kenduri di singapura . part 1

part 1 : entry takde gambo :)
hiphip horayy ! 3 hari tanpa intenet ! betolak ke singapore tengahhari sabtu sampai penang balik isnin malam 


.........................................................................................................
sabtu 2 julai 2011

riuh rendah dekat airpot dengan family aku . haha yang p ni semua family belah mak aku :) . dalam pukoi 8 camtu kami betolak p airpot dan bekumpul kat sana . yang join ada la dalam 13 orang . maktam dengan syahira , maklang dengan kak itah , makngah dengan anak dan menantu serta cucunya dan mak aku dengan 4 org anaknya . keluarga maksu aku p lambat sikit , depa p malam sebab petang tu anak anak maksu aku join larian satu malaysia dulu .campur semua jadilah 22 orang penang ke singapura . haha

sampai je kat airpot changi ada dua org pakcik datang jemput kami , taktau la nak cerita relation kami dengan depa . cerita dia camni .. nenek depa sepupu dengan nenek kami err tu jelah aku tau . haha . 2 bijik kereta cukop untuk 13 org . haha guess what ? MPV la , sakan depa ni .. kaya komain lagi

dah kata p sana untuk makan kenduri kan , sampai je sana pakcik johari dengan pakcik nordin ni hantaq kami p dewan kenduri nih . makan la dulu , macam macam makanan adaa.. pilih je nak makan apa.. semua ada. hari sabtu tu ada majlis akad nikahh , kira kenduri dua hari la sebab tuan rumah kata buat dua hari senang sapa yang tak boleh p hari sabtu p la hari ahad . woaa tak sama dengan malaysia kan ? kita buat sehari je .

asyik makan ja sampai sempot dahh kami pon teringin nak p jalan jalan , yang geng mak mak semua rancak besembang . so kami suruh la pakcik johari hantaq p shopping mall , kalau nak jalan kaki pon boleh sebab shopping mall tampines dengan dewan CC tu 10 minit je dah sampai . then kami p la , tudiaa mall depa , xdala besaq sangat tapi orang punyala ramaii . ramai gilla ! sesak ! tengok harga makk aii mahai nak matii !

kami tidoq dekat rumah makcik fadhilah . rumah dia 4 tingkat , kami duduk kat tingkat 3 . rumah tu harga dia sekarang 2 juta . uhukuhuk tebatuk i dengaq . malam tu ingat nak p jalan jalan ke apa .. tapi sebab semua dah tak larat .. lepak kat rumah jela . adaa sorang family depa , makcik juriah duduk kat canada . anak dia hensem .. haha gatai la pulakk . err tapi semua speaking . err okfinetq bye !

..............................................................................................
ahad . 3 julai 2011

hari ahad pulak semua begerak ke dewan CC untuk majlis kenduri lakann . majlis dia ohsemm gila sebab mula tak dari pukoi 8 pagi sampaila pukoi 6 petang . makan pula macam hotel , sekali habis makanan ada org mai tambah lagi , nak makan apa p je ambik , pinggan tinggai je nanti ada org kutip . segala mak nenek makanan ada , nasi beriani, isi ikan , desert , ice cream , ayam , daging , kek keju , warghhh ! semua ada laaa .. sampai buncitt perut aku asyik makan ja . haha

malam pulak kami bejalan ke rumah sedara mara yang lain , rumah kak syikin , pakcik jalil , pastu rumah makcik latifah . then p marina bay .. saja je jalan jalan kat situ . ambik ambik gambaq then balikkk loyang semula . haha loyang tu rumah makcik fadhilah yg 4 tingkat tula . sampai ja rumah semua teruss bummmm tidoq ! penat gila !

..............................................................................................
isnin 4 julain 2011

pagi isnin semua pakat besiap sebab semua kalut nak p universal studioo . haha syok memang la syok , duit pon syok jugak lakan . nak masuk situ kenala sorang 66 dolar ! haihh konvet la ke duit malaysia ,adala dalam RM15o++ duit malaysia .

sebelum ni aku tak penah tau pon ada universal studio tuu , haha bagus tak ? ni semua sepupu aku punya keja , depa la eksaited sangat nak p . 
masok je dalam tu . fuyyyo sakan gila ! ada macam macam benda dalam tu . siap naik roller coaster terbaiikk punyaa ! gila nak naik tu beratur sampai dua jam lebih , naik dia seminit pon tak sampai ! chiss . penat gila beratur . tapi memang terbaik gilalah naik roller coster tuu . gempakk habis la  ! memang kecut perut gakla tapi BEST !

err macam macam lagi ada dalam tu , tapi tggu aku upload gambaq dululak ye . hehe tak pandai nak cerita 

:)

No comments: