Statistics

Assalamualaikum.

Banyak benda yang aku nak tulis actually. Tapi cukuplah untuk hari ini, sebab penat edit blog. Edit template satu hal, rajin pulak p edit post lama lama .Dah tua tua ni nak edit blog tu rasa macam satu bebanan pulak. hahaha sebenarnya lebih kepada ala kadar dan tak perlu lah nak over macam dulu dulu. Sooo harini blog ni akhirnya dah bertukar wajah sesuai dengan usia tuannya.

Long story short, aku sekarang tengah menganggur walaupun ada buat bisnes online tapi margin profit tak tinggi mana untuk dikira sebagai tidak menganggur. HAHA. Actually ada je yang berjaya, tapi aku masih bertatih dan the struggle is real yknow. Aku dah ada aim untuk naik satu anak tangga lagi actually tapi tu lah, belum rezeki lagi. Lagi satu dalam bisnes ni dia kena consistent weh, mana boleh harini promote esok diam ja. OMG thats me. Point dia sapa buat dia dapat, tak buat jangan la harap duit nak jatuh dari langit untuk hang. Buat pinjaman pun confirm tak lulus kah kah. Tq untuk family, leader dan paling tak lupa, customer customer yang selalu support. Lap all.

Dan actually aku dalam perjuangan untuk menulis proposal thesis. Okay bab perjuangan tu amatlah benar kerana sudah sebulan berlalu tapi progressnya masih samar samar. Doakan aku plis.

Since sekarang ni dalam mood belajar, dan mode mencari dana yuran. Jadi aku ada something to offer.

1. Statistics tutoring for those yang nak bantuan dalam assignment atau apa apa bentuk kerja. Terutamanya untuk pelajar bukan statistics, ya I feel you. Belajar something di luar bidang kita memang sedikit mencabar. Now, boleh minta bantuan saya okay. Kadar bayaran ikut tahap mencabar soalan anda. Min RM5. Siapa cakap mahal tu, Ya Rabbi, bayar bil telefon 20 kali ganda okay jurrr.

2. Bantuan dalam bab 3 thesis anda. Specifically in methodology. So jika ada masalah bahagian methodology do contact me okay. Bab lain sorry, tak mampu nak tolong. Baca lr untuk diri sendiri pun dah cukup tak rajin 😂

3. Apa apa soalan berkenaan statistics. Jika mampu tolong saya akan tolong.

4. Bantuan untuk mengisi data dalam SPSS. Isi data, tanya soalan macam mana nak isi data, macam mana nak analyse data atau macam mana nak guna SPSS. Apa apa soalan mengenai spss. 

5. Bantuan menggunakan software R studio, R Gui atau SAS. Tapi aku tak advanced sangat lah. Boleh je nak tolong sampai tahap intermediate. Advanced nanti aku suggest possible person yang hampa boleh refer.


Okay tu je kot. Apa apa soalan atau bantuan boleh contact through email ezzatiabdulhamid@gmail.com (hanya untuk urusan seperti di atas, urusan lain guna email ztydreamz@gmail.com).

Keywords: How to analyze data, how to know the suitable method use for analyzing data, help in analyzing data, help me in statistics assignment, help me in methodology, help me in statistics, key in data in spss, how to use spss, how to use r studio.



UiTM Kota Bharu

Assalamualaikum.

*Post ini ditulis pada tahun 2014 dan diedit semula hari ini (12/11/2018)*

Usyar punya usyar traffic banyak pulak yang sampai kat blog ni dengan kata kunci UiTM Machang. Ya Alhamdulillah matlamat tercapai la jugak untuk tolong yang mana boleh. Tapi sikit jela, melalui pengalaman yang sedikit tu dan mungkin zaman tu dah berlalu sebab dah 3 tahun (weh time tulis ni 3 tahun berlalu, tapi harini dah masuk 2018, WHICH MEANS DAH 7 TAHUN BERLALU sebab aku di machang tahun 2011-2012) pun kan zaman aku kat machang. But who cares kan janji time hampa search search tu ada la jugak hasil pencarian compare dengan time aku dulu perghhh sakit jugak hati sebab nobody wants to sharing is caring pun tentang Machang ni. Aku punya tahap search tu sampai buat thread dekat facebook. A year later bila jumpa balik thread cari kawan sama course dekat fb tu jadi amazed pulak semua sebab sembang dengan yang dulunya stranger tapi sekarang kawan sendiri. Time obs dah ada geng tu actually sebab kenal dekat thread ni la. Tapi time ni tak ada smart phone lagi beb, semua main phone tiga tiga sekupang tu ha 😂 (aku la aku), yang pakai blackberry tu kira paling hebat la time tu. So semua ni guna computer ha. Komputer yang tebal warna putih kekuningan tuuu.. haha. Sumpah boleh ja hidup dengan aman time tu. Tapi start 2013 onwards semua dah slow slow pakat guna smart phone, start chat guna whatsapp dan zaman pun berubah di mana semua tak boleh hidup tanpa phone. sobs

So after all mesti ada jugak yang tercari pasal UiTM Kota Bharu kan. Ahh pedulik la kalau orang tak tahu pon janji kita rocks . haha tibeerr. Kengkadang tepenyek jugak bila makcik pakcik jumpa tepi jalan ka tengah jalan ka tanya ngaji mano nih (dalam dialek kelantan), dan kita jawab UiTM Kota Bharu, depa buat muka pelik dan tanya balik Kota Bharu ka Machang. Haha padahal time tu jumpa dekat bazar tok guru okay. Dan kalau ada yang taktau, bazar tok guru tu opposite dengan kampus saja. Ya terpencil kan kampus KB. So sad. Tapi tak adalah sadis sangat actually, bagi aku fasiliti semua cukup lengkap dan happy ja pun belajar situ. Tapi maybe ramai yang taktau sebab dia di celah celah bangunan kedai dan tak berapa nampak kewujudan dia. Dengar kata kampus KB dan tukar ke area tesco, dengan fasiliti yang lagi bagus. Wallahualam. Kesahihan tak dapat dipastikan. Sapa tau boleh drop komen kat bawah nah.

Cerita dia gini, untuk pelajar degree yang sambung di UiTM Kelantan yang lepasan asasi/ matrik/ dip kos lain akan mula belajar di Machang dan lepas beberapa semester akan transfer ke Kota Bharu . Kadar semester di Machang tu bergantung pada kos memasing. Untuk kos Statistik chuol akan ada di Machang untuk 2 semester dan selebihnya di Kota Bharu. Ehem ini cerita based on my experienced which is session 2011 until now , 2014. Sebab dengar ura ura mengatakan yang akan ada rombakan untuk setiap kampus satu fakulti. Dan memang junior junior untuk kos Statistik dah makin kurang. kalau kelas aku dulu ada 30 orang satu kelas, kelas junior dah bekurang sampai ada yang 11 orang saja satu kelas ha kesian takdak geng banyak 😋

Kalau ikutkan kos sara hidup of course kalau di Machang lebih berjimat . Pertama kalau di Machang pergi kelas naik tenggiling RM0.50 sekali naik, masa sem kedua tu aku tinggal kat rumah sewa jalan kaki je pergi kelas. Sekarang di kb naik kereta walaupun car pooling satu kereta lima org mau habis jugak RM10 seminggu lebih, kalau berjimba jauh lagi bertambahla duit minyak. hihi. Tapi berbaloi la sebab heyy boring la takkan nak belajar je kot. Have fun plis.

Dah, taktau dah nak tulis apa since cerita tahun 2014 yang aku tulis tak habis tu dah habis. So aku akhiri kalam dengan ucapan selamat maju jaya dan semoga nawaitu untuk kita menuntut ilmu itu sentiasa diberkati Allah.

Since aku malas nak buka hard disk. So letak gambar yang ada dalam laptop je lah. haha



Trainee at IPPT


Assalamualaikum.

-4th day intern (IPPT Bertam) XD

First day sampai kat sini, aku kena lapor diri kat bahagian jaringan industri dan masyarakat . super confident tunggu kat bahagian klinikal. Rupanya bangunan dia bahagiaaan belaaakang sinun ha. hmm nasib baik abah tak balik lagi so bolehla bawak aku p sana kalau tak. hoii mau 45 jam baru sampai (padahal naik keta tak sampai 4 minit pun), sebab dia a bit jauh actually.

And hello i actually dah ingat ingat lupa full journey on internship ni since tetiba harini nampak ada draft so terbuka dan tersambung tulis pulak. (Perenggan kat attas tu aku tulis pada hari keempat internship, 4 tahun lepas). Jadi hari ini aku tulis setakat yang ingat la since sekarang ni masih ingat lagi sikit sikit pengalaman tu, nanti bila nak baca boleh refer sini ja. ha gitu

Aku intern start september 2014 sampai disember 2014. In which banyak yang aku belajar kat sini termasuk belajar beranikan diri drive kereta sendiri selepas 4 tahun dapat lesen 😂. Sebabnya abah pergi haji time ni ha sebabtu la kena drive sendiri. Eh pandai pulak hang berani time ni. Ya kawan kawan, push factor tu sangat lah penting. Drive kereta myvi kuning abangku. Thanks, time ni dia sanggup naik kereta avanza mak dan bagi aku pinjam myvi dia tanpa sebarang bayaran. Oh soooo sweet. Tq abangku

Kedua belajar buat something yang aku tak pernah buat, tracing tengkorak orang. haha actually aku di bahagian craniofacial so doktor situ incharge untuk buat research on patient sebelum dan selepas pakai braces. Sound interesting kan, ya sangat menarik dan mencabar actually.

Dan biasa la budak intern, mesti ada geng intern. Semuanya semacam skema, tapi kuajaq jugak actually. Pernah satu hari tu, kami fly pi aloq staq weh. Adui takleh brain betui. One of the reason sebab tak banyak kerja. Dan tak ada kerja so merayap la apa lagi kan.

Missing my intern geng, Acik Ina, Yana, Auw, Ila, Fatin, Kak Ayu dan sapalagi tah lupa dah haha.

Okay sampai situ ja kot, malas nak throwback banyak sangat (padahal lupa)