Followers

bukit merah laketown dan usm traksrian


assalamualaikum .

selain menunggu buah anggur yang tak pernah gugur dalam cuti semester ni ,sempat jugak aku melencong ke bukit merah . say what ? aku p dengan kawan kawan tu wehh . tima kaseh mak abah sebab merestui pemergian anakmu ini . hehe . alkisahnya ni la 1st time dalam hidup aku , bahkan kawan kawan aku yang seramai empat orang ni drive sendiri pergi tempat macam tu . okey bukan maksud aku pergi tempat besuka ria , kalau besuka ria selalu ja aku lepak dekat mall. haha boleh kira ka yang tu ? tapiiiii kalini p laketown tuu. kami from seberang perai and laketown tu dekat perak . nak dekat taiping jugakla walaupon taiping jauh lagi . (nak jugak bagitau kejauhannya kan) . so dipendekkan cerita aku yang dah panjang kat atas tu eksaited jugakla kami berlima ni , kecuali nad kot sebab dia memang dok senantiasa drive jauh . pergi balik ke kelantan drive sendiri . cayalah nad . sem depan aku boleh la tumpang tumpang , maklom la dah duduk kota bharu kan , nad study usm kube keriee :) 

hem besusah payah jugakla masing masing nak mintak kebenaran parents masig masing kan . tapi satu ja aku nak cakap , kita sendiri sebagai anak jangan hilangkan kepercayaan mak ayah kat kita , once depa hilang kepecayaan tu susahla nak dapat kebenaran ke mana pon . so pandai pandai la jaga diri ye . :) alhamdulillah apa yang dirancang akhirnya bejalan sempurna . 27 ogos tu aini text aku tanya nak p dak rumah nad . rumah nad dekat juru , jauh jugak dari rumah kami kami sebab kena panjat highway apa semua kan . so aku pon tanya la nad apa kata dia dan tiba tiba azwa mencelah kita p esok nak ? haha . guess what . memang bidan terjun sungguh la kan . 28 tu aku aini azwa dengan acik wada pon gerakla ke rumah nad . wada wadut pon joinnnn . eksaited betul aku . then sampai rumah nad , nad malu malu kucing pulak . mula mula jela pastu dah ok dah bila sembang rancak je kan . haha . lumrah kot noh bila lama tak jumpa memang segan jugak nak mulakan pebincangan padahal dulu time sekolah arghh betepuk tampaq sakan . mengata mengutuk tu toksah dok habaq la . begadoh tarik cadar bagai pon pernah . :P


gigih berposing depan rumah nad .

then dah alang alang sampai rumah nad rugi pulak tak habiskan masa bersama kan . bukan senang nak sampai juru tu . so sembang punya sembang depa ajak p usm transkrian . matlamat utama shooting . hahaha . tak boleh blah betui , ingat dekat ka usm tu ? ada la dalam sejam jugak baru sampai . haih memang kerja gila jugakla haritu . haha


aini punya kawan ada study dekat usm ni and dia cakap kami buat kerja gila sebab budak usm tu sendiri pon tak pernah dok posing kat tepi tasik ni . haha . apa kami kisah janji ada gambaq kami :)


besungguh sungguh gila nak amik gambaq kat pokok ni . smart kan ? hahaha dah macam syok sendiri pulak . gambaq sendiri sendiri kata smart . booooo
 

konon konon gigih la sangat nak jadi pejunag tuu
 

dan akhirnya dekat laluan yang cantik ni . semua muka teruja ja bila sampai sini . ni kalau campak p luaq negara komfem tenganga terus :O

benda yang takkan aku lupa sepanjang keshootingan ni adalah digigit kerengga . ha memang patot pon takdak orang p lepak tepi tasik tuu . kerengga punyala banyak dan serang aku sorang ja . chis !

keesokan harinya kami dengan gagah perkasanya pergi ke laketown pulak . ha ha ha . terbaik betul anak anak dara ni .


kembang kempiskan hidung di dalam ayaq
 

oh ye ye yeahh
 

aku naik dua kali papan gelongsoq ni . maklumla kami kan berlima , so kesian la sapa yang takdak geng tu kan . aku ok ja panjat bukit tu dua kali pon sebab syokkkkk naik ni . gedebak gedebukk oooo haaaaa jerit sekuat hati . tak ramai orang sangat so boleh buah juah sikit :)
 

memang tak nampak la batang hidong budak budak kan . maklumla time sekolah ni . sooo apalagi ni ja peluang yang ada untuk mempelopori ruang kanak kanak . hehe sebelum sebelum ni kalau aku p sini komfem tak dapat jejak kaki pon atas kapal ni , maklumla penuh dengan budak budak kerdil . heh
 

sotong kurita tiba tiba muncul -.-"
 

dan kami denga buaya .

kalau nak tahu ni semua picture ehsan daripada abang yang aku panggil pakcik then semua tengok aku pastu gelak "woii abang la" haha . mana aku tau ingatkan kena panggil pakcik . haa abang photographer laketown ni la yang tangkapkan , kan tak ramai orang so boleh la guna khidmat dia banyak sikit . sebabnya semua pakat tak bawak kamera phone ke apa sebab pakat nak mandi kan . sorang pon takmau jadi maid kejap . haha .

seronok tu memang la seronok . tahu tak berapa cost gambaq gambaq diatas ? ianya bernilai lima puluh ringgit taaaaaau . ok repeat FIFTY RINGGIT ! hahaha dan kami sanggop membelinya demi persahabatn dan kenangan yang terjalin . uhueek geli tekak aku dengan ayat ni . tapi tula aku bagi nasihat sesapa yang nak guna khidmat photographer kat situ better suruh dia tangkap bebanyak sebab kami memang frust betul tak menyusahkan abang tu banyak banyak sikit . kalau tangkap banyak harga pon mungkin sama so ok la kan dari 7 keping 50  ringgit tu . hem so lain kali takmau dah . haha . bawak photographer sendiri pulak la 

dan dengan itu tamatlah riwayat kisahku di percutian kali ini . 

:: arghh malas nak bekemas . argh argh . (ayat normal bila kena balik kampus) ::

salam alaik



 

2 comments:

sailaaf said...

style gile gmbar dalam air. seronok hampa nohh..

ezzati hamid said...

hehe saja bersyok syokkan dengan kawan . lama x jumpak kan :)