modul


assalamualaikum

ok tajuk kita hari ini modul ya. modul . haha modul tu program anjuran UiTM untuk pelajar pelajar dia setiap sem. feedback macam biasala , ada yang suka dan sebaliknya. aku ? tidak mengiakan mahupon menidakkan. hihi

disebabkan aku lepasan matrik so aku punya degree start dengan sem satu , dan surely la modul pon modul satu. sekarang aku dah sem tiga so dah sampai modul tiga la, tapiii disebabkan kerajinan dan kemalasan yang melampau aku and the geng ambik modul empat sekali untuk sem ni :) kerajinan tu ofkos la sebab aku amik dua modul dalam satu sem kan, dan kemalasan tu sebab sem depan boleh besuka ria sebab takyah ambik modul dah . ha nampak tak permainan dia kat situ :P

modul tiga memang sempoi . relax tahap makan nasik jilat jari ha. over gila, tapi betui la apa aku cakap, dapat fasi yang best maka bestla program tu kan . so modul tiga bejalan dengan lancar tanpa cacat celanya, eh tapi ada la jugak celanya sebab aku kena intebiu budak laki. ish aku kan pemalu . ha ha ha. tapi alhamdulillah benda dah settle pastu dapat balik awai pulak tu :) haa yang tu la yang paling best 

maka kemaren dulu aku teruskan dengan modul empat . haa jangan taktau , kami berexplorace dengan baju kebanggaan gadis ayu. baju kurung . haa gitu terbaik kan . he he apa ingat semua explorace kena lari lari pakai track ja ka , explorace kami relax ja.. duduk atas kerusi jawab soalan pastu 'ok kita ke checkpoint seterusnya' ha ha ha separuh mati aku and the geng gelak . dan akhirnya modul empat tamat dengan jayanya walaupon tak berapa nak best sebab balik lambat -.-" yang bestnya pon sebab ada kawan kawan yang sempoi. gelak tak ingat dunia .


kawan seperjuangan .


dalam borang kaji selidik komfident ja tanda sangat setuju dekat column dapat menambah kawan baru . bahaha . dok nampak kawan lama ja pon, kawan baru semua disisihkan .@#$%$. cantik perangai

 so tamatlah riwayat modul tiga dan empat . modul lima come to mama come . haha over !

salam alaik

prank bulan september


assalamualaikum .

satu masalah aku yang aku malas nak selesaikan adalah tak ingat besdey orang . baha sorila , entah kenapa dan mengapa masalah ni sangatlaa susah nak lari dari aku yang baik hati ni . even kawan baik aku sendiri pon aku ingat ingat lupa ja haa dan tak ingat pon ada . ngaha , kadang kadang syukur sebab ada facebook . oh yeah kalau benasib baik aku sempat la jugak ucapkan hb dan kalau x benasib baik tu wish jugak tapi belated la . hihi 

selalu sangat aku buat note tapi biasala note selalu ja hilang , buku nota pulak tiap tahun tukaq baru. nasib nasib . hupdate dalam henpon , henpon aku yang lama abang aku dah ambik balik . maklomla henpon pinjam . ngeh . so maksudnya tiap tahun la aku kena hupdatebesdey orang . ohh aku memang la rajin kan -.-"

haha so harini depa ramai ramai rancang nak prankan besdey girl bulan september . ha lima orang sekali gus . amikkau memang kena la.. dengan tepungnya . ok tepung tu memang terrsangatlah okey dan yang tak okeynya bila wujud cencaluk . ye cencalok weh . busukk mak aii taktau nak habaq la kan .hah ni semua kerja dino yang suka kenakan orang ha . haha 

so 

 
baha kek surat kabaq eh . ni indulgences tau . perghh terangkat sampai muak .

happy burstday to my beloved friend 

intan nadiah abdul aziz (14/9)

ismaifazira ismail (20/9)

adibahtussyaza abdullah (21/9)

amalina diyana suhaimi (24/9)

nur ashyikin abd latiff (25/9)

haih ramai betui bulan sembilan . ni kalau nk beli hadiah pakai pokai la ha . hehe 


soo sesapa yang aku tak ingat besdey tu jangan marah eh . ingatkan la .. ala hari bahagia sendiri , sendiri la ingatkan orang lain . keke :)

 



makan sampai lebam


assalamualaikum.

hari ke  sepuluh di sri cemerlang . haha nama nak havoc ja kau . oh harini raya nam merangkap hari penghabisan syawal . hehe . bukan setakat assignment ja nak last last, puasa nam pon terbawak bawak perangai hodoh tu . ish ish . tapi alhamdulillah sempat jugak habiskan puasa nam . memang raya sungguh la kan .. makan sampai penat nak bernafas .

tengahhari tadi makan open house dekat rumah seniora . nah amik kau.. sepenuh penuh mangkuk aku bubuh laksa . laksa penang ye sapa takmau :) , habis ja makan laksa mak seniora promote nasik dagang. argh tak boleh jadi kena try jugak.. makan lagi . amik kau . perut penuh senang hati balik tu singgah rumah ziema , ainil , auu , tg dengan kak atul . makan lagi...depa jamu karipap bagai.. kiramacam minum petang la.. hah kenyang pon pulun jugak makan. haha

dah balik rumah rehat rehat sat lepas isyak tu ayu sampai . ayu tak join g rumah seniora sebab balik rumah.. orang dekat kan boleh la berulang alik dengan jayanya . dari semalam lagi ayu dah pesan jangan beli makanan malam ni sebab ma dia nak masak nasi . aku dengan dino dah agak dah kalau ma dia nak masakkan untuk satu rumah means 7 orang sebab 3 lagi balik rumah . so total yang kena kerahkan perut untuk makan haruslah sekali ganda bilangan yang dirancang , argh pendek cerita ma ayu memang rajin la..kalau g rumah dia memang heaven makanan sungguh . x pernah rasa lapar :)

haha sooo esok kena topup balik . puasa la. banyak sangat makanan yang masuk dan alhamdulillah banyak jugak yang keluarnya. HAHAHA . dah boleh terima jamban begitu . eii aku mana biasa jamban orang kaya kaya ni bak kata mak aku la.. ala jamban duduk tu, euuu . praktis make perfect . haha tak senonoh cakap pasal ni dalam blog :P

ok salam


maxis di hati


assalamualaikum

aceh maxis di hati la sangat kan . padahal ada dua sim card dan dua dua celcom . ngaha . harini maka dengan rasminya aku merasmikan broadband aku . yahaaaaaaa . eksaited taik hidong masin . dua sem aku sabaq je takdak bb tapi entah kenapa sem ni tegedik nak beli jugak. ehem alaaa susah la pinjam pinjam rasa inproper . aceh . so dah beli ni senang la sikit. ada kerja apa pon boleh bukak sendiri . cumaaaaa kena limit sikit la lepasni .. jangan banyak online . minggu ni okey lagi sebab tak start belajaq lagi tapi insyaAllah aku akan limitkan had online bila dah start bukak buku nanti . insyaAllah :)

so jommm online sampai pitam :)

 


rumah baru , azam baru , boring baru , duit ?


assalamualaikum .

harini dah masuk hari ke lapan aku menetap dekat area sri cemerlang kota bharu . lain sungguh rasanya masa dekat machang dulu . haha over gila buat pembandingan kan . oh rumah sewa aku sangaaaaaat la havoc and besar gila la . kira mewah la jugak walaupon takdak satu habok pon perabot or whatsoever yang dia sediakan . kira rumah kosong campur air dan elektrik dan kipas pintu jeee. mulanya masa sampai tu rasa bengang jugak dekat tuan rumah ni, ada ke patot rumah tak siap sepenohnya lagi masa kami sampai sini , hah bengang jugak aku time tu . yela dah bebulan kami bayaq deposit diap bagitau lagi tarikh nak masuk rumah bila .. kira tiga bulan bagi notis la jugak . eii nasib baik dia bagi tumpang dekat apartment dia tepi kb mall , so ayah aku takla bengang sangat sebab dia ada tanggungjawab jugak kan . haih tokey emas katakan .. banyakla rumah dia . hem 

tapi alhamdulillah keesokan harinya tu kami dah boleh bepindah masuk rumah . yela dengan nak basuh bagai lagi .. kalau tangguh tangguh kan penat pulak nak bersihkan rumah time kelas . ohh tidak tidak . so kiranya sekarang ni aku dah besuka ria la dekat rumah baru ni. yea kami la 1st batch dan perasmi rumah ni :) arghh takdak gambaq la pulak .

satu ja keburukan duduk rumah baru ni.. pokaii duit aku wehhh .. dahla belagak nak beli memacam , macam cap duit ja kan , segala almari semuaaa nak beli . kehkeh kira tesco tu hari hari la aku dengan dino , dian ngan ayu jejak kaki . kalau buat survey mesti kami dah dapat anugerah jejak tesco paling banyak . berangan .

harini dah kurang sikit kena bersihkan rumah. kira sapu sapu gitu jela , barang aku dah habis kemas semuanya . boring la pulak sero . bila layan novel kira nak melayang layang ja berangan , haih karat betui aku .

i look at you once , i fall for you twice .

kahkah . rasa macam suka ja ayat tu . 

kan best kalau kita boleh create watak kita sendiri macam dalam novel tu..pastu tulis happy ending sendiri . haha berangan tak sudah kau . Allah dah jadikan kita sebaik baik manusia soo pandai pandaila create our own story . kan . story yang bagus dan berhikmah la

:: tak sabaqnya nak beli broadband . motif utama sebab Dr J suka guna online service . motif tak berapa nak utama mestila sebab nak online . ngehehe . sambil menyelam haruslah minum ayaq sekali barula dapat tenaga belebihan . kahkah pandai ja buat ayat sendiri 

daa


bukit merah laketown dan usm traksrian


assalamualaikum .

selain menunggu buah anggur yang tak pernah gugur dalam cuti semester ni ,sempat jugak aku melencong ke bukit merah . say what ? aku p dengan kawan kawan tu wehh . tima kaseh mak abah sebab merestui pemergian anakmu ini . hehe . alkisahnya ni la 1st time dalam hidup aku , bahkan kawan kawan aku yang seramai empat orang ni drive sendiri pergi tempat macam tu . okey bukan maksud aku pergi tempat besuka ria , kalau besuka ria selalu ja aku lepak dekat mall. haha boleh kira ka yang tu ? tapiiiii kalini p laketown tuu. kami from seberang perai and laketown tu dekat perak . nak dekat taiping jugakla walaupon taiping jauh lagi . (nak jugak bagitau kejauhannya kan) . so dipendekkan cerita aku yang dah panjang kat atas tu eksaited jugakla kami berlima ni , kecuali nad kot sebab dia memang dok senantiasa drive jauh . pergi balik ke kelantan drive sendiri . cayalah nad . sem depan aku boleh la tumpang tumpang , maklom la dah duduk kota bharu kan , nad study usm kube keriee :) 

hem besusah payah jugakla masing masing nak mintak kebenaran parents masig masing kan . tapi satu ja aku nak cakap , kita sendiri sebagai anak jangan hilangkan kepercayaan mak ayah kat kita , once depa hilang kepecayaan tu susahla nak dapat kebenaran ke mana pon . so pandai pandai la jaga diri ye . :) alhamdulillah apa yang dirancang akhirnya bejalan sempurna . 27 ogos tu aini text aku tanya nak p dak rumah nad . rumah nad dekat juru , jauh jugak dari rumah kami kami sebab kena panjat highway apa semua kan . so aku pon tanya la nad apa kata dia dan tiba tiba azwa mencelah kita p esok nak ? haha . guess what . memang bidan terjun sungguh la kan . 28 tu aku aini azwa dengan acik wada pon gerakla ke rumah nad . wada wadut pon joinnnn . eksaited betul aku . then sampai rumah nad , nad malu malu kucing pulak . mula mula jela pastu dah ok dah bila sembang rancak je kan . haha . lumrah kot noh bila lama tak jumpa memang segan jugak nak mulakan pebincangan padahal dulu time sekolah arghh betepuk tampaq sakan . mengata mengutuk tu toksah dok habaq la . begadoh tarik cadar bagai pon pernah . :P


gigih berposing depan rumah nad .

then dah alang alang sampai rumah nad rugi pulak tak habiskan masa bersama kan . bukan senang nak sampai juru tu . so sembang punya sembang depa ajak p usm transkrian . matlamat utama shooting . hahaha . tak boleh blah betui , ingat dekat ka usm tu ? ada la dalam sejam jugak baru sampai . haih memang kerja gila jugakla haritu . haha


aini punya kawan ada study dekat usm ni and dia cakap kami buat kerja gila sebab budak usm tu sendiri pon tak pernah dok posing kat tepi tasik ni . haha . apa kami kisah janji ada gambaq kami :)


besungguh sungguh gila nak amik gambaq kat pokok ni . smart kan ? hahaha dah macam syok sendiri pulak . gambaq sendiri sendiri kata smart . booooo
 

konon konon gigih la sangat nak jadi pejunag tuu
 

dan akhirnya dekat laluan yang cantik ni . semua muka teruja ja bila sampai sini . ni kalau campak p luaq negara komfem tenganga terus :O

benda yang takkan aku lupa sepanjang keshootingan ni adalah digigit kerengga . ha memang patot pon takdak orang p lepak tepi tasik tuu . kerengga punyala banyak dan serang aku sorang ja . chis !

keesokan harinya kami dengan gagah perkasanya pergi ke laketown pulak . ha ha ha . terbaik betul anak anak dara ni .


kembang kempiskan hidung di dalam ayaq
 

oh ye ye yeahh
 

aku naik dua kali papan gelongsoq ni . maklumla kami kan berlima , so kesian la sapa yang takdak geng tu kan . aku ok ja panjat bukit tu dua kali pon sebab syokkkkk naik ni . gedebak gedebukk oooo haaaaa jerit sekuat hati . tak ramai orang sangat so boleh buah juah sikit :)
 

memang tak nampak la batang hidong budak budak kan . maklumla time sekolah ni . sooo apalagi ni ja peluang yang ada untuk mempelopori ruang kanak kanak . hehe sebelum sebelum ni kalau aku p sini komfem tak dapat jejak kaki pon atas kapal ni , maklumla penuh dengan budak budak kerdil . heh
 

sotong kurita tiba tiba muncul -.-"
 

dan kami denga buaya .

kalau nak tahu ni semua picture ehsan daripada abang yang aku panggil pakcik then semua tengok aku pastu gelak "woii abang la" haha . mana aku tau ingatkan kena panggil pakcik . haa abang photographer laketown ni la yang tangkapkan , kan tak ramai orang so boleh la guna khidmat dia banyak sikit . sebabnya semua pakat tak bawak kamera phone ke apa sebab pakat nak mandi kan . sorang pon takmau jadi maid kejap . haha .

seronok tu memang la seronok . tahu tak berapa cost gambaq gambaq diatas ? ianya bernilai lima puluh ringgit taaaaaau . ok repeat FIFTY RINGGIT ! hahaha dan kami sanggop membelinya demi persahabatn dan kenangan yang terjalin . uhueek geli tekak aku dengan ayat ni . tapi tula aku bagi nasihat sesapa yang nak guna khidmat photographer kat situ better suruh dia tangkap bebanyak sebab kami memang frust betul tak menyusahkan abang tu banyak banyak sikit . kalau tangkap banyak harga pon mungkin sama so ok la kan dari 7 keping 50  ringgit tu . hem so lain kali takmau dah . haha . bawak photographer sendiri pulak la 

dan dengan itu tamatlah riwayat kisahku di percutian kali ini . 

:: arghh malas nak bekemas . argh argh . (ayat normal bila kena balik kampus) ::

salam alaik



 

utus mengutus surat menyurat


assalamualaikum
 lagi dua hari aku bakal mengabdikan diri di kelantan semula . arghh malasnya . 10 haribulan ni maka bermulala sem tiga aku . di . kb . ye sem tiga aku dekat UiTM kampus Kota Bharu . macam macam perasaan dok ada lani, syok seram sedih . heh bab sedih tu bukan jiwa aku kot. haha bajet . bukannya seram apa cuma perasaan semacam je nak duduk kat kampus kb tu , tengah bandaq pulak tu. hemm apa boleh buat duduk machang cakap hutan sangat, orang bagi dok kb cakap bandaq pulak. nampak sangat masalah yang dibuat buat :P

hah cakap banyak pulak. nak cerita benda lain senaqnya . aku biasala bila dah nak habis cuti ni baru nak geledah segala macam barang barang pusaka aku . semak mata memandang tapi tak sampai hati nak buang. memories anywhere T.T  satu kotak besaq tu penuh dengan kotak pelbagai saiz , tak campuq lagi dengan buku segala bagai. hehe . dulu masa zaman sekolah segala benda aku nak simpan , kenangan katakan . sekarang dah kurang sikit tapi adala lagi yang aku nak pelekat simpannya . hehe .

kalini just nak show off surat surat aku dengan kad raya . :)


haha . ni salah satu caption yang ayie buat untuk aku . entah apa yang aku tulis bagi kat dia taktaula

ayie : perempuan dan aku pon :)
 

ni hasil along bell dalam karya kad rayanya . dah macam mawi pulak aku tengoknye
 

kad raya versi dah habis kad . haha shikin punya kerja ni
 

surat surat since 2003 , time ni syok dok berbalas surat dengan iylni dan kaklong . kawan baik aku time sekolah pematang tok jaya . aku sekolah situ since tadika sampaaaaila darjah empat, since tu la dok beutus surat .. oh well semua ayat macam yang kita belajaq time tu la. kehadapan awak , sihat ke ? minggu peperiksaan dah nak dekat .. dan ayat ayat skema yang lainla. hehe . tapi tu semua kenangan . arghh kalaula sekarang ni takdak henpon kan mesti penat posmen nak hantaq surat . ye je kan . rindu hampa la iylni ngan kaklong , tapi lani kalau jumpa mesti malu malu kucing. hehe dah lama x jumpa segan pulak nak bebicara . gitu pulak dah


ni zaman sekolah menengah tapi sampai lower form jekot. dah upper form tu rasanya dok bejumpa pulak dengan si nadia ni. eh nadia banyak pulak surat dari hang eh, nampak sangat short term memory . hehe  bak kata hang "anak ikan mas" means pelupa. cis !


hahaha ni paling tak boleh blah. aku dengan pirah dok buat kenyataan ok ke tak okey untuk exam pmr . haih kekanak kanakan betui tapi comel kan kami ?
 

last skali kad ayie jugak yang aku bekenan . tengok diani konon konon sweet la tuu "bersama ayie" .. haha comel la hang !

boleh release tension dengan ushar peninggalan lama lama ni . sekali pandang surat tu tekenang kisah kita dengan dia , naik la bubble bubble sat sampai bekerut kerut muka kalau x ingat . yang pastinya adik aku akan jadi mangsa kena marah bila dia dok tanya soalan cepumas kat aku . dok tanya soalan sains yang dah bekurun aku tinggalkan , dahtu aku pulak dok asyik berangan malas ahh nak pikiaq . haha . sorila anis esok kak terang noh :) 
anis: kak mantel tu apa ? 
aku: yang dok dalam kerak bumi tu (entah betul entahkan tidak , sukati kau ja kan) .
anis: kerak bumi tu ? 
aku: -.-"
anis: teras dalam ?
aku: yang ada dalam kerak tu la
anis: teras luar
aku: yang dok kat luaq 
(dalam hati . gelak taktau nak habaq dah . tah papa ja , dalam dn luar pon nak tanya dan aku plak bagi jawapan yang memang budak tadika pon boleh jawab) so meh kita tanya abg google , dia kan terrer .
   
haha tenyata jawapan aku tak berapa boleh diterima pakai . arghh teruknya sains kau . :)


ye sebab tu la aku suka simpan kenangan . dalam bentuk barangan . kalau tak aku mudah lupa . asam ohh asam T.T

salam alaik