Degree in Statistics

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah 4 hari hidup dalam ketenangan lepaih dapat result ituhari. huaaahua. sekarang time to move on to the next level : practical .

sebelum dapat result haritu ya Allah punyala bedebor hidup ni, nak raya pun tak senang duduk(over) , tapii Alhamdulillah syukur ya Allah memang worth it belajor 3 tahun bertungkuih lumuih kat kelantan sinun ha. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua lecturer yang sangaaaaaaaaat memberi banyak ilmu, tak kira a ilmu akademik mahupun bukan akademik. Seriusly sepanjang 3 tahun di UiTM (setahun di Machang duatahun di Kb) memang lecturer sentiasa dekat dengan students. thats the biggest rahmat for every students kan. 

Memang tak dinafikan banyak sangat kekurangan bila kita duduk di kampus kota which is kampus bandar. Dengan tak ada kemudahan penginapan, no transport , kelas kecik , macam macam lagi lah. tapi for all the hardship seriusly itulah yang paling manis sekali. boleh duduk rumah sewa dengan kawan kawan , susah payah cari rumah sewa sendiri deal dengan tuan penyewa dan paling lawak sekali hari pertama sampai di kota bharu untuk daftar semester 3 rumah yang kami nak sewa tu tak siap pun lagi , dah siap dah cuma tak sepenuhnya la. so dua tiga hari kena menteap kat tempat lain lepastu baru masuk rumah sri cemerlang tu. soooo weol la penyewa pertama ! huahua rosak ke apa ka ha semua kerja kami letew manisnya lagi bila masing masing yang mampu pakat bawak kereta dan share dengan yang lain. thanks to dino la yang ni XD hmm rindu .

paling sedih sekarang sebab tak dapat perlanjutan pinjaman ptptn. waaa sedihnya . dok tepikir jugak macammana nak lalui praktikal nya lagi kan, dahla tak dapat elaun. em mahu tak mahu terpaksala mintak ehsan mak ayah *.*


bebudak upu dah dapat result kan. untuk sesapa yang dapat kos Statistik, terutamanya di UiTM Kelantan GAMBATTE ! pikir seronok je belajar tu, kalau boleh dapat DL setiap sem MasyaAllah memang torrrbaik. sedih jugak sebab terkntoi 2 sem so tak la dapat ANC. ANC tu anugerah naib canselor, kalau setiap sem dapat Dekan, maka dapatla merasa ANC, pakai selempang kot masa konvo nanti.waaa tak merasa la pakai selempang tu tapi tak apa sebab dah bebas hutang ptptn pun syukurrr rakmattt sangat. Terima kasih Allah !



Dah lepas praktikal ni nak kena pikir kerja la pulak. hmm heharap sangat rezeki murah. bab sambung master tu insyAllah kalau ada kekuatan. hehe



No comments: