Followers

next phase


Asalamualaikum

Harini dah masuk minggu kesebelas aku bergelar pelajar . again . Feeling ? emm taktahu nak cakap perasaan tu macammana. tapi perasaan yang paling banyak sekali adalah bedebor . bedebor setiap kali dengaq pengalaman senior. -.- . tapi kalau tak dengar cerita senior tak ada la kita tahu pengalaman orang kan. chill lah (padahal dalam hati menyumpah apasal la aku sambung kos ni lagi) tu dalam sudut hati yang paling kecil la.

 sudut hati yang besar sikit, rasa bersyukur sangat diberi peluang sambung belajar ni. macam masa kau sambung belajar after spm haritu matrik/asasi/stpm/diploma, kau rasa apasal kurang pandai sangat kau time spm haritu, benda simple pun x boleh nak solve -.- contoh kau belajar calculus. bila kau dapat solve integration ka differentiation ka, mesti kau tepikir Ya Allah dulu time spm sumpah add math aku rasa susah gila nak buat benda alah ni. bajet time tu kau pandai dah aaa (bajet, pastu dapat B jugak) kahkah

betulla orang cakap. mencari ilmu tu takkan habis sampai ke liang lahad.

 time degree dulu aku rasa yang melekat kat otak sejurus habis exam setiap semester ada la dalam 5%. campur 6 semester . 5x6=30% . pastu tolak dengan yang aku salah paham mungkin . ada la dalam 25% camtu. har har

bila sambung belajar lagi ni. banyak la benda aku belajar balik. dan dia macam process recall la jugak. pastu bila tengok balik project time degree. masha Allah rasa nak humban diri masuk gaung, kahkah betapa nak katanya tak paham konsep. gitu la jadiknya.bukanla kata aku sekarang ni dah hebat. cuma bila benda kita dah belajar (even time belajar tu tak berapa nak paham pun apa yang belajar tu) tapi bila kita recall and belajar balik benda tu. in shaa Allah la kita akan paham. 

doakan semester satu aku berjalan lancar. so tough so stress so sweet (gila)


No comments: