selamat hari raya aidilfitri .


assalamualaikum .
disaat aku menaip entry ini jiran aku memasang lagu raya . chiss kenapa lagu raya banyak yang seedih sedih ?

haha , disini aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri . mintak mahap dari ujung lambut sampau ujung kaki andai ada salah dan silap (ayat bajet kad raya) . eh sebut tentang kad raya , aku dapat kad raya tahun ni . wutwut . saudari nisha bella bagi sebab aku menang kontes . wohooo . nak diupload gambarnya sudah tidak sempat dehh . sekarang ni mood busy . haha .

disebabkan busy yang kadang kadang tak berapa nak bizi pon tapi aku nak cakap bizi jugak nii belog ni dah lama tak diupdate sampai cik eni dah bising bissing soroh aku update . sorila dalam begelut nak raya ni tiap tiap hari mengemas rumah . harini pon seharian mengemas , dah berrplastik plastik berkotak kotak barang yang dirasakan menyemak rumah ni kami buang tapiii masih berlambak je pon aku tengok barang kat rumah ni . warghh gila kan ?

okla . harini nak masak nasik daging , paksu ngan maksu plak nak mai bebuka kat sini . so apa lagi ? jom kita semayang asaq . 

salam aidilfitri :)

::esok mak buat laksa . yeyeahh . walaupon resedung ni belum sihat sepenuhnya aku nak makan jugak laksa . haha . maila raya rumahh sayee, bawak duit raya sekali :)

tiba tiba rasa cuak gilagila banyak


assalamualaikum
rasa macam pelik ja bila aku guna pekataan CUAK . haha ok tukaq laa . tiba tiba rasa TAKOT gila gila banyak (terserlah sikit kepenangan -ku) .

hemm apasai rasa cuak takot ?

yahh rasa takot pulak bila memikirrkan kos yang bakal aku sambung belajaq nanti . dah tak lama dah ni nak sambung study semula . lagi 10 hari raya lepastu raya keenam dah kena daftar . warghh kuih raya pon lekat celah gigi lagi dah nak kena terbang ke uitm machang . wahwahh rasa macam nak sumbatsumbat air dalam hidung sebab rasa malas yang membuak buak ini . yala 5 bulan ohoii duduk melepak bemalas malasan didalam rumah , tak guna langsong kepala otak ni untuk belajaq . otak hanya digunakan untuk memikirkan entry apa yang nak ditulis . HAHA .

STATISTIK ! adoii cuak gila nak mati dah dengaq nama diani . baru nak rasa kecuakkannya , ritu masa mintakk takdak rasa macamni sangat T.T

statistik ni lebih kepada math . ohoii MATH ? gilabhai nii . dulu dekat matrik pecah kepala jawab soalan math . nanti nak kena belajaq math lagi . YA ALLAH permudahkanlah urusan hambamu ini . seriusly aku bukanlah otak math . yang bila hampa tanya soalan tragis nak mampos beringus hidung nak jawab tu aku boleh jawab dengan mata bersinar sinar . hmm (rasa macam over ja cakap lagutu)

lagi rasa cuak tersenget sengett bila dengaq reaksi orang ramai 

orang ramai 1 - eh hang dapat kos apa weh ?
anak pak hamid - statistik
orang ramai 1 - wahwah statistik . hebatla hang
anak pak hamid - muka bangga sebab orang kata hebat . HAHAHA . gila nak bemuka bangga . muka cuakk weyy . hebat apanyaaaaa ? cer cita

orang ramai 2 - eh hang dapat kos apa weh ?
anak pak hamid - statistik
orang ramai 2 - wahwah statistik .  cikgu aku ada ambik kos tuu . payah tau dia kata
anak pak hamid- erk ? haihh bagi la galakkan membina sikit orang ramai 2 oi

orang ramai 3 -  dapat kos apa ?
anak pak hamid - statistik
orang ramai 3 - wahwah statistik . ritu dpt pointer bopa ?
anak pak hamid - *.**
orang ramai 3 - wahh cuaknya dengaq .
(tetiba dia pulak yang nak cuak . panggg satg kott)

ada jugak yang kata wahh kos yang bosan . ciss sampai hati dia T.T

hah dahlatu . ingat tak penat ka nak review balik kata kata orang ramai ni .ehh semua nampak negatip jakan ? yang positip takdak ka ? ada ada . sat

orang ramai 4 - eh hang dapat kos apa weh ?
anak pak hamid - statistik
orang ramai 4 - wahwah statistik . bagusla . kos ni senang dpt kerja . x ramai yang ambik kos ni

satu cukop la noh .

hemm apa komen dan apa apa sekalipon yang penting usaha kita sendiri . (ayat sedapkan hati perot yang tengah serabut)  haha . okdahdah sekian salam . bye

 

rumah bedebu


 assalamualaikum

wahwah disaat aku menaip ini entry , aku sedang memakai topeng eh bukan topeng , alat pengatop mata tuu tapi bukan nak katop mata la , aku katop hidung . hihi
hm penat la lepas ni , kena kemas cuci cuci rumah pulokk T.T .


eh pokok bunga dah xda , haha . aku x jumpa la pulak gambo sebelum ni , hmm kalau tidak rumah aku memang penuh dengan pokok bunga . isnin ritu abah upah kontrak untuk kosongkan halaman rumah , wotwot tekejut aku nengokk . 3 lori depa angkot pokok bunga p hantaq rumah tok aku. HAHAHA . lagi lagi super tekejut dengaq .


aloh malam . kureng jelas la pulok . 

ni semua sumbat dekat rumah tok aku . ada 3 tempat depa letak . haha gila banyak . yes mak aku memanang rajen menanam . dan anaknya juga (sengeh bangga)

day 1
cepat gilos depa ni buat kerja . time depa buat kerja kerja ni semua aku ada dalam rumah , x keluaq langsong .time mak balik baru keluaq . keluaq ja .. " fuyoo biaq betuii . haha satu pokok pon takda"


day 1 jugak ni

 

day 5
wohaa means hartini . 13/8 . ni snap pagi tadi . nanti malam kita snap lain

raya ni insyaAllah siap kot . buleh beraya di ruangan baru . haha poyo ja

ok dah sekian .

kad raya kontes


assalamualaikum
haihai harini zty nak join kontes kad raya . senang ja nak join ni , syarat dia pon x susah 
meh ushar sini


nak cukupkan syarat kena bagitau kenapa nak kad raya tu . 

saya nak kad raya sebab sebab dah lama tak dapat kad raya T.T
tahun lepas dapat satu ja kad raya T.T
tahun sebelum sebelum tu dapat lebih dari satu kad raya (haha , bangga pulak) yela lebih kann , time tu sekolah lagi so kawan kawan main selit selit bawah meja ja . setem pon setem lukis sediri . hahaa lawak betui

terharuu oh kalau dpt kad raya yang dpos dan dihantar oleh posmen (takkan bomba nak hantaq kan) , terimbau kenangan kecik kecik dulu .. selalu ja main pos pos surat . lani text ja T.T . 

yeay ! kalau dapat kad raya ni zty nak semakkan dinding rumah dengan memelekatkan kad itu ke dinding itu . (ada harapan nak menang dak ? hihi)

here saya dgn bangganya mengetag


ok sekian .

mood : pelik


lani aku keja nak marah org jaa . nampak orang macam nak lenyek lenyek tumbuk tumbuk buat asam pedaih ! hmm memang la bengang kann kalau hari hari kena kemas lepastu orang lain sebok dok bagi semak lepastu tak reti nak kemas balik lepastu buat semak lagi lepastu lepastu dan lepastuuuu ! 
warghhhhhh sekarang ni memang mood malas layann orang ya diulangi orang . orang is equal to manusiaaa ! 

nak sambung belajaq cepat cepatttt !!! (walaupon aku memang x suka belajaq) nak lari dari semua niiii . nakkkk ! nakkk dan nak ! 

T.T

menang GA setelah beberapa hari intenet tak boleh guna .


assalamualaikum . 
apa kena mengena menang GA dengan intenet tak boleh guna ? haha . ok mengena dia sikit ja sebab aku teruja bangatttt bila bukak email dan ada email "TAHNIAH ANDA MENANG GA LOVELY CRAFT NAIDA" wahwahwahh time tu rasa nak lompat macam ayam daging ja . haaa teruja lagi ni sebab sebab ni first time menang GIVEAWAYY oiii . hampa hampa jangan nak jeles pulakk na . hihi . so tanpa membuang masa jom terjah belog sis naida ! kak naida suka buat benda benda ohsem . memang sempooi barangan felt dia . p terjah lekaihhh !

:)



ok dah cukup cukup latu eksaitedd . ni nak cerita pasai intenet tak boleh guna . ehem ehem tak boleh guna la sangat kann , padahai bil tetunggak . EHEM EHEM (semakin deras bedehem) hahaha . abah saja buat lambat sebab anak anak dia suka sangat melepak depan pc kan T.T . abang pulak besemangat nak p bayar sejurus lepas dapat tau intenet tak boleh guna tapi apakan daya pej pos katop . hari ahad kann , dia p belah kedah pon dah katop . hoho padan muka !

so campur tolak 4 hari la jugak tak bukak intenet . wahwah teruja lagi ni . haha , haa nak habaq rumah aku lani tengah renovate . haih haih penat weyy kemas rumahhh ! balik balik dok penuh situuu la ! tak luak langsong apa yang aku buang . hmm memang rasa macam nak pecah kepala pikiaq . satu rahsia nak bagitau nii - 3 lori angkut pokok bunga mak aku bawak p letak dekat pokok tampang  HAHAHAHA . aku pon tenganga dengaq . tu tak angkot barang dalam rumah lagi T.T hmm layann jela

AINI : aku dah muncoii weh . hihi jangan rindu lebih lebih sangat kat aku :) dan dan MIERAB : aku akan baca bab 7 secepat mungkin .

my new blog


assalamualaikum . 
WUTWUT sambil ketuk ketuk beduk dekat masjid nak buat pengumuman kat sini 

akhirnya blog baru muncoi jugak . dah lama rasa nak buat tapi baru harini terbuat . hihi . 

intoducinggg


.



sila sila lah ke situ ya makcikmakcik hensem dan pakcikpakcik gagah sekelian .

hihihi . amacam hijau dak ? haha . just like blog ni ja , cuma cuma cuma blog tu khusus untuk krafkraft aku . so lepasni segala mak nenek cerita tentang kraftangan aku akan ku selitkan disitu dan bukan disini lagi . entry lama yang aku tulis tentang kraft semua dah diabsorb masok kesitu . tapi aku tak delete la dari blog ni , sayang . :) hihi


ok itu saja untuk hariini . sekian wasalam .

:: esok jgn lupa bangun sahur .


taktau nak post apa


assalamualaikum
ok aku tipu . aku tau ja nk post apa . hihi 

nak beli kain felt online plak la lani , ada sorang budak tu dia kata dia beli felt online jatuh stu singgit . GRRR jeles aku dengaq . aku beli kat A to Z satu keping 2 hengget ! see . singgit beza tu amat bemkna tauu ! so tunggu apa lagi jom kita search blog yang jual kain felt . mari mari mariiii!

:: smayang taraweh harini dh hilang dah dua baris kat belakang . haha depa sebok buat kuih raya kot . yang bestnya aku suka tengok gelagat kanak kanak . adoii semayang isyak jaa lepastu ngesot ngesot ke belakang buat group gosip . ada yang belari lari keluaq , nak main apa tahla .. dok tengah smayang bau asap busuk busuk , haihh main apa la depa ni , mentang mentang boleh bekumpoi satu taman kannn . mula la buat projek hensem hensem . haihh kan baguih buat study group (@%%$%#@$$) hahaha . actually aku teringat zaman aku duluu , lepas smayang isyak smayang taraweh 4 rakaat lepastu main batu slambut :) hihi senget bebeno !

khas buat mierab .


assalamualaikum . 
ye tuan tuan dan puan puan serta pakcik dan nenek sekalian , harini eden nak buat entry untuk cik mirab ehh thethe amira . haha . so cepatlah terjah ke blog dia sebab diani dok tulih novel . best weh . tak caya p terjah lekaih . hihi (thethe jangan marah cek promote sikit ni) :)

actually aku nak tulih sesuatuu ni . hm tapi tengok yang ni dulu


haa tengok . dia kata dia SAYANG aku entra lebih . hahaha . (macam xdak orang lain sayang aku ja nak eksaited lebih sangat) muhaha , saja ja nak eksaited . haa tudia tudia muka jeles .

*ni mesti nanti AINI jeles kat hg mirabb , sbb aku tulis pasai hg . kikiki , actually kann AINI lagi sayang sayang aku lebih lebih . kan aini kan ? baik ngaku cepattt ! ada bukti banyakkkk :) 

dan dan weii mirab tengok apa aku tengah baca


hihihi 

tipula hang , watak dlm tu brutal habis , aku ni sopan khacak dan ayu habihhh . :)

aku baru baca sikit . betuikan cita ni yg hg suggest kat aku ? satg dok buat pelik sorang sorang pulak  . watak lia kawen ngan sapa tahh . x ingat (baca kat sinopsis)


hahaha . tetiba ja aku terjain nak prsc benda benda ni semua :)

weh lawak la . part mak dia marah dia dengan adik dia "hampa dua ekor ni .. blabla" pstu depa duadua berenti dan tgk punggung masing masng , " takda ekor pon" HAHAHA . letih gelak 


:: harini rajen tahap kambing goreng . aku bersihkan rumah ala ala hotel . haha part hotel tu bahagian mop jela .syoknya tgk lantai . besinar , sapa takdak cermin buleh la bagi kat aku alamat . nanti aku pos marmar bekilat . (syok sendiri haha) k lah . sekian salam

ztdreamzcraft


assalamualaikum .
harini nak upload lagi feltcraft yang aku sempat siapkan . hihi . ni semua dari tempahan kawan kawan adik aku dan ada lagi yang depa tempah tapi aku tak dapat nak siapkan sebab barang tak cukop . fiber yang nak sumbat dalam perot feltcraft tu dah habih dan button pon T.T hmm so kena tunggu aku jelajah A to Z lagi la nampaknya . jauh tempat tu jadi aku taktau nak boleh p sana bila ,

sekarang upload gambo dekat fb , ada jugakla yang tempah tapi barang tak cukop la sayang dan dan malasnya nak p pejabat pos . hmm just wait sat nah , i will do it later :)


kapkek . asainya nak buat kapkek last last kek cawan ada (@#%%) , aiskrem ada . cendawan pon ada . HAHAHA . sempoi dak ?


brooch (betuika eja camni weh ? cerr habaq sat . brooch ni untuk aini , azwa dan nisah . dah lama janji ngan depa akhirnya siap jugak . haargh lepas satu keja :) . tapi tapi tapi button dah habih so satlagi baru nak keluaq p beli :)


keronsang lagi . tapi yang ni aku hancurkan dia sebab sebab nampak macam buruk . HAHAHA . sedih dak dengaq ? T.T


loli punya badan .

loli punya kaki .
ha camtula cara nak buat dia , firts potong dua keping bentuk yang sama , pastu camtumkan dia dengan menjahit insang pari :) tapi tapi janganla kedekut benang cam minah tuu , jahit sekerat dah tebengkalai . hihi


lolipop . loli ni kecik ja tapi nak pengsan jugakla buat ni


bunga patrik pon ada :)


s for sarah . tapi aku buat lain untuk budak ni sebab kesian dia dapat s kecik padahai hurup lain yg aku buat semua beso beso :) nanti dah siap segala bagai aku upload lain 


ni yang dh siap packing . :) , rasa best dan lega like terbang di atas awan macam goku ja bila tengok hasil yang kita buat sendiri . kan kan

transkrip result .


assalamualaikum .
sekarang ni aku tengah serabut dengan kes TRANSKRIP result matrik aku yang x sampai sampai ni . warghhh rasa macam nak hentuk kepala dekat bantai ja . (bantai dhla . lembut sikit) so ada sesapa yang x dapat lagi ka transkrip ni macam aku ? hmm kawan kawan aku ramai yang dah dapat dan aku ada terbaca dekat sini yang mengatakan kalau hilang or apa apa kena mohon lain dan ambik masa sebulan . whatt ? sebulan . aku dahla kena daftar dalam masa sebulan lagi . hemm memang nak nangis jugak ni .

nasib baik sekarang ni puasa . kover sikit . hmm aku harap sangat transkrip tu akan selamant sampai kat rumah ni dengan jayanya . amin . semua sila aminkan skali . hee


mood : TRANSKRIP result . T.T