raya oh rayaa


assalamualaikum .

dah habisdah dah raya pertama . raya pertama aku ? wow gempak la jugak sampai rasa nak pejam je mata takmau bukak bukak dah harini  (raya kedua) *over gila nak menggambarkan penat kan. raya tahun ni bagus la sikit . bangun awai :) bukan apa.. selalunya aku la orang last bangun . hahaha . sebab malam raya tu akan bergotong royong secara besaq besaran mengemaskan rumah , tapi tahun ni tak besar besaran sangat sebab sentiasa keep in touch dengan barang barang dalam rumah niha so takdela semak sangat macam tahun tahun sebelum . heeeh

bermaaf maafn di pagi raya 
 

mintak ampon abah
 

mintak ampon mak

selesai je sembahyang raya . aha macam biasala family aku , mesti ada shooting punya . tahun ni tambah family lagi . haa tu dah besaq sikit dah family aku ye 


berhijau hijauan di hari raya


jom ziarah menziarahi
 

macam ni pon bolehhh
 

rumah tokdak . asal sampai je rumah tokdak komfem tak pakai baju raya lagi . haha
 

rumah tok mentua kak long . 
 

rumah pak lang li
 

rumah ustaz abdullah khairi . besarr gile . makan mee ketam perghh sedapp
 

wahh nostalgia lama . rindu gila rumah ni , sejak lahir aku dok kat rumah ni pastu pindah masa darjah empat kalau tak silap. sobsob . banyaaaaak sangat kenangan dan yang paling tak boleh lupa jamban dekat luaq . hahaha 
 

rumah paksu haji harun . dudulu aku ngaji sini la


rumah pakngah man

 malam tuu gerak ke balik pulau pulak. pak ngah buat bbq sebab tu la kami p jugak malam tu kalau tak selalunya raya kedua baru gerak sana . perghh mengantok gila dahla family last sampai.haha . turun turun je keta semua bising . haaa todiaaa family boria mai dahh 


satu je gambaq , tu pon ehsan shima yang tangkapkan , aku curi dekat facebook. hehe . tu tengah sedap menjamu selera . biasala aktiviti di hari raya . makan 

raya dengan kawan takdek gambaq la pulak. almaklumlah bawak henset je , henset buah pulak tuu memang tak boleh la nak tangkap gambaq . T.T

amacam ramadhan hampa ? ada baik ? alhamdulillah aku suka ramadhan kali ni . lebih terurus dan alhamdulillah ada la peningkatan . harap bekekalan sampai bulan seterusnya :)

salam alaik . dan selamat berhari raya :)

 

aiscream goreng dan puding roti


assalamualaikum

tajuk entry dah macam nak buat blog resipi kan . hahaha . okey tak hingin aku nak bagi resepi sebab aku pon masih tersepi sepi . eh ? ok cukup

disebabkan aku cuti dua bulan *macam sebelum ni tak pernah cuti dua bulan kan* err dan aku pon dah besar gedabak rasa macam dah boleh kawen dah . hahaha merapu lagi , so teringin la jugak nak buat benda benda ohsem ni alaaaa kan orang selalu anggap wanita wanita ni pandai memasak . batuk lima puluh lima kali , jadi dengan jayanya aku pon nak mencuba buat sesuatu . arghhh apa punya panjang intro padahal nak tunjuk aiskrem goreng jepong -.-"


haa nah siap dah . sedap . dan yang penting senang tahap ayam goreng , ayam goreng lagi susah nak buat . hahaha . nak bagitahu caranya pon tak pandai sangat , apa kata tengok gambaq kat bawah ni sebab aku pon belajaq dari sini jugak *.* bling bling mata


haa nah . ikut je step kat atas siap . gambaq tu dapat dari facebook cikepal . tima akseh cik epal :)

tapi xdek desciptionnye so sini sikit penerangan (bajet terrer habis dah)

bahan wajib ada

1) roti . aku guna gadenia . lembot
2) aiskrem . 1st time buat guna wall , okey . 2nd guna nestle okey jugak tapi cepat cayaq mungkin sebab banyak susu kot . jadi bagi aku better guna walls

haha . tu je . senang kan . benda senang camni sebab tu la aku buat . kalau susah jangan harap la nak try . x wanita sungguh -.-"

cara caranya 

1) ambik sekeping roti . letakkan aiskrem atas dia . agak agak cukup besaq cawan yang kita nak tekup tu. 
2) letakkan sekeping lagi roti atas kepingan roti yang ada aiskrem tadi tu
3) tekupkan roti tadi . oter supaya aiskrem tak meleleh ke apa 
4) simpan roti tu dalam fridge dulu . ni untuk keraskan sikit roti tu , dan supaya aiskrem tak cayaq . 
5) panaskan minyak . minyak kena betul betul panas kalau tidak tak sedap sebab bila minyak tak panas roti tak garing so mestila kita nak goreng bagi garing kan . haa padan muka kan dah cayaq aiskrem dalam tu.:P
6) silalah makan dengan cepat . haha

try an error eh *.*

lebihan lebihan roti tu jangan buang pulak. membazir tau . so buatla puding roti . senang je , tapi aku tengok buku resipi jugak . hahaha . 

disebabkan tak ada gambaq so malas nak cakap panjang , oke itu sahaja mengenai puding roti . hehe . nanti bila dah upload gambaqnye aku cerita lagi *.*

haaaa lagi satu . aku rasa wanita la sangat dok buat kek kek bagai ni . almaklumlaa tak pernah nak buat benda benda macamni . ha ni nak tunjuk kek coklat dibuat bersama emak terchinta 


nampak lazat kan ? bukan nampak je tau . memang lazat pon . hahaha nak jugak puji pujian ni . tapi aku malas la nak kongsi resipi sebab sebab sebab ni kakak aku beli tepung kek segera . :) soooo ikut description dekat plastik dia tu . nah siap . :) kalau nak buat sendiri tepong bagai tu memang tunggu ayam betelur twin 55 dulu la 

actually aku online ni sebab nak bukak resepi cornflake madu . alahai lagi dua hari nak taya baru nak berkuih bagai kan . hehe , kebanyakkan yang bagi cara cara nak buat cornflake ni mesti nak gula kastor la gula perang la.. eii gula kastor pon aku taktau . hahaha . dah aku dah jumpa blog yang bagi resipi senang je , tak payah kastor perang bagai , guna gula biasa je :) 

jom beramah mesra dengan cornflake *.*

salam alaik

 

 

 

GEMOK


assalamualaikum .

weyyy first time tokdak aku kata aku GEMOK . ok diulangi gemok yaaa ! ya first time dalam hidup aku selama 20 tahun ni ni la first time tokdak kata aku gemok ! 

nampaknya kena kurangkan makan dah . lepasni siapa lagi aku nak harap pujian pon dah orang yang satu satunya cakap aku kurus pon dah kata aku gemok ! hahahaha nak jugak puji kan , ekceli bukan puji pon . tapi ada jugakla penyedap rasa kalau orang kata aku gemuk kan -.-" 

jom menguruskan badan . ok aku tipu . kejap lagi bebuka nak makan pizza . pizza hut ya jangan jeles harini abang aku beli pizza hut *.* , mee goreng , nasik lauk kari , sotong dan banyaaaaaak lagi . dah nak masuk maghrib . jom bebukaaaa

memang xdek harapanla nak kurus -.-"

assalamualaikum .

lepas kemas kemas je meja lepas bebuka tadi aku tengok adik aku tengah seronok dok tulis kad raya . amboii kretip jugak hang noo , tapi tengok tulisan .. hemm sabo jela . kad raya dia buat sendiri , takdekla cantik sangat eh janganla terasa anis , ni nak puji la ni.. tapi bila tengok balik .. cantikla jugak , buat dengan ikhlas kan.. budak budak gitu la..  aku dulu pon camtu jugak ceyy nak jugak bagitau kan 

rasa macam nak bagi kad raya la pulak . hem nak bagi ke tak nak ke tak .gaya dah macam rajin sangat je nak bagi kan padahal nak masuk bilik pon malas . hehe . brooch yang aku nak buatkan untuk aini , shikin dan put pon x siap lagi , haih sungguhla ak xdek mood . tengokla macamana nanti *.* (sambil kempang kempis hidong)


assalamualaikum .

entah kenapa shoutbox yang lama dah x boleh guna . error apakebenda entah . 

so dengan ini aku merasmikan cbox yang baru . 

jajaaaaangggg





selamat singgah sini

layan sikit


assalamualaikum .

ekceli banyak benda yang nak dikongsi tapii bila dah sign in blurr pulak -.-" hem  tetiba aku teringat novel yang aku baru beli dua tiga hari lepas , suami yang kubenci . haha kawan aku cakap ganaih molep tajuknye . ala tajuk je ganas cerita x ganaih xpa :)


hem nila covernya .
nak dijadikan cerita haritu keluaq g shoping dengan aini , put , azwa dengan syikin . ala.. kawan kawan pengaggur la katakan . shoping apa lagi kalau bukan kasot raya , mungkin novel pon dalam list raya kot.. tu yang aku beli tu *cover line . pastu cari punya cari novel ala kekonon lama x baca novel la.. padahal novel yang belambak kat rumah tu dah lupa semuanya hahaha kalau dh baca nak cepat habis ja memang macam tu la. dahla short term memory . eh ? ha sambung balik.. pastu put kata ha cita ni best jugak . aku pon dengan berat hatinya nak ambik biasala tengok tajuk pon segan nak beli . tetiba put bersuara lagi.. kawan aku cakap best cita ni, hero tu ada parot kat muka kalau x silap . seriusssss ? aku terus ambik. jalan g kaunter . hahaha . minat betul eh kau dengan jejaka berparot di muka ? hem mungkin laa .

  ha nak kongsi satu rahsia *gaya budak dalam iklan oreo . ala yang comel comel tu . tapi aku lagi comel la. hahaha .

kalau nak beli novel ni dia ada tips tips dia . kalau cover tak berapa menarik tuu ha insyaAllah best letu . novel yang cover gempak gempak selalu x best . bagi pengalaman aku la.. haha cer tengok cover novel kat atas ? eh aku x cakap x menarik pon , cer tengok yang bentuk hati tu.. dah lima hari beli baru aku perasan ekceli tu bentuk burger . hahaha . mati mati dulu aku ingat tu bentuk hati buruk entah apakenda . hee tapi xpa janji citanya best . ^^

pastuu kalau nak yang bolehla nak dikatakan berdakwah tapi xdela berdakwah sangat tapi okla kira xdak la yang 18 sxx yang x digemari rakyat berhemah macam aku ni.. haha perasan la pulak . haa bolehla pilih novel keluaran karya seni . bagi aku banyak novel dia yang okey ya . cinta lepas kahwin tu yang minat sangat tu ^^

dan sekarang tengah layan novel ni

 
padahal aku dah baca bulan januari haritu . lani baru bulan 8 aku dah x berapa ingat sangat dah jalan cerita dia . hahaha sabaq jelaaa . tapi bagi aku jalan cita ni lain dari yang lain , x cayoo kenala baca ^^

salam alaik .





alhamdulillah


assalamualaikum.

alhamdulillah . tadi dapat result . xdek apa yang layak diucap lagi selain alhamdulillah . walau x sehebat mana tapi aku puas hati ^^ bukan senang nak rasa puas hati begini . ehem . 

besyukur sangat sebab dapat kawan kawan yang selalu ajak aku study . hehe kalau nak dibiaqkan budak ni sorang memang atas katil la jawabnya . ayu dino dan dian tq noh , uol memang daebak ! dan kalau study week tu kita x bekerah tenaga p library aku pon x tahu jugak nasib aku cemana . hehe . tapi apapapon semuanya datang daripada Allah . syukur sangat , terima kaseh ya Allah .


semalam g jumpak ahmad . beza dah dia lani , alhamdulillah jugak . semua kuasa Allah kan ^^