Showing posts with label mache. Show all posts
Showing posts with label mache. Show all posts

uitm machang kelantan .



assalamualaikum .

hem sekarang ni dah masuk bulan julai . bebudak lepasan spm , stpm and etc dah dapat keputusan upu rasanya . wahh tahniah le kome kome . so bagi sesapa yang seangkatan dengan aku setiap hari akan search benda yang sama yakni search uni yang dioffer . wakaka . bajet kan ? aku masa dapat tawaran degree kat machang dulu , alahai setiap kali bukak google akan search uitm machang, uitm kelantan , uitm mache . tapi hampeh ! kurang maklumat berguna . pernah alami ? kahkah. sedih gila hidup . kalau search dekat facebook tuu , alamat kejang jari jelah . mungkin ada tapi x official sangat . so kat sini aku nak cerita sikit pasal uitm machang ni dan lebih kepada kos statistik jela eh . kos lain mintak maaf la eh ^^

kalau nak tanya gapo gapo bukak rakan hea punya page . situ official rasanya dan selalu update .


kalau dapat kos statistik . ehem kos ni jela aku tahu eh , boleh bukak page ni. ni page kelab bachelor of statistik . so nak tanya soalan kat senior senior boleh la .


ehm . first skali nak bagitau . janganla sedih sangat kalau tengok tengok ja surat offer dapat uitm machang . eh kelas apa ? paling kuat dapat makan buah machang . haha . x lawak . tapii serius nak bagitahu , ramai ja yang sedih , tangkap leleh jaa bila dapat tau dapat machang and at last bila dah jejak kaki kat sini , besyukur sangat . ehm mungkin aku salah sorang drp orang orang itu kot . ^^

haaa masuk masuk ja pagar uitm , lepas pondok guard , kome kome akan nampak bangunan ni . ni blok pentadbiran . mahu ke x mahu komfem akan jejak kaki kat situ . cop slip exam la , apa laa semua kat situ ^^

mds

minggu pertama konfem la ada mds kan . minggu destini siswa . nasib laa dapat senior hat baik baik xdek la kena buli sangat tapi relax ahh , nama pon orientasi nak jugak rasa kena buli kan . haha dah lepas boleh la cakap gini kan . time aku dulu memang kena teruk jugak la. dinasihatkan pakai kasut sukan , haihh dahla blok atas bukit , jenuh memanjat . jangan risau , seminggu ja . pahtu boleh la besuka ria . eh ?

kolej

untuk yg sambung diploma , anda sangat beruntung .untuk sem satu for sure akan dapat kolej kediaman dan sem sem seterusnya kena maintain keaktifan dan apa benda lagi tah so bolehla terus menginap kat situ .tapiiiii bagi budak degree kenala sabaq sikit , untuk sem satu memang dapat kolej tapi sem sem seterusnya for sure xkan dapat kolej . melainkan ada kekosongan ataupun buat rayuan etc . time aku masuk dulu , sebulan jugak kena menumpang pastu baru dapat bilik sendiri . hem mula tu bengang jugak tapi bila dipikirkan balik susah susah dahulu besenang senang kemudian . ye dak ? so bawakla toto ka lemek ka .. dan yang penting bantal . ramai sangat nak masuk u sampai x cukup tempat , tapi xpa janji ada tempat belajaq . kan ?

rumah sewa

so kalau dah x dapat kolej kenala cari rumah sewa kan . rumah sewa meeeeemang banyak sangat kat sekitar uitm tu , tapi kena pandai cari la . seriusly orang kelantan memang pandai berniaga sampai aku ternganga bila dengaq harga sewa rumah . satu kepala seratus sepuluh . satu rumah ada 16 kepala . mak aiii 1600 dia dapat satu bulan . haha pokteh memang terbaik . kalau nak duduk rumah pokteh , jangan duduk rumah pokteh A , tu bekas rumah sewa aku . hahaha . semak toksah nak kata la kan , sekarang pokteh dok tambah lagi rumah sewa soo bolehla sewa rumah rumah yang baru tuu , kalau nak duduk situ ada kenderaan lagi best senang sikit . kalau xdek kenderaan macam aku ni kenala besusah payah sikit . jalan kaki keluarkan peluh . peluh jantan semua ada (?)  pendek kata carila rumah yang berpatutan , ada ja rumah yang murah , untuk siswa senang la.. dok ceruk mana pon okay . kalau siswi kenala cari yang okay okay sikit . duduk kat kawasan yang gelap gelap komfem kena ngendap xpon kena curi panties . haha . pandai pandai la nak hidup . kalau rasa x selesa pindah ja rumah lain , apa susah :)

blok

kat uitm ada banyak blok . coolblog pon ada . haha untong la kaan , kita dah kena pindah kota bharu baru dia nak bukak coolblog . haih terima jela . so kat uitm ada empat blok . satu blok pentadbiran , bahagian atas ada kelas jugak . dalam jadual dia tulis blok P . pastu blok A , blok B, blok C , dan last blok D . dari satu blok ke satu blok boleh ja jalan kaki kalau takmau hitam hitam gunala payong . berguna tauu .

lecturer

lecturer kat uitm machang seriusly semua baik baik . then senang nak jumpak , besyukur sangat la sebab dapat sini . dengaq kata kalau kat shah alam susah sikit nak jumpak lecturer ka apa , sebab tempat dia dahla luas pelajar pulak ramai . lainla machang , kecik ja tapi xdekla kecik sangat . eh ? kira bepeluh jugakla kalau jalan kaki . aku dua sem ka situ semua lect yg hajaq semuaa baik baik , caring gitu . soo xyah sedih sedih coooool sudah ^^

kenderaan

ni yang susah sikit . kalau bawak kenderaan tu kena ada sticker . kalau x kena saman . haha . pakcik guard ada dimana mana . haaaa bejaga jagalah anda . kalau x bawak pon xpa , boleh naik tenggiling . sekali naik 50 sen . dua kali naik seringgit . kalau nak g machang RM1.5 , g balik RM3 , kalau nak g kota bharu dalam RM10 , tupon kena penohkan giling . kalau tidak, caj lebih . haha .


haa nila tenggiling . apa ingat tenggiling yang gulung gulung tu ka ? haha . aku pon x faham kenapa depa panggil benda ni tenggiling . then pakcik driver tu dipanggil pakcik giling . haha .

makanan

senang ja nak dapat makanan . tapii bagi budak degree sem satu takpon yang duduk kolej , simpan simpan la stok meggi . komfem kome susah nak dapat makanan kalau budak dip cuti . lebih kurang dianaktirikan lah . haha . satu kedai pon x bukak . haihh terima jela . tapiii sekali budak dip mula sem , mak aiii meriah taktau nak habaq la kaan , semua kedai bukak . hem kalau nak sedap makan la kat nyior . sedap tapi lambat . kedai kak ani pon best .

then apalaagi ?

haa taktau nak bagitau apa dah . 

tuu je kot . dan lastly nak cakap yang uitm machang best . 


ni rupa bentuk kad matrik . alah semua uitm pon sama 

minggu mds . best ja muka kan ? back to school memories dengan tudng putihnyaa kan . haha

scenes dari blok THO , nampak DO . kalau pagi pagi cantik gile , rasa macam dok kat alice in wonderland pon ada . kadang kadang x nampak DO sebab penuh dengan kabus . style kan ?

syok dok kolej sebab ada meja study . mak aiii besepah ! novel pulak tu . *renyih*


ni scene dari bilik aku dulu . dekat THO


ni rupa dewan pro . selalunya majlis grand grand buat kat sini lah . kalau mds komfem kat sini ^^ exam pon selalu kat sini .

haha . kalau x naik giling bawak bawak la payung ehh . nak nak nyee musim panas . mak aii hitam bekilat nanti . tapi bulan 11 12 gituhh lagi lagi la payong diperlukan . musim tengkujuh dik

koridor blok D . tingkat 4 makmal komputer . budak stat wajib ada kelas kat sini . haha coding yuu

jalan antara blok C dengan D . 

ni tangga batu caves . kalau daki tangga ni komfem ada lima checkpoint . aku la.. 


ni kedai makan . betui betui depan uni ^^


jalan ke rumah sewa . hari hari macamni . kalau x kurus xtau nak habaq la kan . haha tapi jangan taktauu aku tak kurus pon , lagi gedempol ada la . penat bejalan makan pon banyak. kahkah



rupa rumah sewa aku lepas kena semboq ubat aedes . eh ?

econjaya . pasaraya paling besaq kat machang . haha . haa hari isnin boleh g pasar malam . naik giling 1.50 jeeee



lastlyyy goodluck in whatever you do . kalau dapat kos yang x minat , minat boleh dipupuk dik . ^^ all the best .

salam

reverse - sem dua di uitm mache


assalamualaikum .

dah dua bulan aku redah sem 2, 
dah bermacam benda aku jumpa,
dah bermacam benda aku rasa,
dah bermacam benda aku dapat,

insyaAllah semua yang aku lalui ni mengajar aku erti kehidupan, bukan setakat dua bulan ni aja tapi  berbulan bulan yang aku hidup atas bumi ni, insyaAllah setiap detik tu milik Allah dan aku/kita sebagai khalifahNya perlu sentiasa patoh pada perintahNya dan dan insyaAllah hari esok lebih baik dari harini. hem tiba tiba termood insaf pulak . ^.^

sem ni aku duduk rumah sewa , 1st time rasa sendiri nikmat berumah sendiri (sendiri la sangat kan) , peritnya  kena bayaq sewa . haha . bab sewa ni yang kurang gemar sikit ni , kadang kadang rasa nak marah jugak dengan penduduk sekitar u aku ni, yela dah tahu bebudak u yang nak sewa , sewanya kenala berpatutan jugak . means kalau rumah yang memang selesa sangat tu x kisahla kan, sewa RM110++ sekepala, bayangkanlah satu rumah ada 16 orang. perghhhh kaya lah tuan rumah tu, RM1600 sebulan. hem kat sini aku belajaq satu benda 'u deserve to do what you want because it yours' kan ? yela memang aku ada hak sebagai pengguna untuk xpuas hati tapi tuan rumah pon ada hak untuk letak harga mahal jugak kan ? nak cari rumah sewa lain ? alah kawasan sekitar sini semuanya sewanya begitu, nak kata yang jauh harganya murah pon tak jugak sebabb kawan aku ada sewa agak jauh dari uni, tapi harga serupa ja . hem takpala, janji boleh dapat tempat beteduh , bayaq then study . selesai . haha . tapi sem depan aku dah pindah ke kampus kota bharu , rumah sewa pon dah cari . pelik pulak aku bila tengok rumah sewa dekat kb lain pulak peelnya , ada 1 rumah tuu, 3 kali ganda rumah aku duduk sekarang.. harga serupa jepon . hem , rumah yang aku dah propose nak duduk ni pulak dia kira harga serumah , serumah RM 600, kira ok la cuuuma xdek washing machine . halemak tu yang gelisah sikit tu. *hahaha* takpala apapon chill beb . chill la sebab mungkin nak beli sendiri kot , wohu sanggop kan ? ^.^


makanan ? biasaleteww, dah nama pon duduk rumah sewa komfem la kena masak kan . aku ? ahak, bak kata dino, penyeri dapur . hem entahla kalau bab masak memasak ni lemah lutut den tau . semangat tu ada, tapi masaknya belomla expet lagi, setakat nasi goreng ikan bilis tu boleh la XD XD
 


nila ghupa bentok rumah sewa gojes aku tu, eh kancil tu aku pon taktau sapa punya, haha . kami naik kaki ja hari hari g kelas -.-''


lupa pulak nak bagitau yang dalam rumah aku ada 8 orang yang kos sama , so senangla nak buat diskusion ataupon selalunya gosip la. hahaha . astaghfirullahalazim ehem ..

so beginilah kami setiap hari. meredah hujan mahupon panas . arghh payong aku tetinggal dekat aud . payong kuuuuuu --.--


payong hijau daun daun dalam kenangan ---.---

sem 1 dengan sem 2 banyak bezanya . heuheu

antaranya

kb mall . mcd weh . *beger sebijik tuu boleh beli dua pinggan nasik + ikan keli dekat warung kak mah kott*


ehem . haruslah berposing 

dah alang alang ke kb (tujuan : cari rumah sewa beramai ramai) kami singgah dekat rumah hanez . umi dia masak supeeer banyak punya , kenyang wehhh . tq lah makcik . susah susah aja ^.^

terengganu . heee . alah bukan suka suka tauu, makan kenduri rumah isma la , pantai ? heeee dah alang alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pantai keluang XD biasaletewwww


haa ni bukti dia , isma besanding besama papa . *skandaaal terr* 
(ahak gurau weh , jgn marah nanti bekedot muka tuuu)



rumah seniora dekat pasir mas . kenduri kesyukuran ,


kami g rumah seniora ni bekonvoi tau. dalam 4 bijik keta kalau x silap .  sebab satu kelas join en .


pantai cahaya bulan ^.^
feeling habih makan jagung tuu, then berlaku satu peristiwa menyayat hati dimana kami bergelot sebab time tu kan yang ada gempa bumi belah penang apa semua ni , komain lagi lari naik keta then tekejar kejar nak lari dari pantai . haha boleh pulak dino dok review benda benda pelik time kami tengah panik nak lari dari jam time tu.. ayu apa lagi... serius benaq muka dia time tu. hahaha . aku pulak dah terbayang bayang final destination .adoila , kenangan betol ^.^

sebelom g PCB aku,dino dengan ayu g rantau panjang jugak . haha . dah nama pon tempat shopping haruslah membeli belah . so moral of the story jauhkan diri anda dari tempat sebegitu XD

sepagi bersama mereka


isma


ayu

dino


and the four of us . ni roomate aku . hahak . terima kasehla sebab sanggop layan kerenah aku yang serba serbi tak kena ni XD kami selalu 'execais' , tambah tambah bila esok tuu ada kuiz, takpon test . haha . release tension la konon . nak join execais ? bolehla isi brg masok meminang dulu eh , lalala ~


motif : teringin nak masok iklan codomolion kot . ^.^ . intan dengan diba ni housemate aku merangkap jiran bilik , sari x gadoh x sah XD

ni haiwan peliharaan dino . nama dia oshosh . hyperaktif di waktu malam , kata isma dia pernah **teeeeeeeeeettt dengan cikT . hahaha . sesuka hati limpa dan perot ja eh menuduh oshosh begitu ya mama . ada lagi satu haiwan yg dino bela , nama dia shiro (takdak pulak gambaqnya) . kesian shiro kena tinggal sengsorang seminggu ni . hemm pandai la kau nak hidop shiro oi ^.^


ni masa awal sem. sambut burstday dino . haha . dengan aku aku sekali tekena . takdek pulak gambaq tg,ainil dengan ziema. sori la uoll, tak gigi biru haritu XD


lastly merangkap suprise untuk aini . hahaha


1st time aku pakai benda belit belit ni . tupon dino yang belitkan , kalau aku belitkan sendiri agaknya jadi pocong kot . ^.^ . 1st time dan kali yang terakhir ,buat masa sekarang laa . heeeeeeee

nah ambik aku simpolkan semua benda yang terjadi sepanjang dua bulan mengahrungi sem 2 *skemanya* ada banyak lagi actually, tapi tuula..em biasa lekan, mana nak ingat semua keen , huargh !

ok . dah lengoh segala mak nenek dah dok mengarang then tunggu gambaq upload then hang la apa la . haha . aku bukak laptop actually nak buat assignment regression last last assignment blog pulak jadinya . hem . 

dahlatu , kalau ikot skema karangan ni dah lebih 30000 perkataan dah ni (hiperbola) , jadi haruslah aku mengudur diri sekarang

salam alaik ^.^

the day :)


assalamualaikum :)
wuuuh rasa macam nak nanges kan ,

actually ni dikira kek kedua aku la untuk besdey kalini. wawa . tepuk tangan sikit. haha
ni intan yang beli :)
haih teharu betui, aku ni hari hari gadoh dengan intan, teharu jugak bila dia belikan kek. wakaka. over kan ? ala.. tapi bukan gadoh betui betui pon, gadoh gitu gitu la. baru rock kan :)
dia suka cakap. hang pasaipa ? takpon. hang nak kena dengan aku ? hahaha . senget la hang tan

kek yg first tu aku takdak gambaq, lagipun dah 13 hari sambut. (time prank) , 

teharu la besdey tahun ni. 

warghhh . im going twenty next year . dah tua dah kan :)

oklah. dah habis cerita besdey meh kita sambung bab exam pulak. sekarang ni dah masok seminggu dah study week . hem malas betui nak study, asyik layan running man ja . T.T haaha . 5hb ni exam titas . may Allah bless me :)

ok lah . salam to all :)


the prank


assalamualaikum .
haha actually this is the 'basi-es' story , happen last week , thursday 15/12/2011 :)

tapi still segar di ingatan . nilah first time orang buat prank kat aku ::nangis:: , tapi time tu cool jelakan . ehem ehem . control la sikit kan, sebenarnya aku dah macam dapat hidu hidu kerja senget depa ni . alahai birthday dah nak dekat la katakan , perasan orang nak buat prank kat dia , tapi ok la tu sebab memang betui tejadi pon kan . ehem ehem :suka:

ni semua rancangan dino , ainil , tg dengan dian . amboi seronok betul depa pekena orang. time tu kami semua gather dekat rumah sewa dian,tg dengan ziema . dahtu dino ,tg dengan ainil keluaq g  mache , alah konon konon nak beli barang keperluan la tuh , padahal beli kek kat kami . why kami ? sebab this prank bukan untuk aku sorang lah . untuk aku, ziema dengan ayu :) , bukan kek ja depa beli.. dengan ubat ubat gigi sekali depa beli . pheww 

time depa sampai depan rumah sewa tu , ainil call aku cakap depa dah otw dahtu depa suruh kami siap siap untuk keluaq tangkap gambaq sesama . alahh konon konon nak tangkap gambaq last session la , then kami semua pun keluaqlah . mula mula memang aku dah syak macam something tau . tapi aku buat bodo ja.. kalau salah jenuh malu kan . HAHA . then semua memang buat relax ala ala xdak papa berlaku , pastu tibalah masa yang mereka tunggu tunggukan . tapi tak tepikiaq pulak aku yang time ni la kemuncak dia . elok dino set ja kamera .. semua segak ja posing depan kamera . one two threee .. HAHAHAHA dengaq orang menjerit sambil laju ja tangan tg,ainil, dino dengan dian calit ubat gigi dekat muka aku,ayu dengan ziema . chaihh tekena sudah .

petang tu memang belari sakan lah kami . :best:
dan malam tu kami masak spageti . eh cop . bukan kami tapi mereka . HAHA . eden memang lomah bab masak memasak ni . T.T habis hangit tempura tg aku goreng . HEEE . should i married a chef ? :)

dan malam tu kami sama sama baca nota kesatria untuk exam kesat keesokan harinya . oklah tu je nak cita :)

dan keesokan harinya aku dapat hadiah dari dino . one packet famous amos dan satu kotak pek body shop . teharu gila kan . padahal lambat lagi nak nineteen :)

eh lastly tengs to dino, ainil, tg and dian . love uoll :)

EH LASTLY LAGI . 28HB DECEMBER IS THE HOTTEST DAY KAN ?
say it or i kill you XD

saranghae and salam semua :)

: 5hb ni stat exam  :
: rindu novel la :
: rindu feltcraft  :

big disappointed


assalamualaikum .
fuhh fuhhh . dah lama x lepak depan blog . kalau lepak pon payah nak mengarang entry . bb kedekut nak beli , line pulak sempot ala ala bewak bejalan . haha . idea dalam kepala mencurah curah ja bila tak duduk depan blog , dah lekat ja depan blog yang khacak dan bergaya ni .. satu haprak idea on takdak . blurrr . T.T

ha this is the story yang masih segar lagi kat ingatan ni ha . XD . the day before yesterday kann .. (13hb 12 2011)malu gila gila gila lah . sampai dapat flu harini . haha ok itu dusta ja . yang malu gila tu sebab dapat lowest mark dalam kuiz csc (computer programming)  AHHHH . memang dashat la sangat kan kalau dah dapat lowest tu . rasa nak pengsan kat situ jugak tapi apakn daya .. pengsan takmau becintan dengan aku time tu . chaihh .

tu kuiz bab repetition . memang keles dan sebagainya lah . adoi rasa nak pecah kepala pulak bila dapat rasa benda macamni , T.T . tapi takpa. mungkin ni yang terbaik kot . Allah nak tnjuk kat aku apa kesalahan aku . kann ? dont push God to grant your wish . Allah has the best treat for us . ok aku pegang dengan kata kata tu . :)

lagi dua tiga empat hari dah nak final . (4hb jan 2012 - 20 hb jan 2012) . terbaik kann ? lama gila exam . tapi ok jugak.. boleh study lebih lebih .

