Followers

kita semua pernah buat benda yang sama.


Kadang kadang kita tak sedar kita buat benda yang kita tak suka malah benci bila orang lain buat. Be wise. Be considerate. Dont judge. Jangan mudah terasa. If that happen, its normal. kita manusia tak lari dari buat silap, so muhasabah diri sendiri, jangan gelabah and renung/fikir dulu tentang diri sendiri baru lah boleh attack orang lain. Contoh senangnya macamni lah, beria marah orang sebab tak bagi signal, marah semarah marahnya. siap maki hamun. Cuba renung semula, pernah tak kita buat benda yang sama. kadang tu bukannya sengaja, tapi sebab terlupa. even sekali tu aja yang kita lupa. mana lah tahu yang kita dok marah orang tu pun sebenarnya tu kali pertama dia x bagi signal and dia sebenarnya terlupa time tu. Aku pun pernah buat macam tu. Selalu la juga. hahaha Maaf semua yang pernah dimarahi/dimaki walau dalam hati pun kira marah la jugak kan. hahaha hmp so sadis dengan diri sendiri.

so cerita dia aku pun kadang kadang buat benda yang sama yakni marah-judge-benci-terasa dengan kelakuan orang lain walhal aku pun pernah berkelakuan macamtu. Oh how i hate those feeling bila teringat balik 'alamak, aku pun pernah jugak buat macamtu'. rasa berdosa. 

So setiap kali aku rasa nak marah, rasa nak terasa, rasa nak sebak di jiwa, rasa nak maki hamun ja orang yang aku tak puas hati tu. Aku akan renung jap pikir alah persetankan jelah, aku pun pernah buat macam tu. atau walaupun tak pernah buat, tak mustahil suatu hari nanti tanpa sengaja aku pun terbuat macamtu. sebabtu la aku ni nampak aja macamni, gumbira, happy sokmo, tenang tak ada masalah. eh nampak sangat y'all tak boleh baca hati ai. hahaha tak lah. gurau aja sebab ada masa masanya aku pun terkeluar jugak kemarahan tu. Sorry sesiapa yang pernah kena tu. tapi in a good way la kot, secara bergurau. pernah ka in a bad way eh? emmm rahsia. hahaha

Dan yang penting sekali, kalau tak tahan sangat sebab asyik dok simpan dalam hati, luah kat Allah, kalau luah kat manusia even dia is a good one, perahsia, takkan bocorkan rahsia. NO she/he's not. Believe me. Allah is The perfect one. yes. Only Allah S.W.T. Mintak Allah tenangkan hati. tenangkan jiwa, mohon lupakan semua duka lara di hati dan sifat buruk sangka. 

And. that is the perfect time bila kau still tak tenang. Speak out. cakap face to face, heart to heart dengan orang yang kau tak puas hati tu. Dan last sekali jangan lupa minta maaf semula. wow lepas tu aku yakin hati kita akan tenang setenang tenangnya. try it.

# Nasihat ini untuk diri sendiri juga. Indeeeed, im not perfect. tak lari dari berbuat kesilapan. moga kita dijauhkan dari sifat sifat yang buruk. Aamin.

No comments: