sehari bersama mereka


assalamualaikum

19072012 . aini dengan sukacita dan baik hatinya bawak aku, azwa, put dengan shikin g jalan jalan area penang , belah island sana . untung jugak dia mengaji area penang jah , boleh bawak kami g jalan jalan . hehehe . tengkiu la hang aini . ^^ lain kali buat lagi ^^

serius saket habis rahang rahang aku , mau taknya .. jejak jejak je kaki dalam kereta comel aini tu .. terus bukak cerita . masing masing bukak cerita . hemm apa lagi.. bising taktau nak habaq dah. sekali gelak nak teburai perut . haha . metaforanya 

memang best gila la hangout kalini . masing masing duduk jauh jauh sekali jumpa macamni la.. banyak ceritanya . gosip pon banyaaaaak . haha . aini study usm , azwa pulak upsi , put dah nak masuk unimas , shikin pulak nak masuk upsi . hemm untungla ada geng dengan azwa .. aku ? heh dok la sorangsorang kat kelantan . haih -.-"


aini . ketua rombongan . haha xdek dia ni x sampai la kami kat toy museum tuuu


put . penyemak antarabangsa . haha

shikin . penyeri kereta

azwa . si sendawa . haha


arghhh ! johny depp sayeeeeeeeee . 

click click


 toy museum yang dah nak pindah ke teluk bahang so semua toy toy dah kena bungkus masuk dalam balang balang plastik . haa tengokla gambaq , kawan aku cakap sebelum sebelum ni kalau toytoy yang besaq macam jack sparrow kat atas tu dia letak gitu gitu ja.. nak tangkap gambaq pon boleh peluk peluk . hemm disebabkan dah nak pindah.. hampeh ! tangkap kot luaq jela mampu -.-". pakcik chinese yang jaga kaunter tu pulak  boleh dia pauu kami sampai spoloh hengget ! ayam punya pakcik , mentang mentang la kami muka baik baik belaka dia buat kami macamni. sobsob  .  kalau tahu dalam dia macamtu memang x masok kottt . haih .ehh x baik menyesai . tutttttttt

dah habis layan layan toy , p semayang apa semua .. g la pantai batu ferringhi , niat kat hati nak makan laksa tapiiiiii satu kedai pon x bukak. xdak rezeki betul . 


FFL . friend for life . yeah !

nila geng aku kat sekolah dulu . dalam kelas keja gelak jaaa. haha . kalau cikgu buat lawak budak budak lain mesti diam jaaa.. kusyuk buat apa taktau.. aku dengan depa dua ni dengan naimah sorang lagi jela yang dok gelak. tak faham betui dengan orang lain.. xdak perasaan kot. haha . pastu bila kami gelak , aini mesti tengok kami.. pastu buat shusssssss . kami pon diam . dia kalih depan kami gelak balik. hahhaha rindu gila nak buat macamtu lagiiii. ^^

aini , puput , shikin , aze

sampai sampai ja terus snap . gila snap !
  
candid candid .

dah habis jalan jalan kat pantai , kamiiii pon terus g padang kota . apa lagii cari laksa la. heh mahai mampuss.. laksa oke lagi. ayaq diaaaa perghhh boleh dapat kenching manih , dengan manihnya.. mahai pulak tu. haha standard klcc kot . cheh ! tapi takpa janji dapat makan laksa , aini belanja pulak tuuu . hhehe . 

pukul 8 camtu baru sampai rumah . jalan jem , lupa pulak nak bawak roti . eh ? kakak aku cakap.. tula hampa.. pandai sangat pilih waktu balik sekali dengan orang balik kerja.. memang padan sangat la . haha nganjing pandai !

esok nak sahor , bawak bawak la  betaubat sikit ^^ salam alaik

ramadhan


assalamualaikum

Ramadham tiba lagi . selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak . moga moga ramadhan kali ni lebih bermakna dari yang sebelum sebelum ni . ayuhh tambah amal bersama 



jomm bertarawih 

uitm machang kelantan .



assalamualaikum .

hem sekarang ni dah masuk bulan julai . bebudak lepasan spm , stpm and etc dah dapat keputusan upu rasanya . wahh tahniah le kome kome . so bagi sesapa yang seangkatan dengan aku setiap hari akan search benda yang sama yakni search uni yang dioffer . wakaka . bajet kan ? aku masa dapat tawaran degree kat machang dulu , alahai setiap kali bukak google akan search uitm machang, uitm kelantan , uitm mache . tapi hampeh ! kurang maklumat berguna . pernah alami ? kahkah. sedih gila hidup . kalau search dekat facebook tuu , alamat kejang jari jelah . mungkin ada tapi x official sangat . so kat sini aku nak cerita sikit pasal uitm machang ni dan lebih kepada kos statistik jela eh . kos lain mintak maaf la eh ^^

kalau nak tanya gapo gapo bukak rakan hea punya page . situ official rasanya dan selalu update .


kalau dapat kos statistik . ehem kos ni jela aku tahu eh , boleh bukak page ni. ni page kelab bachelor of statistik . so nak tanya soalan kat senior senior boleh la .


ehm . first skali nak bagitau . janganla sedih sangat kalau tengok tengok ja surat offer dapat uitm machang . eh kelas apa ? paling kuat dapat makan buah machang . haha . x lawak . tapii serius nak bagitahu , ramai ja yang sedih , tangkap leleh jaa bila dapat tau dapat machang and at last bila dah jejak kaki kat sini , besyukur sangat . ehm mungkin aku salah sorang drp orang orang itu kot . ^^

haaa masuk masuk ja pagar uitm , lepas pondok guard , kome kome akan nampak bangunan ni . ni blok pentadbiran . mahu ke x mahu komfem akan jejak kaki kat situ . cop slip exam la , apa laa semua kat situ ^^

mds

minggu pertama konfem la ada mds kan . minggu destini siswa . nasib laa dapat senior hat baik baik xdek la kena buli sangat tapi relax ahh , nama pon orientasi nak jugak rasa kena buli kan . haha dah lepas boleh la cakap gini kan . time aku dulu memang kena teruk jugak la. dinasihatkan pakai kasut sukan , haihh dahla blok atas bukit , jenuh memanjat . jangan risau , seminggu ja . pahtu boleh la besuka ria . eh ?

kolej

untuk yg sambung diploma , anda sangat beruntung .untuk sem satu for sure akan dapat kolej kediaman dan sem sem seterusnya kena maintain keaktifan dan apa benda lagi tah so bolehla terus menginap kat situ .tapiiiii bagi budak degree kenala sabaq sikit , untuk sem satu memang dapat kolej tapi sem sem seterusnya for sure xkan dapat kolej . melainkan ada kekosongan ataupun buat rayuan etc . time aku masuk dulu , sebulan jugak kena menumpang pastu baru dapat bilik sendiri . hem mula tu bengang jugak tapi bila dipikirkan balik susah susah dahulu besenang senang kemudian . ye dak ? so bawakla toto ka lemek ka .. dan yang penting bantal . ramai sangat nak masuk u sampai x cukup tempat , tapi xpa janji ada tempat belajaq . kan ?

rumah sewa

so kalau dah x dapat kolej kenala cari rumah sewa kan . rumah sewa meeeeemang banyak sangat kat sekitar uitm tu , tapi kena pandai cari la . seriusly orang kelantan memang pandai berniaga sampai aku ternganga bila dengaq harga sewa rumah . satu kepala seratus sepuluh . satu rumah ada 16 kepala . mak aiii 1600 dia dapat satu bulan . haha pokteh memang terbaik . kalau nak duduk rumah pokteh , jangan duduk rumah pokteh A , tu bekas rumah sewa aku . hahaha . semak toksah nak kata la kan , sekarang pokteh dok tambah lagi rumah sewa soo bolehla sewa rumah rumah yang baru tuu , kalau nak duduk situ ada kenderaan lagi best senang sikit . kalau xdek kenderaan macam aku ni kenala besusah payah sikit . jalan kaki keluarkan peluh . peluh jantan semua ada (?)  pendek kata carila rumah yang berpatutan , ada ja rumah yang murah , untuk siswa senang la.. dok ceruk mana pon okay . kalau siswi kenala cari yang okay okay sikit . duduk kat kawasan yang gelap gelap komfem kena ngendap xpon kena curi panties . haha . pandai pandai la nak hidup . kalau rasa x selesa pindah ja rumah lain , apa susah :)

blok

kat uitm ada banyak blok . coolblog pon ada . haha untong la kaan , kita dah kena pindah kota bharu baru dia nak bukak coolblog . haih terima jela . so kat uitm ada empat blok . satu blok pentadbiran , bahagian atas ada kelas jugak . dalam jadual dia tulis blok P . pastu blok A , blok B, blok C , dan last blok D . dari satu blok ke satu blok boleh ja jalan kaki kalau takmau hitam hitam gunala payong . berguna tauu .

lecturer

lecturer kat uitm machang seriusly semua baik baik . then senang nak jumpak , besyukur sangat la sebab dapat sini . dengaq kata kalau kat shah alam susah sikit nak jumpak lecturer ka apa , sebab tempat dia dahla luas pelajar pulak ramai . lainla machang , kecik ja tapi xdekla kecik sangat . eh ? kira bepeluh jugakla kalau jalan kaki . aku dua sem ka situ semua lect yg hajaq semuaa baik baik , caring gitu . soo xyah sedih sedih coooool sudah ^^

kenderaan

ni yang susah sikit . kalau bawak kenderaan tu kena ada sticker . kalau x kena saman . haha . pakcik guard ada dimana mana . haaaa bejaga jagalah anda . kalau x bawak pon xpa , boleh naik tenggiling . sekali naik 50 sen . dua kali naik seringgit . kalau nak g machang RM1.5 , g balik RM3 , kalau nak g kota bharu dalam RM10 , tupon kena penohkan giling . kalau tidak, caj lebih . haha .


haa nila tenggiling . apa ingat tenggiling yang gulung gulung tu ka ? haha . aku pon x faham kenapa depa panggil benda ni tenggiling . then pakcik driver tu dipanggil pakcik giling . haha .

makanan

senang ja nak dapat makanan . tapii bagi budak degree sem satu takpon yang duduk kolej , simpan simpan la stok meggi . komfem kome susah nak dapat makanan kalau budak dip cuti . lebih kurang dianaktirikan lah . haha . satu kedai pon x bukak . haihh terima jela . tapiii sekali budak dip mula sem , mak aiii meriah taktau nak habaq la kaan , semua kedai bukak . hem kalau nak sedap makan la kat nyior . sedap tapi lambat . kedai kak ani pon best .

then apalaagi ?

haa taktau nak bagitau apa dah . 

tuu je kot . dan lastly nak cakap yang uitm machang best . 


ni rupa bentuk kad matrik . alah semua uitm pon sama 

minggu mds . best ja muka kan ? back to school memories dengan tudng putihnyaa kan . haha

scenes dari blok THO , nampak DO . kalau pagi pagi cantik gile , rasa macam dok kat alice in wonderland pon ada . kadang kadang x nampak DO sebab penuh dengan kabus . style kan ?

syok dok kolej sebab ada meja study . mak aiii besepah ! novel pulak tu . *renyih*


ni scene dari bilik aku dulu . dekat THO


ni rupa dewan pro . selalunya majlis grand grand buat kat sini lah . kalau mds komfem kat sini ^^ exam pon selalu kat sini .

haha . kalau x naik giling bawak bawak la payung ehh . nak nak nyee musim panas . mak aii hitam bekilat nanti . tapi bulan 11 12 gituhh lagi lagi la payong diperlukan . musim tengkujuh dik

koridor blok D . tingkat 4 makmal komputer . budak stat wajib ada kelas kat sini . haha coding yuu

jalan antara blok C dengan D . 

ni tangga batu caves . kalau daki tangga ni komfem ada lima checkpoint . aku la.. 


ni kedai makan . betui betui depan uni ^^


jalan ke rumah sewa . hari hari macamni . kalau x kurus xtau nak habaq la kan . haha tapi jangan taktauu aku tak kurus pon , lagi gedempol ada la . penat bejalan makan pon banyak. kahkah



rupa rumah sewa aku lepas kena semboq ubat aedes . eh ?

econjaya . pasaraya paling besaq kat machang . haha . haa hari isnin boleh g pasar malam . naik giling 1.50 jeeee



lastlyyy goodluck in whatever you do . kalau dapat kos yang x minat , minat boleh dipupuk dik . ^^ all the best .

salam

sem dua is over ! ^^


assalamualaikum .

berkahirnya paper algebra 11hb haritu . maka tamatlah riwayat sem dua aku . yahoo

goodbai mache

goodbai rumah pokteh

goodbai all the things yang ada di bumi machang

ahak . buat macam x jejak kaki langsong dah kan ^^

insyaAllah jejak jugak kot . tapi x selalu la sebab sem depan aku dah pindah ke kampus kota bharu . hemm . telebih bandar lah pulak ^^ . nampaknya kena lebih berhati hati , duduk dekat mchang yang serba x berapa bandar tu pon duit mencurah curah keluar macam angin , inikan pulak kat tengah tengah bandar yang kiri kanannya mall . ya Allah teguhkanlah hati hambamu ini . amin ^^

 akan dan akan dan akan merindui sem dua yang gila gempak ! walaupon lately ni kami sedar yang aktiviti study masa sem dua lebih banyak sikitttt dari sem satu . tapiiiiiiii sem dua sangaaaaat relax .haha . lately laa.. padahal hari hari ulang benda yang sama . kalau study week tu x ke library alamat tidur dan bermovielahh sepanjang minggu . kahkah . x bermoral langsong . haih . *sem satu kurang study pon okeyla sebbab mmg mula study dari awal sem . so okeyla . eh okey ke ? ^^

 tapi harap sangat sem ni dapat dekan . amin 

lastly selamat memuliakan bulan ramadhan . ^^