. emm dah banyak benda rasanya berlaku. dia macam go with the floww ahh.. lepas satu satu. ahh rindu zaman zaman tadika. tetiba

lepas praktikal kat IPPT haritu, terus sibuk dan memeningkan kepala dengan viva. almaklumla habis je praktikal 2 minggu jugakla lost tak buat thesis. huahua. maka seminggu sebelum kena serah draft perah pecah kepala buat thesis. dan ending dia agak dramatis ah. Panel : kamu sebenarnya buat pilot study ke tidak ni ? Aku : emm. buat. (sambil rujuk page sekian sekian) saya buat hundred respondent for pilot study ( cuba nak tegakkan benang yg basah sambil senyum senyum kambing) Panel : ala takpe. jujur je. kami bukan nak makan orang pun. Aku : er sebenarnya tak buat. huahua gila punya jawapan berani mati. tapi x la berani sangat sebab aku rasa memang tersangatlah tak logik kalau aku buat pilot study pun. 3 bulan for praktikal/thesis and extension of 1 month untuk thesis. tak kelakar kan. (facepalm). 

yang paling rindu sekali time viva. dijadikan cerita time tu Kelantan tengah banjir besor. yg sampai hancur sekampung tu. maaf jugak warga kelantan. memang x turun padang langsung la time tu. sibuk hal thesis. hal dunia T.T. jadi terpaksalah naik bas dengan kaknad ke Shah alam. tumpang tidoq rumah dino malam tu. pagi tu naik flight terus ke Kelantan. perghh time tu rasa cemerlang sangat hidup ni. tapi tak la cemerlang sangat sebab gigih seharian edit edit thesis bagai. muahaha. yang paling takleh blah sekali.. sampai je rumah dino. semua betenggek depan laptop memasing. tak kisah dah apa jadi. janji siapkan draft. sebab esoknya tu semua dah kena hantaq ke supervisor memasing. yang join balik sekali time tu kaknad, dino, fatt ngan shikin.

sambung lagi. pagi tu kami ambik flight yang paling awai sekali. 5.20 pagi. gila kan? bukanlah gila pagi sangat. tapi sebab tu je yang murah untuk 5hb 01 2015 time tu. sesampai je LT Pengkalan Chepa, terus ambik teksi ke D puteri inn Kota Bharu. masuk bilik semua mengadap laptop terus (gigih). pastu turun g cari makanan. Kota Bharu sangattttttttlah berdebu time tu. nasib baik kedai makan banyak yang dah start operasi balik dah. 

lepas siap hantar draft apa semua. lega sikit dunia. tinggal prepare untuk presentation je. presentation memang la nervous. tapi dah memang kena lalui jugak kan cemana cemana pun .. Alhamdulillah lepas lah kan walaupun banyak jugak kena perli (kahkah). lepas tu ingatkan dah lega.. rupanyaaaa dugaan lepas habis presentation lagila perit. dengan marginnya berapa kali tak lepas, wording salah. kira seminggu gakla berkampung kat kedai print. duit jangan cakap lah. mengalir laju bak ayaq terjun lata bayu baq hangggggg. what a memoriessss

habis saja setel viva apa semua, bolehla sebulan macam tu aku rileks kat rumah. pastu setel hal sambung master pulop. and now i am currently at Shah Alam. tadaaaaaa ~ Doakan aku dan rakan rakan berjaya. dunia dan akhirat . amin

k. cukuplah untuk dua hari ni. Assalamualaikum.


1 comment:

Muhammad Syakir said...

Heyy, done blogwalking dekat sini. Nice blog btw :)