moral of the story - rajinkan diri anda untuk yang terbaik . amin
(kalau dicompilekan entry entry yang aku tulis aku kena rajin kan . aku rasa dah lebih dari sembilan puluh sembilan entry kot) haha . 

salam for all . :) have a nice day :)

must be me !

assalamualaikum .

lagi 14 hari nak balik rumah . yeayy !

tadi dah jumpa doktor and he said my condition is normal  , normal for girl around 19-20 years old . alhamdulillah tapi kalau dah kerap berlaku sangat dktor cakap kena risau . hemm kita tggu hari seterusnya XD.
nak jumpa doktor pon dup dap dup dap serupa nak jawab exam ja . haha cam hapa ja en XD

esok ada kuiz c++ , 
minggu depan kuiz calculus,
lepastu test calculus ,
lepastu presentation ctu .

hem and semalam boleh pulak tidoq awal . dan celik celik mata online , lepastu buat kerja sikit kena p kelas pulak . balik kelas konon konon nak study , mengantuk lagi , tidoq lagi . elok dah bangun pom piang pom piang buat keja sikit turun makan pulak . elok dah naik dah maghrib online pulak . HAHAHA . dahtu bila nak study ??

conclusion : jangan bukak laptop dan lawan nafsu tidoq . (tp tadi x bukak laptop sendiri ,guna laptop intan) wakaka . 
conclusion kedua : jadilah seorang yang rajin .

amin .

kahwin


assalamualaikum . haha buang tebiat jekan buat tajuk kawin kawin ni -.-"
bukan apa tadi zty jumpa artikel 13 tahun mencari cinta dlm fesbuk . tetiba rasa nak baca , so zty pon kelik la . beberapa minit kemudian tesengih sengih sorang sorang depan notebook sambil gelak gelak . ayu dah pandang pelik pastu " ayuuuu .. nak kahwin . nah nah baca artikel ni " pastu ayu baca " panjangnyaaa . tanpa riak " hahaha " oyy takda feeling la .." selalunya dia yang telebih feeling en . lepastu terus stalk blog kak sarah . perghh memang membuatkan zty nak kawen . nak kawennn !! tapi nak kawen dengan sapa ? -.-" haha . tak tak sekarang ni kena fokus dengan study dulu :)

memang best blog kak sarah ni . dhla dokter en , comel pulak tu . hem yang paling tekesan sekali adalah dia sangat comel pandai dan sangat islamik . hem i wish i could be like her :) cerita dia dengan suaminya buat aku teringat kaklong . kaklong dah nak kawen 12.11 ni . wahh memang style kan kaklong .. dia x penah becinta dan betunang dengan abg jj sebab nenek abg jj datang merisik pastu tup tup setuju . wahh memang jodoh kot en . zty selalu tanya kaklong . serius ka kaklong ? dia senyum sengih pastu jawab " entahla . kaklong pon macam x pecaya " lepastu zty akan gelak guling guling kat dia . suka hati dia jakan main bab bab ni . last last dah nak kawen dah dia .

kaklong betunang masa zty dok kat matrik , time tu x balik rumah . sedih jugak tapi nak buat macammana memang jenis yang x suka susahkan diri untuk segala mc ka apa sebab kedah cuti jumaat sabtu kan , so urusan betunang ka apa mestila buat hari minggu dan hari minggu untuk penang adalah sabtu ahad -.-" . lepastu bila dah masuk uitm machang untuk sambung degree ni memang bagitau kaklong siap siap dah . kalau dekno tak cuti memang x balik lah kenduri kaklong nanti . tapi alhamdulillah date kaklong kawen tu zty cuti untuk raya haji . so boleh la merasa suasana hari pekahwinan en :) ni first time akan ada kenduri kat rumah sendiri , bukan rumah tok mahupon jiran . perghh teruja dan sangat excited tau . tapi yang sedihnya kaklong kawen 12.11.2011 (sabtu) dan keesokan harinya hari ahad zty dah ada kelas so memang kena rush balik malam tu jugakla -.-" sedih kann . padahal ada kelas satu ja , pukul lapan pulak tu . sedih lagi T.T nak mintak delay pon macam tipis sikit harapan sebab tu kelas prof dan prof sangat sibuk , so payah sikit nak ubah ubah jadual prof .

hemm dah pukoi 12.49 dah sekarang , wifi plak asyik putus hidup putus hidup tapi besyukur jugakla boleh guna wifi sebab sebelum ni wifi tokleh guna , sekarang boleh guna maybe sebab dekat kolej tinggal budak deg ja . so student memang x ramai la . budak diploma cuti sekarang . sunyi la jugak . tapi bila dah ada dalam bilik tak hirau masyarakat sekitar dah aih en . haha masing masing dengan dunia sendiri .

sekarang zty dah dapat bilik . semua roomate adalah classmate . best kan ? sebab kami boleh pilih bilik dengan romate sendiri . ha tadi zty ambik kata kata ni dari blog kak sarah . " never push God to grant our wishes , Allah always has the best treat for us " kann memang betullah tu , jangan paksa Allah untuk tunaikan hajat kita , redhalah dengan pemberiannya yang seadanya itu . kalau x diawal pagi mungkin ia datang di penghujung hari . sebulan zty duduk menumpanang di bilik budak diploma , sekarang dah dapat bilik siap boleh pilih bilik dan roomate lagi . tak nikmat ka tu ? :) rindu jugak roomate budak diploma dulu . jie , ana , poji dengan pija . sekarang ayu , intan dengan isma . ayu dengan isma orang pantai timur , zty dengan intan orang utara , hemm memang riuh la kan dengan pekat masing masing :)

hihi terpanjang pulak harini . ok salam 

:)


R I N D U


I NEVER SAID I MISS THEM .
BUT I TRULY MISS THEM

nomo nomo nomo nomo nomo cuaaaa e

T.T

nomo - sangat sangat
cuaaa - sayang

sebulan berlalu .


assalamualaikum .
pejam celik pejam celik dah nak dekat sebulan aku dekat sini . yakin jakan tulis tajuk sebulan berlalu .haha

tadi baru habis buat kuiz c++ . perghh memang best gilala subjek ni , kena mengapai la pulak , 

what is program ?

what is programming ?

what is programmer ?

perghh cayalahkan . tadi memang bantai ayat sendiri la . waka waka siap buat jenama sendiri semua ada . haha lepasni memang kena struggle membaca nampaknya ^^


ni kad matrik kami ^^ .

our team . cewah ^^ 

nanti nak buat entry pasai beza matrik dgn u . waka bila tah impian ni nak tecapai . dahla prepaid imc ni dh nak habis dah T.T

oklah lastly rindu rumahhhh ! nomonomonomo cuaaaaa . eh bukan rumah la , org dalam rumah ! raya haji ni nak balik . yayyyyy . lepastu kawen ! ^.^ (kakak la)

salam .

seven - e


assalamualaikum .
temasok harini - 18/9/2011 , dah 11 hari aku dekat mache , mulanya memang ingat x gempak kat sini tapi bila dah ada dekat sini , mache is supercool ! haha . best la bila dah ada kawan kawan yg gempak dan romate yg cool , aku duduk dengan budak diploma sekarang so memang status menumpang la . lagi sebulan baru budak diploma keluar then baru dapat bilik sendiri . insyaAllah . tupon sesem ja dapat kolej , sem dua kena duduk rumah sewa jugak . sem tiga pindah kampus kb pulak . wahh kampus kb tu memang tengah tengah pekan sungguh kott , shopping hari hari la aku ^^

dalam geng aku . seven-e aku dengan ayu ja dok kolej , lagi 5 orang dok rumah sewa . takpala jimat sikit duk dalam en , tapi nanti sem dua kena pindah jugak T.T , ptptn aku x settle lagi , harap sangat dapat settle dalam sem ni jugak . amin


seven-e

aku pon tak pasti kenapa seven-e ?  tapi yang pasti zima dengan tg memang suka shopping dekat seveneleven . haha


mds is supergempak ! walaupon rasa nak tecabut gg sebab asyik dengaq taklimat ja . haish masuk telinga kanan keluaq telinga kili . ^^

eh lupa la nak cerita . minggu first aku kat sini , dila bawak aku round pekan machang . eh sapa kata machang ulu ? not bad apa .. changloon dulu pon x macam ni tauuu . haha , aku beli toto . tapi kecik jela , jimatt kann .

klah . ni guna imc , apa tah maksud dia , tapi yang aku tau guna prepaid ni RM10 untuk 18 jam .
ok salam :)