life .


assalamualaikum .

selalu rasa keinginan yang membuak buak untuk tulis blog tapi selalu sangat tersyuck dekat fb . lepastu rasa dah xdak idea dan malas nak sign in . T.T sedih kann >.<"

panjat tangga ni memangboleh membuatkan anda berpeluh . haha . walaupun bilangan anak tangga dia lebih sikit dari tangga yang lagi satu tu tapi curam dia boleh tahanla .. ada 182 anak tangga , tangga yg lagi satu ada 188 anak tangga . (dah takdak kerja sangat sampai sempat kira anak tangga en :))


kelmarin keluar dengan classmate ke kota bharu . tujuan utama nak ke jomheboh . HAHA . terbaikk kan ? agenda menghabiskan duitla jawabnya . tapi sebelum sampai ke jomheboh kami sangkot dekat kb mall dulu . memang habis nak dekat seratus jugakla campur tambang , makan , goodie beg di jomheboh dan novel . yahh zty beli novel . one more novel karya hlovate jadi pilihan :) ni novel terbaru dia :: contengan jalan , i-fend ii-ksquare:: novel dia memang terbaik dengan unsur cinta terhadap ilahi . big clapped for hlovate . i wished i can meet hlovate someday >.< gila betul teringin nak tahu identiti hlovate ni . serius . 

the man who decided to change on the twelve hour dies on the eleventh .

that the quote for kisah i-FEND . hem berjaya membuatkan zty mengalirkan air mata . serius lagi . 

kisah yang hlovate tulis ni membuatkan zty terpikir for my LIFE too . why that ? why this ? why ? and why ? kadang kadang rasa serabut dan last last comfort diri . dahla takyah pikir panjang . nanti merana . >.<

pernah dak dapat kawan yang sangat annoying ? 
mestilah pernah kan . even kawan baik sendiri kadang kadang dia suka buat benda yang annoying . kan ?
hem . i have that feeling now .
tapi rasa tu kadang kadang bercampur rasa biasa .
kadang kadang rasa geram .
annoying .
sakit hati .
biasa . 
di luar jangkaan .

hem . geram kan ? 

zty hanya berharap agar Allah berikan kekuatan untuk zty terus bertahan . dan rasa negatif itu hilang . 
amin .

salam .

rasa nak bagitau 1 - minggu depan ada test calculus dan c++ dalam hari yang sama . memang sangat terbaik .

rasa nak bagitau 2 - minggu depan ada pembentangan ctu . tapi tak siap lagi T.T  .
rasa nak bagitau 3 - minggu depan hari khamis balik rumah . itulah yang paling terbaik :)



must be me !

assalamualaikum .

lagi 14 hari nak balik rumah . yeayy !

tadi dah jumpa doktor and he said my condition is normal  , normal for girl around 19-20 years old . alhamdulillah tapi kalau dah kerap berlaku sangat dktor cakap kena risau . hemm kita tggu hari seterusnya XD.
nak jumpa doktor pon dup dap dup dap serupa nak jawab exam ja . haha cam hapa ja en XD

esok ada kuiz c++ , 
minggu depan kuiz calculus,
lepastu test calculus ,
lepastu presentation ctu .

hem and semalam boleh pulak tidoq awal . dan celik celik mata online , lepastu buat kerja sikit kena p kelas pulak . balik kelas konon konon nak study , mengantuk lagi , tidoq lagi . elok dah bangun pom piang pom piang buat keja sikit turun makan pulak . elok dah naik dah maghrib online pulak . HAHAHA . dahtu bila nak study ??

conclusion : jangan bukak laptop dan lawan nafsu tidoq . (tp tadi x bukak laptop sendiri ,guna laptop intan) wakaka . 
conclusion kedua : jadilah seorang yang rajin .

amin .

kahwin


assalamualaikum . haha buang tebiat jekan buat tajuk kawin kawin ni -.-"
bukan apa tadi zty jumpa artikel 13 tahun mencari cinta dlm fesbuk . tetiba rasa nak baca , so zty pon kelik la . beberapa minit kemudian tesengih sengih sorang sorang depan notebook sambil gelak gelak . ayu dah pandang pelik pastu " ayuuuu .. nak kahwin . nah nah baca artikel ni " pastu ayu baca " panjangnyaaa . tanpa riak " hahaha " oyy takda feeling la .." selalunya dia yang telebih feeling en . lepastu terus stalk blog kak sarah . perghh memang membuatkan zty nak kawen . nak kawennn !! tapi nak kawen dengan sapa ? -.-" haha . tak tak sekarang ni kena fokus dengan study dulu :)

memang best blog kak sarah ni . dhla dokter en , comel pulak tu . hem yang paling tekesan sekali adalah dia sangat comel pandai dan sangat islamik . hem i wish i could be like her :) cerita dia dengan suaminya buat aku teringat kaklong . kaklong dah nak kawen 12.11 ni . wahh memang style kan kaklong .. dia x penah becinta dan betunang dengan abg jj sebab nenek abg jj datang merisik pastu tup tup setuju . wahh memang jodoh kot en . zty selalu tanya kaklong . serius ka kaklong ? dia senyum sengih pastu jawab " entahla . kaklong pon macam x pecaya " lepastu zty akan gelak guling guling kat dia . suka hati dia jakan main bab bab ni . last last dah nak kawen dah dia .

kaklong betunang masa zty dok kat matrik , time tu x balik rumah . sedih jugak tapi nak buat macammana memang jenis yang x suka susahkan diri untuk segala mc ka apa sebab kedah cuti jumaat sabtu kan , so urusan betunang ka apa mestila buat hari minggu dan hari minggu untuk penang adalah sabtu ahad -.-" . lepastu bila dah masuk uitm machang untuk sambung degree ni memang bagitau kaklong siap siap dah . kalau dekno tak cuti memang x balik lah kenduri kaklong nanti . tapi alhamdulillah date kaklong kawen tu zty cuti untuk raya haji . so boleh la merasa suasana hari pekahwinan en :) ni first time akan ada kenduri kat rumah sendiri , bukan rumah tok mahupon jiran . perghh teruja dan sangat excited tau . tapi yang sedihnya kaklong kawen 12.11.2011 (sabtu) dan keesokan harinya hari ahad zty dah ada kelas so memang kena rush balik malam tu jugakla -.-" sedih kann . padahal ada kelas satu ja , pukul lapan pulak tu . sedih lagi T.T nak mintak delay pon macam tipis sikit harapan sebab tu kelas prof dan prof sangat sibuk , so payah sikit nak ubah ubah jadual prof .

hemm dah pukoi 12.49 dah sekarang , wifi plak asyik putus hidup putus hidup tapi besyukur jugakla boleh guna wifi sebab sebelum ni wifi tokleh guna , sekarang boleh guna maybe sebab dekat kolej tinggal budak deg ja . so student memang x ramai la . budak diploma cuti sekarang . sunyi la jugak . tapi bila dah ada dalam bilik tak hirau masyarakat sekitar dah aih en . haha masing masing dengan dunia sendiri .

sekarang zty dah dapat bilik . semua roomate adalah classmate . best kan ? sebab kami boleh pilih bilik dengan romate sendiri . ha tadi zty ambik kata kata ni dari blog kak sarah . " never push God to grant our wishes , Allah always has the best treat for us " kann memang betullah tu , jangan paksa Allah untuk tunaikan hajat kita , redhalah dengan pemberiannya yang seadanya itu . kalau x diawal pagi mungkin ia datang di penghujung hari . sebulan zty duduk menumpanang di bilik budak diploma , sekarang dah dapat bilik siap boleh pilih bilik dan roomate lagi . tak nikmat ka tu ? :) rindu jugak roomate budak diploma dulu . jie , ana , poji dengan pija . sekarang ayu , intan dengan isma . ayu dengan isma orang pantai timur , zty dengan intan orang utara , hemm memang riuh la kan dengan pekat masing masing :)

hihi terpanjang pulak harini . ok salam 

:)


s t r u g g l e


assalamualaikum 
masa mengubah aku .

dulu orang begayut dengan family aku gelak gelak cakap homesick .

dulu masuk kelas cari pot strategik . paling baik tengah tengah takpon belakang :)

dulu sebelum masuk kelas jangan harap nak baca dulu .

dulu masuk library tengok orang .

wakaka .

sekarang kalau boleh hari hari aku nak kol mak .

sekarang masuk kelas pot depan sekali tu mmg tempat terbaik la .

sekarang rajin jugakla study dulu sebelum masuk kelas . tp kadang kadang tu dok jugak :)

sekarang rajin jugak p library . x tengok orang dah . tp cari novel style style 

kadang kadang x pecaya dengan apa yang berlaku . benda x boleh nak jangka en :) :)


satu ja aku x boleh nak berubah . ak tak boleh nak lawan cakap orang yang besemangat walaupun aku tau benda yang dia cakap tu tak betui . annoyed en . T.T . sedih kalau dia melibatkan hal agama .

salam :)



kawan .

comel en . first time tengok ni ayie yang tag aku .
you can count on me . that is friendship :)




If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see
I'll be the light to guide you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

If you toss and you turn and you just can't fall asleep
I'll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
http://www.elyricsworld.com/count_on_me_lyrics_bruno_mars.html
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh, yeah, yeah

You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go, never say goodbye

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

You can count on me 'cause I can count on you