Rezeki Allah


Assalamualaikum.

Alhamdulillah 29/07/2016 haritu aku dah officially habis ijazah sarjana di UiTM Shah Alam (exam dh habis lama, yang jadi lambatnya sebab ada viva dan uruskan correction sampailah hantar full dissertation. Memang pengalaman yang takkan dapat dilupakan, dia punya struggle dan kenebesan tu hanya Tuhan yang tahu. Terima kasih sangat sangat to my supervisor, Dr Puzzi sebab banyak menolong. Tak lupa juga kawan kawan especially my housemate, nea, ayu, bihah, rosa, hanez, fira,tg dan tak lupa jugak fatt. You all mesti sangat tension dengan kemalasan aiols hahaha dan waktu yang demam tu paling berterima kasih sangat kat hampa, memang banyak jasa hampa nak kena kenang ni. 

Pengalaman tulis dissertation sangat menyeramkan sebenarnya, i have to struggle both writing dan juga analisis. Ya Allah hanya Tuhan yang tahu betapa susahnya aku nak hadap Poisson regression tu, dan betapa susahnya nak dapat ayat sedap untuk writting. haha. Bab writing ni memang nea la yang banyak tolong. Tq nea. Bab analisis tu bila dah siap pehhh betapa kau lihat benda tu macam simple. Padahal sebelum nak start tu pehhhhh pening baq hang. Dan cerita dia last sekali aku end up dengan hanya 4 helai untuk findings. hahahah betapa tekejutnya kawan kawan aku bila aku kata panel bagi warning untuk buat correction dengan elok sebab kemungkinan nak kena tl, dann akhirnya mereka geleng kepala tengok  findings aku (katanya patutla dapat warning) hahahah. Big thanks to Dr Shahida selaku ketua panel, memang banyak menolong aku tulis semula untuk chapter 4. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan aku dah officially habis master. yahoooooooooo

Sebenarnya bila dah habis master ni lagi kusut kepala ni. Barula terpikir ya Allah betapa tenang dan seronoknya hadap belajar berbanding dah habis belajar ni. hahahaha Sebab tension cari kerja tu ya Allah hanya Allah yang tahu macammana stress nya aku dok dengaq abah bebel hari hari sebab tak start kerja lagi. hahaahaha. Abah bukannya apa, just dia takmau my resume look awful bila employer tengok eh eh budak ni tak bekerja pun sejak dah habis belajar. Dahla tak ada pengalaman bla bla. So abah suruh jugak jugak cari kerja sampaaaaai dapat. Aku ni malas dia tahap gaban tau, aku main cari online saja, berasa sangat malas nak cari offline. Bagi abah, hg dok mengadap laptop hang pastu apply situ pastu dok tungguu la keputusan tu, bagi abah kejadian macamtu sangatlah unproffessional dan tak bersungguh mencari kerja. Ha jangan pikir aku tak ada langsung effort, cumanya aku ni jenis yang ok dah apply kat jobstreet, jobmalaysia, spa8i, mudah.my lepastu dah attend beberapa iv (satg aku cerita pengalaman iv aku), so tunggu jela resultnya. Malas la pulak nak kehulu kehilir cari kerja secara bersemuka. hahaha nonono macam yang aku tulis kat atas, its a big no kat abah. 

Nak cerita abah punya semangat tu, sampai setiap interview yang aku p semua dia lah yang hantar dan escort. Yang hantar resume pakai tangan pun ada weh, sekali dia p bank dia tanya ada kosong tak, p surau dia risik risik dengan yang bekerja pegawai sana sini. Ha memang la aku rasa sikit tertekan tapi bila pikir positif ya Allah betapa beruntungnya dapat abah macam abah. Thank you very very much abah. I love you.

First interview aku adalah interview untuk jawatan ptft lecturer di fakulti aku di shah alam (19/08/2016). Semua pelajar master memang dijemput untuk walk-in iv tu. So memang by hook or by crook abah memang mewajibkan aku p la. hahahaha. Sebenaqnya first week dapat hebahan tu aku ni berat sangat hati nak p iv tu sebab i know my limit, takut jugak nak berhadapan dengan lecturer yang memang kita kenal kan. Tahla banyak betul yang main kat pikiran aku ni, sampaaaaaailah hari isnin tu(hari last untuk confirmation nak join iv) aku tiba tiba bertekad nak attend iv tu, sebab yang pertama sebab rasa bersalah sangat sangat dekat mak abah kalau tak pergi, dia macam memusnahkan harapan mak abah kat aku la. Second sebab why not aku try kan, aku memang minat nak jadi lecturer ni cumanya aku punya confident kat diri sendiri tu tak berapa tinggi sangat. Cerita dia bila dah bagitau abah tu memang takkan dapat la hang undur diri. Aku ada jugak bagitau yang aku tak yakin dan bagi la sikit alasan pasal ptft ni bla bla la apa la. Tapi abah buat tak dengaq ja. hahahaha. Ingatkan abah x dengaq, tiba tiba rabu tu abah kata pak lang aku akan ikut sekali sebab ada hal di kl, tambah abah lagi "haaa memang tak dapat la hang lari kali ni sebab memang dah nak ke sana" hahahaha laaa ingatkan abah tak dengaq apa yang aku dok bagi alasan tu. So sampailah hari kejadian, aku drive dari Penang ke Shah Alam bertemankan abah dan paklang. Balik tu paklang ak balik sendiri so aku balik dengan abah ja. Nampak tak effort abah tu.

Selalu jugak aku dengaq once kita dah dapat kerja mana mana mesti ada peluang lain jugak yang datang. So kena choose wisely. Dalam cerita aku yang first ni, bila aku confirm saja nak join iv ptft lect tu terus dapat call dari kelly services untuk join program climb depa. Tapi perlu pergi ke KL untuk sedikit briefting, so aku decide nak pergi 19/08 tu since dah memang nak ke sana kan. Jadi lepas selesai iv di Shah Alam aku pon pergila ke kelly services ni. Dia punya program lebih kurang sl1m la, then kalau nak join kena sign contract untuk join start 22/08 yakni 3 hari lepastu. Pikir punya pikir aku tolak untuk join program tu sebab kena stay kl untuk seminggu. Bukannya aku ni tak boleh berenggang dengan family or apa, kalau confirm kerja situ aku ok ja, tapi kena stay seminggu saja kat sana then tengokla kita akan dapat company mana then kena cari rumah lain pulak. Ala macam serabut pulak untuk jangkamasa pendek tu. First tu aku memang berminat la jugak tapi abah macam berat hati nak lepaskan aku p, so aku diam jela dan cakap kat abah best jugak eh abah program tu sebab ada kelas bi la apa semua. Tetiba 21/08 tu abah cakap kat aku, jomla kita p program tu, kita sewa hotel, nanti abah tunggu la hg kat hotel. Tengok betapa gigihnya abah aku. Tapi malangnya masa abah bertekad tu aku dah mesej cik tu untuk tolak tawaran tu, so bila abah cakap tu memang aku takmau la p sebab dah bertekad kot takmau p dan dah tolak dah pun. Abah terkilan la jugak tapi nak buat cemana bila hati dah takdak rasa nak p, wehh malas kot nak p., dok hotel pulak tu. Ya Allah costly woi.

21/08 tu juga ada open interview di politeknik dekat dengan rumah aku ni. So abah memang paksa suruh aku p. haha Dengan tak berapa rela aku p la jugak, then aku lalu situ nampak macam khemah jualan ja, tambah pulak ada banner tulis hari keusahawanan. Aku apa lagi, terus pergi rumah tok. hahhaha Lepastu abah call marah sebab tak p, hmm dengan tak rela sekali lagi aku p jenguk. Ehhhh memang ada la open iv. hahahaha So mencarilah aku apa jawatan yang sesuai, dapatlah satu jawatan yang perlukan pelajar statistics cumanya dia hanya perlukan lelaki. Dengan tak malunya aku tetap mohon hahahaha. Tapi rupanya company yang ada tu cuma agen saja, namanya talent suites. So ts ni akan passkan la resume aku ke company yang aku mohon jawatan tu. So ts ni ada offer aku join program sl1m jugak since aku tak ada experienced bekerja lagi. Aku terima jela. Tup tup dapat email offer latihan sl1m dekat damansara pada 1/9/2016. Malangnya aku tak dapat join jugak sebab 2/9 tu ada kenduri sedara so abah tak push sangat suruh p. hihihi.

Jadi hari berganti hari masih x dak apa apa berita dari ptft lect tu dan panggilan iv pun tak ada so hari hari tu berlalu dengan rintihan abah bla bla bla. Aku sampai tensyen sampai satu masa tu, terkeluaq jugakla rungutan menyesal ambik master. hahahaha. Tension sangat yela abah hari hari cakap itu ini kat aku, aku pahamla abah takmau aku ni duduk melepet kat rumah nanti resume tak elok la apa. So aku bertekad lantak la apa jadi, sekarang ni aku nak mohon jugak jawatan kerani. haha. So 30/8/2016 aku dipanggil iv di ISM retails di petron rnr juru. Pengalaman interview di situ memang sempoi habis, iv di kaunter tempat jualan (kafe dalam petron) tu je. haha. Walaupun jawatan kerani tapi boleh tahan ramai yang p, ada la dalam 13 orang. Aku orang nombor 1 maklumla semangat lebih. Aku tak harap sangat sebab interviewer tu kata takut nak ambik pelajar master. Dan boleh pulak dia tanya agak agak boleh kerja berapa lama? Berlegar legar pertanyaan tu dalam kepala otak aku dan aku end up jawab more than 3 months in shaa Allah. hahahaha adoi mestila dia x prefer orang yang nak kerja sat sat kan. emmm itulah jawapan tak membina langsung. Tapi mencabar jugak soalan dalam iv ni sebab dia tanya tugas aku masa latihan industri. hahahaha. wehh gorengla sebab dah lama kot, dan tak prepare pulak jawapan yang sesuai so aku jawab yang aku ingat ingat la plus bersesuaian dengan yang aku tulis di resume.

Dah masuk bulan 9, abah tak puas hati lagi since tak dapat kerja mana mana lagi so dia push aku suruh mintak dekat shopping complex pulak. Jawatan clerk-executive. Siap suruh aku call kelly services lagi, then pejabat buruh pun. ha cerita pasal kelly ni aku ada call jugak kelly penang since kakak aku dulu pernah kerja yang kelly carikan, (yang ni pun abah aku yang paksa suruh call) hahaha. so dia adala suggest satu jawatan di thomson reuters, lepas isi application apa semua still tak dapat jawapan sampai sekarang, maksudnya tak dapat la kot. So dah penat dengan bebel bebel abah, kadang tu abah tak bebel jugak dalam dua tiga hari maybe dia nampak kot aku stress hahaha, aku pun bertekad nak apply psh untuk jabatan perangkaan.Yang ni abah tak prefer sangat sebab psh perangkaan selalunya kerja luar tapi lantakla aku nak sangat sebab ramai jugak kawan aku apply psh tu. So aku try call perangkaan penang 7/09/2016  tanya kot ada jawatan kosong sebab penang x ada iklan apa pun , yang ada cuma selangor dengan kedah. Tup tup pegawai tu cakap 8/09/2016 ada open interview. Memang rezeki aku lah. 

So 7/09 kemarin aku pun berangkatlah ke georgetown untuk attend iv tu walaupun mak aku tak prefer sangat aku cari kerja buat masa sekarang sebab abang aku nak kahwin 2/10 ni so mak kata biarlah dulu kalau tak dapat yang tetap tak payah lah dok serabut sangat dok cari kerja lagi, sebab yang kedua mak aku kata mak yakin aku akan dapat ptft lect tu. Tapi aku pergi jugak kemarin lepas yakinkan abah aku yang aku akan dapat connection kalau aku kerja di perangkaan bla bla bla. So pada hari kejadian, aku dapat number 46, masa tu yang tengah interview baru number 8. hahahaha lama gila weh iv, dalam setengah jam ada la kot. Tetiba ada sorang pegawai keluaq dan bagi arahan mengatakan number 30 ke atas akan start iv pukul 2. Dan masa yang sama ada senior aku ni wasap tanya ada dapat call tak dari uitm. Terussssss neves baq hang, padahal sebelum tu kemain relax siap takmau p iv lagi. hahahaha. 10 minit tunggu tak dapat jugak call so aku bertekad turun aja dari wisma persekutuan tu, tup tup depan lift aku dapat panggilan. wehhhhhh time tu senyum sampai ketelinga wehhh. Kalau ada cctv memang nampak la aku dok tegedik gedik depan tu. hahahaha. So aku berjaya Alhamdulillah dapat tempat untuk ptft lect tu. Ya Allah aku taktahu la walaupun aku memang takut sangat sangat nak mengajar tapi time tu aku rasa gembira tersangat sangat weh. First sebab memang tu harapan mak ayah aku, second sebab yeyyyy dah takpayah dengaq abah bebel suruh cari kerja. hahahaha okay tapi sebab harapan tu la paling penting sekali. Cerita mak aku happy sangat sampai tadi siap belikan aku baju kurung 2 helai, jubah selai. wehhhh boleh nampak kot kegembiraan mak ayah aku. Abah toksah kata la, kalau boleh satu kampung dia nak jaja. Relax abah, ni pensyarah sambilan saja kata aku. Abah balas, ahh takkira sambilan ka apa janji pensyarah. hahaha oklah apa apa lah abah,

So bebelan abah aku tak habis disitu weh, start semalam dah macam macam nasihat dan panduan dia bagi. Ha jadi pensyarah ni jangan dok buat lembik, kena jugak join aktiviti luar jangan asyik mengajar saja tak layan lahhh. Macam macam program abah suggest suruh aku buat, lawatan ke bank, tempat kaji cuaca. Macam macam lah. Tadi dah sampai tahap phd dah. Start dah wehhh. Ha lepas 6 bulan tu dah boleh pikir pikir sambung phd pulak. bla bla. hahahaha aku macam biasalah taktau nak respon apa. Tapi jauh disudut hati aku besyukur sebab dapat abah yang sangatt concern dengan kehidupan aku. Serius, every step of my journery today memang mak abah yang aturkan, ofcourse la dengan keizinan yang maha kuasa Allah azza wajalla. Ambik statistik mak aku yang suggest, jadi lecturer memang harapan mak dengan abah since ambik degree lagi. So aku besyukur sangat sebab berjaya jugak akhirnya tunaikan harapan depa. Memang betul betul berkat kata kata mak ayah ni, hari hari dok ulang nak aku jadi lecturer. Alhamdulillah Allah makbulkan doa dan kata kata mak ayah aku. So aku kena la buat yang terbaik, tambah jugak dengan lecturer aku yang dah bagi kepercayaan kat aku. Tq semua. Memang aku perlu work hard lepasni. doakan aku ya semua. 

Ha macam aku kata kat atas tadi, lepas dah dapat satu offer mesti ada offer lain datang punya. So aku check email dan ada ofer untuk jawatan financial counselor executive di etiqa bertarikh 15hb pukul 10 pagi sama sejibun macam aku punya date untuk ptft lect. So abah kata eh apa salahnya jom kita try test market hang. hahahaha nak jugak tuuuuu. Mak punyala marah sebab kata abah tamak tapi memang la aku takmau p pon sebab xpala biaq la focus kat lect ni since dah dapat kan. So struggle yang ni la dulu walaupun gaji ciput tapi pengalaman tu bagi aku amatlaaaaah beharga weh. 

15hb ni dah nak lapor diri. Alhamdulillah. Walaupun neves nakmati tapi aku tetap cool layan hal kat rumah dulu. hhaha ok panjangnyaaaaaa bebel harini hahahaha maklumlah dah selalu kena bebel. hahaha ok Assalamualaikum.






2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum.. Boleh share pengalaman iv for ptft lecturer

Ezzati Hamid said...

Just like normal iv, perkenalkan diri, kenapa nak jadi lecturer, what is your passion and benda paling penting; Mock teaching. Selalunya akan diberi several topic, boleh pilih mana topic yang suka. Then kalau bernasib baik ada la soalan soalan based on yr slide tu. ada iv ke ? kat mana?