cipisan hati


Okay dah puas tidur, dah puas hidup (Astaghfirullah berani betul kan iman pun tak penuh di dada ada hati betul nak keluar statement macamni). Now aku dalam dilema betul, dulu stressed belajar tu kira picisan yang terpicis picis je lah. Sekarang ni dilema kerja lagi la Nauzubillah sakit kepala pikir weh. Aku pulak memang yang jenis tak reti berhenti pikir, asyik nak pikirrrrrr je sampai terbawak bawak dalam tidur. Argh zaman zaman tidur diganggu dah muncul semula dah. Seronok tengok orang update sana sini, kerja best best (tapi ye la kan jarang jugak orang update kerja dia tak best, walhal nature dia tah tah dia stressed dalam diam ka siapa tahu kan) and mesti ramai jugak yang seronok tengok life aku (yela kekadang students aku selalu cakap, miss okay la dah kerja bla bla, padahal miss korang ni kerja pun tak tetap lagi tau, hari hari fikir bila la nak dapat kerja tetap which I can enjoy my life tanpa abah kejan kejan suruh aku apply kerja itu ini) 😓 Tapi tu lah my father ni kekadang bagusnya sebab dia sentiasa bagi motivasi untuk aku cari kerja bagus bagus. cuma tu lah, aku minat betul nak mengajar, kalau boleh nak selamanya jadi ptft. I wouldn mind pun. kah kah aku memang la tak mind, tp bos hang kan dah cakap setakat nak jadi ptft sepanjang hayat baik tak payah. Passion nak jadi lecturer tu takdak. T.T Okay betul lah tu. Cumanya sekarang ni malas weh nak sambung phd, i feel like not worth it pun nak sambung, kekgi education kemain tinggi melayut tapi ilmu tu paras pinggang je. Tapi kan teringin betul la nak sambung belajar di oversea, pehhh seronok weh nak jalan jalan negara orang (nampak tak motif dia).

Aduh melalut pulak padahal nak cerita, aku apply ptft di Raub, Alhamdulillah dapat panggilan iv 17hb ni. Okay la bagi aku tak kisah pun jauh jauh janji aku kerja. Then bagitau abah, abah be like "tudiaaaa aih raub nuh hang mintak, awat nak duk jauh dari abah ka" krik krik. Pastu abah pun dengan tak rela hatinya search la direction nak ke raub bagai bagai. Dekat mulut abah cakap okay je, tapi kadang kadang sambil dia google google tu dok ngomel jugak ish jauh ni hang nak pi sana, dengan hutan nya, situ mana pun kita tak tahu. Aku tahu abah tak berapa berkenan tapi buat dek je sebab aku rasa macam nak sangat try mengajar dekat situ. oh btw iv tu dekat jengka, lagi bertambahla kerisauan abah, ye lah lagi jauh kot.

Aku dapat tahu pasal iv tu hari jumaat. Then tetiba bukak email hari isnin tu ada tawaran join sl1m tnb yang aku pergi iv enam bulan lepas. Aku macam ya Allah dugaan apakah ini. Tarikh kena reply jawapan tu sama dengan tarikh aku nak iv ptft tu. Benda ni macam dejavu tau. Setiap kali aku ada interview ptft mesti ada tawaran lain jugak yang aku dapat. Mind that sebelum tu atau masa tengah bekerja takdak pulak nak dapat tawaran apa apa. Itu lah kan rezeki ni kadang kadang tak terduga.

So kalau aku revise balik, iv untuk ptft sept16 haritu, keesokkan harinya aku dapat iv untuk join skim under talent suites and ada tawaran jawatan di bank apa tah. So pergi iv ptft terus je lah gerak kl pergi talent suites tu. Tapi alhamdulillah dapat ptft so aku pergi yang ptft tu. Then iv untuk ptft ambilan mac17 pun sama. Hari sebelum iv tu aku pergi interview untuk sl1m tnb ni. Aha dah alang alang ke shah alam aku terus je ke kuala lumpur. Rasa berdikari angat, drive ke shah alam sengsorang time tu sebab malas la nak ajak abah teman. Kang senang aku tumpang tidur rumah kawan kawan je time tu. Ingat lagi jasa baik Naim, Kak Eina and Kak Hana. Hari first sampai tu pergi tidur rumah naim then esok tu pergi pwtc dengan ros. then hari kedua tumpang rumah kak hana. Then pergi Iv ptft di shah alam pastu tumpang rumah Kak Eina and esoknya baru balik rumah. Pergh semua rumah aku buat checkpoint.

Actually cerita kat atas ni aku save dah lama. Harini, tanggal 5/10 aku dah selamat menjadi pelatih SL1M TNB. Cerita sikit la, time kena buat pilihan sama ada nak sambung contract ptft atau join sl1m ni memang sangat sangat perit ah. Aku sayang ptft tapi aku teringin jugak nak explore something new and aku nak improvekan lagi aku punya skills toward betterment lah. Then ada la dua tiga sebab lagi salah satunya aku nak kerja tetap dan ada stable income. Aku nak grab bebetul experience di luar bidang education pulak.

Argh missed those dayyy... dengan student... dengan soalan soalan mencabar tu.... dengan hmmm

T.T

No comments: