Followers

Keluar dari kepompongpong


Assalamualaikum. 

Lagi beberapa bulan saja aku bakal tamatkan zaman belajar sekali lagi. Dan dengan penuh pengharapan yang sebesar gunung aku harap dapat habiskan jugak semester ni tanpa repeat atau ada problem lain. Ya Allah hanya kau saja yang mampu menolong aku. sesungguhnya diri ini sangatlah alpa, sejak sekian lama otakku terbeban dengan memikirkan thesis, tapi input kebebanan di otak tu tak dapat ditransfer ke perbuatan. seolah ada benda yang menyekat. apa lagi kalau bukan ---> kemalasan yang jitu! dan beralasankan mood tak mai lagi. oh so Ezzati yang lazy. haha terasa berdrama sangat. almaklumla dua tiga menjak ni asyik melayan drama aja kerjanya, dari aku bukan bimbo, descendants of the sun, and now suami tanpa cinta. wau tiba tiba Ezzati merupakan seorang yang sangat konsisten (facepalm)

Apapon yang paling penting aku kena habiskan jugak master aku ni on time. so that nanti dah boleh start cari kerja, pasal sambung Phd tu aku tolak ketepi dulu, serius im not into it buat masa sekarang -.-. Bayangkanlah, nak habiskan thesis master ni pun Ya Allah baloq liat dia punya konsistensi tu, inikan pulak nak bagi full support untuk phd. I dont think so. Dont you? hahaha kisah pulak kome dengan masalah aku ni kan.

Tapiiiiiiiiii yang buat aku dalam dilema panjang lagi, bila abah asyik suruh cari kerja itu kerja ini. yes aku tahu memanglah i should find a good job yang suit my qualification, tapiiii tahulah sekarang ni zaman yang macammana kan, lepastu kabar angin je cakap kerja apa pun tak apa dik, janji kerja, walhal orang sekeliling pandang pelik kutuk kat belakang ehh kau ni ada degree, ada master tapi kerja ni jeeeee. yes i know yang tak payah hirau pun cakap cakap manusia semua tu, semua tu tak penting. tapi my point is ni la dilema aku sekarang ni. what if i cant get a good job, tak kisah sangat dengan persepsi orang lain, tapi my family la. takut sangat mengecewakan mak dan abah. takut depa rasa im not giving my best sebab all this while depa yang support segalanya, kewangan, moral support hantaq p balik p balik dulu kat kelantan la ni kat shah alam pulak. Ya Rahman Ya Rahim keluarkanlah segala keserabutan aku ini sebab aku tahu apa yang jadi semua ada sebab. sebaik baik perancangan adalah perancanganMu Ya Allah. I have to accept it.

Fuh jauh pulak menyimpang post kali ni. Hajatnya nak cerita pasal aku keluar dari kepompong je, tetiba masuk bab thesis la kerja la . apahallllll. Okay, ceritanya aku ni memang anti dengan kereta manual. fuhh kau sebut ja manual aku teruss "ehh aku tak drive manual. tak reti" " fuyooooo drive manual. hebakkk" and the list goes on. sampaila satu hari yakni sebulan yang lepas abah cadangkan aku bawak kereta kancil tu mai shah alam sebab mak beli kereta lain so kereta kancil ni tesadai je kat rumah. bila tesadai camtu saja ada la makhluk Allah yang tak ada lesen tu dok bejimba sakan naik kereta tu (my adik) so abah cadangkan aku bawak ke shah alam. Time ni dilema lagi, nak tu memangla nak, tapi cerita dia aku memang dah lama tak drive manual, last drive time belajar memandu dulu , 5 years ago. ha ha ha.

Jadinya cuti midsem haritu, bermula episod aku belajar semula drive manual. tak tahu lah nak bagi status dah lupa atau memang tak reti, hahaha sebabnya aku memang macam zero terus pasal masuk gear macam mana nak tekan brek time bila, gear ni guna bila apa semua tu, padahal dulu test jpj memang drive manual pon. pelik jugak. so i made conclusion, beza niat nak belajar sebab nak lulus dengan niat nak belajar untuk drive seharian. ha ha. aku rasa aku letak full intention untuk lulus kot time belajar dulu, ya Allah patutla yang belajar time degree dulu banyak yang dah lupa, yang spm toksah kata la, sebut biologi pun aku tanya. apa tu ? ha ha ha ok tu over, tapi betulla memang macamtu kenyataan dia. 

Ok sambung semula, jadinya abang aku la yang ngajor balik dari A to Z semua yang seorang manusia perlu tahu bila nak drive kereta manual. kalau seorang robot aku tak pasti. mula tu memang rasa nak give up, tapi rasa rugi pulak kalau aku tolak cadangan untuk aku bawak kereta tu kat sini, weh banyak benefit. sekurangnya tak susahkan orang lain untuk hantar ke sana ke mari. jadi terpaksalah aku belajar walaupun rasa nak putus asa tu memang menyapa nyapa la. cerita macam panjang padahal sehari saja pun belajar kat rumah tu. hahaha. lepastu add on sehari lagi time drive dari Penang ke Shah alam, time ni kat highway. fuhh terjadi jugaklah kejadian yang bagi aku memang rasa macam nak tekeluaq jantung time tu. nasib baik abang aku ni lelaki so dia lek lek cool cool sikit. first tu aku termasuk lane sebelah sebab dok ralit perbetui aircond, Ya Allah boleh pulak kan buat hal macamni kat highway, nasib baik la kancil, bila masuk lane sebelah pun still tak masuk banyak masuk sikit je sebab kicik. hmp habis semua kereta potong aku. takut barangkali. ha ha. yang kedua bila aku neves nak tukar lane sebelah, time tu nampak macam naik bukit, dengan lori nak keluar dari rnr, kereta sebelah kanan dok laju, aku nak tekan klucth boleh pulakkk p tekan brek. gila kan. nasib baik tak tekan brek habis so dia terbenti kejap saja la. dan yang lagi nasib baik sebab tak ada kereta kat belakang. ya Allah time ni memang i believe Allah yang tolong sebab aku baca doa naik kenderaan time tu. ha gituuu tapi memang betul la. kalau ada kereta kat belakang dah lama kena cium bontot ha ha

kesimpulan dia selepas tujuh perhentian (abang aku la punya cadangan ni. katanya tak belajar la kalau asyik dekat highway, gear pun tak tukaq, ha ha so dia suruh berhenti tujuh pehentian, tapi aku rasa tak sampai pun tujuh kot. kot la. x ingat dan malas nak ingat) , tak mahir pun lagi drive ni, sampai kat area rumah aku abang dah stress, xpa biaq aku drive lah kat sini. aku cakapla eh tak boleh la aku nak try prektis ni kat kawasan ni, boleh pulak dia jawab, x pa la nanti hang practise sendiri, sekarang aku ada. aku drive -..- haha tension la sebab boleh pulak aku takut nak angkat klucth lepas berhenti atas bonggol, jadinya kereta tu undoq la ke belakang. dah ada pulak kereta lain kat belakang. tak ke haru tu. tu la sebab dia malas bagi aku bawak. tapi in shaa Allah sekarang ni dah sminggu aku prektis kat sini, dah boleh dah naik bukit apa semua. Alhamdulillah. thank to tg jugak yang tolong ajaqkan the basic nak tukaq gear bila naik bonggol and so on.

cerita dia. kalau berhenti time atas bukit, nak jalan semula kena angkat klutch dengan brek lepastu tekan minyak. wohooo takdaklah susah mana. cuma kena alami sendiri, try an error lepastu practise lagi try try lama lama ok dah. pokoknya Practise make perfect! haha dan belum cuba belum tahu! jangan asyik cakap tak tahu ja, padahal tak cuba lagi. cuba dulu baru tahu. kalau failed try lagi. jangan putus asa. ha yang tak cuba lagi dah cakap tak tahu tu memang aku la tu. aku yang dulu la tapi. hahaha. cewahhh pandai pulak berkata kata baru seminggu dah cia ciaaa. sabor je la

some notes for myself (sepanjang belajar dengan abang dan tg, mungkin ada yang aku tersalah anggap, ah persetankan, yang penting aku take noted. hahaha)

-jangan tekan klucth dengan brek time dalam gear 3,4,5.
-tekan clutch-masuk gear reverse-angkat clutch sikit-dah gostan sikit baru turunkan handbrake
-tekan clutch-masuk gear 1-angkat clutch sikit sikit-jalannn-tukar gear 1-2-3 ikut kesesuaian kelajuan 
-lepas dah tekan brake-tukar gear rendah
-nak berhenti-tekan brake-free gear-angkat handbrake-goyang kaki
-kalau nak reverse atas bukit kena angkat clutch dengan brake sekali gus jangan angkat brake saja nanti kereta ke depan. haha yang ni dah banyak kali aku buat. lepastu tension rasa nak give up. walhal takut nak angkat clucth . sabor je la

and the list goes on....

ok dh malas. maghrib pulak tu. k. wassalam.


No comments: