yang free itu lebih berharga .


assalamualaikum .

topic : beg
central idea : yang free itu lebih berharga

inilah bahananya belajaq presentation skill . yang nak present tu satu hal yang nak buat skrip tu lagilah berhal hal . jadinya sama samalah meringankan beban menguatkan otak menjernihkan susana memikir apa yang nak dicakap T.T

eh terlari tajuk. tadi dapat parcel dari thecalaman . serius ekcited tahap lima juta megawatt. cerita dia aku jalan jalan dekat instagram dok scroll sana scroll sini pastu p follow instag thecalaman ni . tup tup sejam lepastu naik dekat notification yg thecalaman ni tag aku . eh apekehalnya ig gempak ni nak tag aku . rupa rupanyaaaaaa aku terbetuah jadi follower yang ke 220 000 . jadi thecalaman ni nak bagi hadiah misteri . maka berduyun duyunlah yang jeles yang maha hebat. hahaha gelak sikit sebab aku follow je padahalnya. yelah nak membelinya sekarang ni bajet memang fail la. jadi setelah ditimbang tara lepas dapat hadiah misteri ni. maka aku dengan jayanya akan beli jugak kasut thecalaman ni nanti. orang berbudi kita berbahasa ye dak ? 
yang penting . terima kasih daun keladi daun bayam daun segala daunlah dekat thecalaman . sangat teruja dan bersyukur sebab akhirnya aku bertuah jugak. bukan senang tau nak bertuah. cabutan bertuah pun dua kali ja pernah dapat seumuq hidup. kahkah

maka terbertambahlah koleksi beg beg handsome dan comel hasil pemberian orang . beg yang aku beli cumalah dua tiga buah saja. yang dua tiga buah itupun sebuahnya dah dikorban jadi phonecover. kahkah . dan seingat aku beg sekolah terakhir beli adalah time darjah 5 kebawah . alahh beg swan yang ada roda tu kan ke dulu fesyen beg macamtu . muka belagak sambil tarik beg jalan kat koridor. poyo betui la kalau dapat putaq masa nescaya aku belasah diri sendiri time tu gak ! yang selebihnya aku hanya ambik beg kaklong dengan alasan 'pinjam jap eh kaklong' dan jangan mimpi kaklong akan dapat balik beg tu sampai koyak pon aku tak bagi balik .


beg kesayangan serba boleh . pernah dijahit sekali . dan menggunakan pin di bahagian tali . tapi serius kukuh gila dan boleh sumbat semua benda dalam ni . usia dah menjangkau 10 tahun yang penting free abah bagi masa tingkatan 1 dan abah pon dapat free ikbn bagi. wihi
 

dian bagi sempena birthday ke duapuluh kot. setahun berniat nak beli beg last last dian bagi ni. hahaha kan dah cakap niat tu penting .
 

haa ni beg aku sendiri . yang hijau tu beli masa matrik yang keep calm tu beg kitar semula yang kemahiran hidup time tingkatan tiga punya.
 

tak pernah guna lagi. travel agency al-quds bagi sebab beli package dia untuk ke korea. nampak cam hodoh tapi design dia cantik jugak hoi
 

beg avon . mak bagi time tingkatan tak ingat. hijau striking habaq engko
 

purse paul smith ayu hadiahkan birthday ke 19 . sebelum ni aku pakai purse budak darjah enam tu. ala yang hitam pastu pelekat prap prap tu. selagi boleh pakai pakai jela walau kena hina yang maha hebat sekalipun sukahati la nak pakai jugak kan. tapi dah orang bagi free kan tak baik tau tak pakai. hihi
 

pencil box pon kira beg la jugak kan. ni dino bagi tahun ni. wiwiwiw yang ni dia memang bermotif sangat nak bagi ni sebab pencilbox sebelum ni aku guna yang dah berzaman jahiliah punya . hahaha ikat getah paling legend. 
 

beg dino . dia dah taksuka pakai jadi kawan dia yang suka pakai ni pun ambik dengan jayanya.
 

hadiah daripada shima . satu satunya cousin yang selalu bagi aku hadiah . hahaha sebab aku takla rapat sangat dengan cousin ekcelicelinya. dahlama teringin nak beg begini ha sekali dapat la pulak. Alhamdulillah semuanya kuasa Allah jugak bila balik kepada yang nak menggerakkan hati orang tu untuk beli untuk kita kan . 


ini beg sekolah dino jugak yang menyumbangkan. hihi rasa macam jabatan kebajikan pulak tapi beg ni besaq dan boleh sumbat macam macam . warna dia paling kena sekali


haaaaa nila yang sebenaq benaqnya nak tunjuk . hadiah misteri by thecalaman . terimakasih daun keledek gila kepada thecalaman  kerana telah menambah koleksi beg free saya. wihuuuuuu.


aku pun tak sangka tiba tiba terjadi koleksi beg pulak. daripada beg sekping dua eh macammana aku boleh ada banyak beg ni. haha ehsan sohabat sohabat yang baik namanya ni. terima kasih chuol. sapa nak bagi beg free boleh wasap k. :)


 


korea


Assalamualaikum


sapa tak kenal benderan ni ? jom nak belanja kepci seround. haha

so . this coming november aku nak pergi korea. yahoooooo ! koreaa im coming babyyyy ! Sampai sekarang rasa tak percaya , harap tak ada kekangan yang buatkan aku tak jadi pergi la. perghhh kalau ada masalah , jenuh menangis tak berlagu ah. duit tiket RM 4++ melayang camtu je. oh no no no

em suka suka jugak . tapiiiiiiii risau gak ni . jenuh nak menampung kos sara hidup sampai akhir sem ni. harap harap la abah tolong. hihihi. semalam dah bank in duit pakej , RM1590. teketaq ketaq masa transfer tu. macam tak pecaya je semua ni.

em apa yang aku boleh cakapkan. this is so tak masuk akal sebenarnya . em patutnya aku pergi ke mekah dulu. then you can go wherever you want . tapi itula.. dah ada rezeki kelab aku nak pergi ni , so aku joinla jugak. dahla tiket murah. woo sapa takmahu beb ? haha

ok nanti bulan 11 aku update lain. wiiiii

layout baru


terasa makin matang bermatang matang . jadinya layout pon haruslah matang . tadaaaaaaa . layout baru untuk kali ini

persoalannya. matangkah begini ? :P

sacrifices


sometime we need to sacrifice for others happiness .
even it hurt
.
but its nothing 
 compared to what we will get at the end of the day


my big smile is for everyone.

senyum itu kan sedekah .

*kan best kalau hidup ni gembira saja . bila sedih pon boleh gembira , bila gembira maka gembira gembira . haha .

KUIZ


Assalamualaikum.

waaaaaaaaaaaaah kekok rasanya nak menulis kat sini . 

Petang tadi ada kuiz design and analysis merangkap kuiz pertama untuk semeseter ni. (yahoooo dah tahun terakhir), cuak nervous dan macam macam lagi perasaan macam tak pernah ambik kuiz ja selama 5 semester ni.  :) 

lumrah manusia bergelar pelajar ni habis ja kuiz akan bebincang , walaupun dah berbuih mulut cikgu sejak sekolah rendah lagi bagi nasihat "jangan bincang lepas habis exam , nanti down" arghhh pedulik apa . janji nak cakap .. haha asal boleh la. 

aku pon tak tahu apa motif nak cerita pasal kuiz ni. pftttttt . 

so nak dijadikan cerita aku baca balik post post yang lama dalam blog ni dan sangatlah merepek merapun meruntun menggelikan hati segala isi kandungan dan ayat dan segalanya yang ditulis. sebenarnya dah banyak kali hal ni diusulkan aku - lepastu konon konon berubah - tukar cara menulis dan sebulan lepastu bila baca balik . - same feeling macam mula mula baca sebulan yang lepas

 so conclusionnya - me sangatlah bukan writer yang berjaya macam yang dibanggakan dalam resume kerja online haritu. hahaha

ok esok ada kuiz SAS programming. assalamualaikum . bai