Followers

Pengalaman terindah


Teringat hari pertama mengajar. Hari yang amat menyeramkan, seram sangat sangat as I started my first day of lecture at Puncak Alam anddd the best thing is aku kena ajar subjek operational research. weww that was my most hated subject ever. Tak pernah suka subjek tu apatah lagi nak skor. Haha. So hari pertama aku start kelas pukul 8 and aku dari Shah Alam. Memang time drive tu rasa diri ni kerdillll sangat bezikir all the way sambil sedapkan hati its okay this is your chance, your first chance to improve yourself, improve your skill and the most important things is to deliver all your knowledge / not really all but hey a little knowledge means a lot jugak apa...sometimes (sedapkan hati).

So hari pertama untuk kelas pertama was not soo good. Ada sikit rasa gusar sebab takut terbagi salah info. And aku rasa memang aku ada salah bagi info pun. kahkah. Nasib baik kelas tu dah tak payah ajar the next two weeks after. First time duduk kat depan tu macam nak tekeluar jantung punya la neves, kalau bagi minum air memang dah tekeluar keluar dari mulut (ok over kan). Tapi aku cool je tenangkan hati zikir sikit then keep in my mind yang kau kerja kau kerja Ezzati Hamid kau bukannya budak lagi yang duduk je atas kerusi tu bila lect tanya kau diam je buat mata kuyu kuyu sikit. No. You're not that Ezzati anymore. You are working right now! So sikit sikit aku punya semangat tu datang and buat buat skema garang baik comel kiut kiut sikit kat depan (apakah?)

And the rest is history. haha gurau. So hari hari yang mendatang tu aku dah boleh slow slow develop my teaching skills. Bukan senang weh tapi Alhamdulillah as long as you have the determination and ada nawaitu yang baik In shaa Allah, Allah akan tolong kau. Aku kalau nak ikutkan diri sendiri ni memang tak yakin mana pun tapi at the end of each day aku muhasabah balik what I've done satu hari tu serious aku memang tak boleh nak generate macam mana keyakinan tu boleh sampai kat aku. Yelah kau bukan ajar budak kecik yang kalau dia counter attack kau still boleh jawab acah acah kakak, ni sekarang kau ajar budak besar yang muka dah ala ala bapak dan mak orang, pandai pandai pulak tu, pandai menjawab pun ye jugak, pandai membahan pun ye jugak. Haha. So aku memang setiap hari akan cakap kat diri sendiri, ni semua kuasa Allah. And berkat doa mak abah jugak. Kalau nak ikutkan, memang mak abah aku sedari masuk matrik lagi setiap kali sembang mesti nak aku jadi lecturer. Aku macam biasalah sengih kerang je sambil dalam hati, dalam mimpi kot. Weh kuasa Allah cum doa mak abah ni jangan buat main, berkat dia kat situ lah kau tauu.

Yang paling seronok sekali mengajar ni bila kau tengok student kau faham apa yang kau ajar. And paling paling seronok lagi bila depa appreciate apa yang kau ajar. wehhh tu best feeling kot. Yang poyo tak hingatt pun ada jugak, belagak tak kena gaya. Hek eleh ingat senang ke aku nak ajar kau yang kau kerek sangat tu (eh emosional pulak). Tapi seronok jugak ajar yang spesis kerek ni, entah lah rasa geli hati. haha

Aku kalau ajar tu takde lah nak skema sangat sebab aku dulu masa belajar pun sejenis yang tak suka belajar dalam tekanan. tak masuk dalam kepala tau tak dia macam belajar sebab rasa takut kat lect tu. kahkah aku dulu macam tu lah. Tapi ada jugak budak budak ni cakap aku garang, garang celah mana tah. Kalau fail test aku tak marah pun, gelak je. HAHA. Tapi kalau failed final exam memang aku sedih sangat, rasa macam faileddddd gila mengajar. Aku memang terkilan sangat sebab tak mampu nak menolong. hmm Tapi apakan daya, aku tak mampu nak tolong jugak. Serious sedih sangat

Ohh walaupun aku ni tak lah hebat mana experience pun celah gigi je lagi tapi aku ada la jugak dapat something yang aku rasa worth it la nak buat advice. Kita ni kat mana pun kita sekarang ni, pandai mana pun kita, pandai lagi kita dari guru kita (guru kau tu pun manusia jugak, jangan lah expect dia tahu semua benda di alam semesta ni. plis lah), jangan lah kau sakitkan hati dia atau jatuhkan air muka dia weh. Ah tak kira la guru ke kawan ke sedara bau bacang ka, ingat satu benda "Manners before knowledge". Kalau pandai saja tapi adab ke muara sungai, udah lah. pergi bertaubat cepat

Ada sekali tu student aku macam tak percaya dengan jawapan yang aku bagi siap buat muka kerek kerek coq ubi kat aku. Aku dalam hati dah macam ehh budak ni sumbat ayam mentah dalam mulut tu karang. Tapi aku cool je ah lantak kau lah. Lepastu ada la aku buat quiz mengejut (sepraisssss gais jom buat quiz seprais). Tapi macam biasa lah bila seprais ni muka pelajar kau dah macam ayam patah leher kena sembelih punya lah sedih so aku bagi lah open book. Kau tahu budak yang kerek dengan aku tadi tak dapat full mark pun. Half pun tak sampai. Ada jeee silly mistakes dia buat. Padahal sebelum ni elok je dia selalu dapat full marks.Terus time tu aku muhasabah diri aku balik, I cannot be like this, once you suka dok rasa macam ni you boleh rosakkan student you tau tak Ezzati Hamid! So lepas tu walaupun ada la lagi student lain yang asyik nak naikkan darah aku (depa taktau pun aku marah sebab aku suka senyum sebab kalau aku tak senyum aku rasa nampak macam ayam berak kapur. so aku memang suka je senyum (haha motif?)) aku akan muhasabah balik diri aku supaya takde terasa marah ke apa kat depa. Weh benda kecik macam tu kadang kadang kita tak nampak tapi Allah tu maha kuasa. Dia akan tolong hamba dia. Aku pun tepikir jugak kadang tu terhangin kat mak abah, patut lah  ada je doa aku yang tak termakbul. Mungkin ni cara Allah nak didik aku. kan

Ah ni kalau dibiarkan memang sampai esok pun tak habis nak cerita. Oh satu lagi nak cerita, sepanjang aku mengajar aku seronok sangat sebab dapat rakan sekerja yang havoc habis. Thanks Kak Eina, Kak Nad,Kak Yun, Kak Shiba, Kak Za, Kak Piqa, Naim, Ain, Hana and Diana. Yugais rock my day. If I am not destined to be a part of servicing team lagi next sem, Its okay, I am happy to have the great experience with yugais. love all. Tapi aku still berharap dan berdoa yang kita semua akan jadi satu pasukan lagi next year. Amin!




No comments: