Followers

gunung irau the mossy forest


Assalamualaikum.

harini topiknya gunung irau aka mossy forest. disebabkan aku takleh nak move on lagi dariteringat gunung ni jadi terambik keputusan nak update blog. hahaha walaupun sebenarnya esok ada dua kelas. dan dua dua kelas tu kena submit something. kahkah ni senua gara gara beria hiking!

cerita dia. ziema la ajak g hiking sini, kami ni kemain ekcited la nak join sebab search google memang cantikkkkkk gilos gambaq gambaq dia. tanpa check dulu kondisi struktur track dia. HAHAHAHA yang mana lepas dah setel buat pembayaran kat guide semua baru kami sedar yang track gunung irau ni bukan main main punya adventurous. mungkin bagi yang memang lasak punya orang cakap ok je.. tapi bagi weols yang first time nk berhiking ni. pehhhhh cenggini ha track dia (musclekaki). 

terpaling mencabar sekali time patah balik. entahla tapi memanggggg rasa forever jalan jalan panjat sana redah sini redah sana menanti nampak tangga which means dah sampai ke penghujung dia. tapi nak boleh ke sampai tu berapa pit stop tah aku ambik. hahahaha 

time kami g tu actually gunung tu ditutup untuk penyelenggaraan tapi disebabkan kami apply permit awal so kami boleh redah gak 3 hb oktober haritu. memang experience yang takkan pernah dapat lupa. the best feeling ever. dan sampai sekarang takleh nak percya diri sendiri boleh redah hutan tu. ada satu time tuu aku memang sorang je redah dalam tu, berani tak berani.. janji sampai penghujung. hahahah tak pikiaq apa dh time tu.

time kami hiking tu ada lagi satu group yang hiking gak hari tu. tapi geng dak dak laki. emmm hyperrr kemain tapi mekasih gakla kat depa ni, ada time time tesempak ngan depa, depa guide la mana nak lalu mana better pijak apa semua. haha dah supo guide berbayor dah ha. tapi nk ikut depa memang idokkk le... laju kemain. aku ni kategori lemak berkepul takleh nk laju laju. hahahahaha so pahem2 je ah.

total pegi balik naik gunung tu ada la dalam 10 jam. start 630 pagi, pukul 5 baru sampai semula ke checkpoint bawah tu. fuhh fuhhh letih takyah nk habaq la. tapi worth it la . sangat worth it!

ah gambaq xleh nk post pulekkk. esk esk




No comments: