assalamualaikum .
hem sekarang ni dah masuk bulan julai . bebudak lepasan spm , stpm and etc dah dapat keputusan upu rasanya . wahh tahniah le kome kome . so bagi sesapa yang seangkatan dengan aku setiap hari akan search benda yang sama yakni search uni yang dioffer . wakaka . bajet kan ? aku masa dapat tawaran degree kat machang dulu , alahai setiap kali bukak google akan search uitm machang, uitm kelantan , uitm mache . tapi hampeh ! kurang maklumat berguna . pernah alami ? kahkah. sedih gila hidup . kalau search dekat facebook tuu , alamat kejang jari jelah . mungkin ada tapi x official sangat . so kat sini aku nak cerita sikit pasal uitm machang ni dan lebih kepada kos statistik jela eh . kos lain mintak maaf la eh ^^
kalau nak tanya gapo gapo bukak rakan hea punya page . situ official rasanya dan selalu update .
kalau dapat kos statistik . ehem kos ni jela aku tahu eh , boleh bukak page ni. ni page kelab bachelor of statistik . so nak tanya soalan kat senior senior boleh la .
ehm . first skali nak bagitau . janganla sedih sangat kalau tengok tengok ja surat offer dapat uitm machang . eh kelas apa ? paling kuat dapat makan buah machang . haha . x lawak . tapii serius nak bagitahu , ramai ja yang sedih , tangkap leleh jaa bila dapat tau dapat machang and at last bila dah jejak kaki kat sini , besyukur sangat . ehm mungkin aku salah sorang drp orang orang itu kot . ^^
haaa masuk masuk ja pagar uitm , lepas pondok guard , kome kome akan nampak bangunan ni . ni blok pentadbiran . mahu ke x mahu komfem akan jejak kaki kat situ . cop slip exam la , apa laa semua kat situ ^^
mds
minggu pertama konfem la ada mds kan . minggu destini siswa . nasib laa dapat senior hat baik baik xdek la kena buli sangat tapi relax ahh , nama pon orientasi nak jugak rasa kena buli kan . haha dah lepas boleh la cakap gini kan . time aku dulu memang kena teruk jugak la. dinasihatkan pakai kasut sukan , haihh dahla blok atas bukit , jenuh memanjat . jangan risau , seminggu ja . pahtu boleh la besuka ria . eh ?
kolej
untuk yg sambung diploma , anda sangat beruntung .untuk sem satu for sure akan dapat kolej kediaman dan sem sem seterusnya kena maintain keaktifan dan apa benda lagi tah so bolehla terus menginap kat situ .tapiiiii bagi budak degree kenala sabaq sikit , untuk sem satu memang dapat kolej tapi sem sem seterusnya for sure xkan dapat kolej . melainkan ada kekosongan ataupun buat rayuan etc . time aku masuk dulu , sebulan jugak kena menumpang pastu baru dapat bilik sendiri . hem mula tu bengang jugak tapi bila dipikirkan balik susah susah dahulu besenang senang kemudian . ye dak ? so bawakla toto ka lemek ka .. dan yang penting bantal . ramai sangat nak masuk u sampai x cukup tempat , tapi xpa janji ada tempat belajaq . kan ?
rumah sewa
so kalau dah x dapat kolej kenala cari rumah sewa kan . rumah sewa meeeeemang banyak sangat kat sekitar uitm tu , tapi kena pandai cari la . seriusly orang kelantan memang pandai berniaga sampai aku ternganga bila dengaq harga sewa rumah . satu kepala seratus sepuluh . satu rumah ada 16 kepala . mak aiii 1600 dia dapat satu bulan . haha pokteh memang terbaik . kalau nak duduk rumah pokteh , jangan duduk rumah pokteh A , tu bekas rumah sewa aku . hahaha . semak toksah nak kata la kan , sekarang pokteh dok tambah lagi rumah sewa soo bolehla sewa rumah rumah yang baru tuu , kalau nak duduk situ ada kenderaan lagi best senang sikit . kalau xdek kenderaan macam aku ni kenala besusah payah sikit . jalan kaki keluarkan peluh . peluh jantan semua ada (?) pendek kata carila rumah yang berpatutan , ada ja rumah yang murah , untuk siswa senang la.. dok ceruk mana pon okay . kalau siswi kenala cari yang okay okay sikit . duduk kat kawasan yang gelap gelap komfem kena ngendap xpon kena curi panties . haha . pandai pandai la nak hidup . kalau rasa x selesa pindah ja rumah lain , apa susah :)
blok
kat uitm ada banyak blok . coolblog pon ada . haha untong la kaan , kita dah kena pindah kota bharu baru dia nak bukak coolblog . haih terima jela . so kat uitm ada empat blok . satu blok pentadbiran , bahagian atas ada kelas jugak . dalam jadual dia tulis blok P . pastu blok A , blok B, blok C , dan last blok D . dari satu blok ke satu blok boleh ja jalan kaki kalau takmau hitam hitam gunala payong . berguna tauu .
lecturer
lecturer kat uitm machang seriusly semua baik baik . then senang nak jumpak , besyukur sangat la sebab dapat sini . dengaq kata kalau kat shah alam susah sikit nak jumpak lecturer ka apa , sebab tempat dia dahla luas pelajar pulak ramai . lainla machang , kecik ja tapi xdekla kecik sangat . eh ? kira bepeluh jugakla kalau jalan kaki . aku dua sem ka situ semua lect yg hajaq semuaa baik baik , caring gitu . soo xyah sedih sedih coooool sudah ^^
kenderaan
ni yang susah sikit . kalau bawak kenderaan tu kena ada sticker . kalau x kena saman . haha . pakcik guard ada dimana mana . haaaa bejaga jagalah anda . kalau x bawak pon xpa , boleh naik tenggiling . sekali naik 50 sen . dua kali naik seringgit . kalau nak g machang RM1.5 , g balik RM3 , kalau nak g kota bharu dalam RM10 , tupon kena penohkan giling . kalau tidak, caj lebih . haha .
haa nila tenggiling . apa ingat tenggiling yang gulung gulung tu ka ? haha . aku pon x faham kenapa depa panggil benda ni tenggiling . then pakcik driver tu dipanggil pakcik giling . haha .
makanan
senang ja nak dapat makanan . tapii bagi budak degree sem satu takpon yang duduk kolej , simpan simpan la stok meggi . komfem kome susah nak dapat makanan kalau budak dip cuti . lebih kurang dianaktirikan lah . haha . satu kedai pon x bukak . haihh terima jela . tapiii sekali budak dip mula sem , mak aiii meriah taktau nak habaq la kaan , semua kedai bukak . hem kalau nak sedap makan la kat nyior . sedap tapi lambat . kedai kak ani pon best .
then apalaagi ?
haa taktau nak bagitau apa dah .
tuu je kot . dan lastly nak cakap yang uitm machang best .
ni rupa bentuk kad matrik . alah semua uitm pon sama
minggu mds . best ja muka kan ? back to school memories dengan tudng putihnyaa kan . haha
scenes dari blok THO , nampak DO . kalau pagi pagi cantik gile , rasa macam dok kat alice in wonderland pon ada . kadang kadang x nampak DO sebab penuh dengan kabus . style kan ?
syok dok kolej sebab ada meja study . mak aiii besepah ! novel pulak tu . *renyih*
ni scene dari bilik aku dulu . dekat THO
ni rupa dewan pro . selalunya majlis grand grand buat kat sini lah . kalau mds komfem kat sini ^^ exam pon selalu kat sini .
haha . kalau x naik giling bawak bawak la payung ehh . nak nak nyee musim panas . mak aii hitam bekilat nanti . tapi bulan 11 12 gituhh lagi lagi la payong diperlukan . musim tengkujuh dik
koridor blok D . tingkat 4 makmal komputer . budak stat wajib ada kelas kat sini . haha coding yuu
jalan antara blok C dengan D .
ni tangga batu caves . kalau daki tangga ni komfem ada lima checkpoint . aku la..
ni kedai makan . betui betui depan uni ^^
jalan ke rumah sewa . hari hari macamni . kalau x kurus xtau nak habaq la kan . haha tapi jangan taktauu aku tak kurus pon , lagi gedempol ada la . penat bejalan makan pon banyak. kahkah
rupa rumah sewa aku lepas kena semboq ubat aedes . eh ?
econjaya . pasaraya paling besaq kat machang . haha . haa hari isnin boleh g pasar malam . naik giling 1.50 jeeee
lastlyyy goodluck in whatever you do . kalau dapat kos yang x minat , minat boleh dipupuk dik . ^^ all the best .
salam
23 comments:
wah.. best n banyak gark kemudahan yang disediakan di UiTM Machang an? Goodluck !
thank for information...
fuhhh lega sikit hati bila baca entry neyh... 1st dpt tau nangeyh gila kowt... hehehe.. harap2 leyh la hdup kat machang tanpa family kat kelantan... :D THINK POSITIVE !!!
salam,saya pun dapat tawaran ke UiTM machang, kos sains statistik for degree, mcm mane ea kos sains sttistik tu ? harap bole bantu, takut jugak ni9 nak blaja benda baru, ><
wan nabilah : yup. mestila.. setiap kampus wajib ada fasiliti yg mencukupi :)
gadis cyber : nohal. welcome :S
ohayocinta :haha yup. think postive tu yang paling penting. belajaq mana pon sama je , yg penting niat nak tuntut ilmu . :D
walaweh : kos statistik tu besaq dik. macam macam benda belajo. matematik , research , komputer , bisnes. thats all included :D
Welcoming myself to UiTM Machang. Diploma in Accountacy. First batch eh kak? Sebab kat portal takda pun faculty account :(
Woo..Harap-harap dapat masuk UiTM ni,Wish me luck k
@muhd Haziq .. eh faculty account kalau tak silap memang dah ada . if not mistaken la :D eh dah berabad baru nak jwb. haha
@syafiq's diary yeaaah good luck moga tercapai hasrat nak masuk sini. seriusly best dan insyaAllah tak nyesol :D
thx alot 4 the info.. mle2 tkot ble dpt dip stat neyh, machang plak tu..haha..sy x pena jejak klntan :)
n ble dga sume lectre baik2, lega hati..arap sume brjln lncar :)
hihi Alhamdulillah ... Goodluck deh !
Nak tny kak . Dip statistik pasal apa sbnarnya ? I means belajar apa ? Thanks :)
dip stat akak x berapa pasti la sylibus dia dik. sbb akk dulu matrik. hehe sori x dpt mmbantu ^^ tapi basically statistik ni akan belajaq math and subjek subjek stat .. cam analyzing data. the process,test stats etc etc XD
Assalamualaikum.. thanks alot kak. Lega sgt bila dpt tau lect baik2. Haha. Nk tnya ni. Dip.statistik ni bnyk guna lapp + printer tak masa sem 1 dan 2 ?? Student portal tu sy kena masok masa bila? Aa..kalo nak bwak iron kena charge x? Chrge brapa erk? Aaa masa hri pendaftarn tu kena pkai bju krung putih kain gelap siap2 ka atau pkai bju biasa dlu?? Tdung putih ka kak? err hehe maaf eh bnyk pulak persoalan. Jawab smua soalan tu tau kak. Harap sgt akak jawab. Sbb awal buln 6 ni nk dftar dh. =) kedah #
salam..ada gambar buku statistik utk diploma?tq
Alahai cuaknye nak masok degree nie . Thanks for the tips .
Alahai cuaknye nak masok degree nie . Thanks for the tips .
Best nya kalau dpt masuk kat uitm macahang tapi...ntah la kat mana upu akan letak saya nanti..kan bagus kalau boleh apply masuk uitm machang
assalamualaikum,sy dpat kos statistic. nak tnye, jmlah sub sume skali brape ek?
Saya nk tanya dari uitm machang nak ke airport kota bharu bagai mana?? Ada bus ke sana ke?? Please please let me know����. Thanks
Sekarang akak kerja mana ?? Or smbung deg or master kat mana ??
Salam dik.. tgk blog ni tringat memori blajar kat sana batch 96-99.. that time uitm baru dipindahkn dr kampus sementaranya di kota bharu.. dh byk perubahan n byk bangunan dh kat ctu.. 3yrs diploma kt ctu mmg bes.. cuma dlu xde tenggiling.. jln kaki je.. blik hostel sama ada daki bukit atau ikut tagga batu caves tu.. nk ke pekan machang pn tggu bas tepi jln besar tu.. tmbang 50sen je time tu.. tp prebet pn byk.. cuma mhl ckit la dr bas.. apa pn.. blajar kat sana mmg bes..
Hahaha... .Nasib baik family ad kt Kelantan. .
saya plkn batch pertama tahun 2004. pernah kena kacau ngan hantu kat salah satu blok di uitm machang. saya boleh tunjukkan tempatnya kalau awak ada gambar blok2nya sbb sy dah tak ingat blok mana.
Post a Comment