Edit/post: Mac 3/2019
Sepanjang aku kerja sebagai ptft haritu aku nak buat special thanks untuk family, colleagues, students, friends and even strangers. Aku dedicated kan thanks aku dalam ni untuk ingatan aku yang mudah lupa. yeah melayu mudah lu.. lu apa?? lu bijak 😂
First sekali terima kasih kepada mak dan abah. Dari hari pertama dapat panggilan interview, panggilan hangit eh panggilan offer kerja saaaaaampailah hari terakhir bekerja. Support dari segi kewangan. Yeah am a loser, still pinjam duit mak untuk minggu awal mengajar 😣. Nak jadikan cerita pulak, gaji memang masuk lambat. Bulan kedua mengajar baru masuk gaji. Then what do you expect me to eat? haha. Dengan petrol nak ulang alik shah alam puncak alam lagi. Aku bersyukur dapat family yang banyak bagi support. Kalau call je mesti tanya duit cukup ka dak huuuu time tu dada berombak toksah dok cakap la. Dah besar pun susahkan keluarga lagi 😭😭. Then dah dapat gaji, teketor tangan bayar balik. hahaha. Except dekat abg asyrap la. Eh dah bagi tak baik mintak balik tq bang lanje adikmu ini.
|
Mak, Abah, Abang jat, Anis dan Atun melawat di Shah Alam |
Support dari segi mental dan fizikal jugak. Tapi aku jarang share kisah kisah aku bila duduk perantauan. Maklumlah bebas haha. Kadang tu aku suka buat kelas tambahan untuk students. Siang susah nak tally jadual kosong so selalunya memang aku buat malam. Mak abah aku tak pernah tau pun. Kalau tau confirm bebel sepanjang hayat 😅.Dah la malam, boleh pulak lepas habis kelas suka suki melepak makan. Eh taktau la kenapa aku liaq sangat time tu. hahaha takdakla liaq tapi ya la duduk rumah parent memang dak la nak keluaq malam balik lambat sorang camtu kan. So kira liaq la walaupun makan ja. Ramai ramai nah, bukan deting ka apa. So bayangkan jugak aku drive sorang pi balik pi balik dari shah alam ke puncak alam. Balik malam pun aku lek ja. Tapi actually seram jugak cumanya aku doa banyak banyak supaya Allah mudahkan urusan aku hari hari. Alhamdulillah selama aku ulang alik siang malam tu takdak benda bahaya pernah jadi. Yang paling bahaya pun minyak berkelip time dekat jalan puncak alam area saujana impian tu. hahahaha sebabnya aku memang jenis dah berkelip baru nak isi minyak. Time tu ketaq tak kira dah sebab tau jauh lagi pam minyak. Tapi Alhamdulillah selamat sampai dengan jayanya. hiks.
|
Mak Abah dan Abang jat turun Shah Alam naik ets untuk menghadiri convocation master aku. Time ni dah masuk semester kedua mengajar. |
Special thanks jugak dekat Fira (kawan degree and master). Kebetulan first time aku nak buat kelas malam tu Fira still ada dekat shah alam so aku ajak dia temankan pergi puncak alam. Balik tu lepak mamak dengan students. Then depa suggest lalu jalan belakang, lalu Klang sana. Aku pernah lalu sekali ja time siang. So aku ingat jalan tu okay la since depa dok brag jalan tu lagi dekat berbanding lalu highway sek13 tu. Wehhhhhhh gila gelap nak mamps kot. Aku pecut macam hapa time tu. Melayang weh kereta (kah kah), Alhamdulillah sibbaik takdak benda bahaya jadi. Fira pun pucat terus muka😂. Ni semua idea geng lelaki kelas bm2463n (peh kuat pulak daya ingatan aku eh walaupun dah tiga tahun berlalu). Untuk idea kome tu, nah amik sebijik 💩😝
|
Geng serumah time master. |
Then superrrrrrr special thanks to abang jat jugak yang bagi pinjam kereta. Actually sampai sekarang pun still kereta ada dengan aku. Aku serba salah gak nak mengaku tu kereta aku walaupun abang aku dah declare tu kereta aku. Sebabnya dia bawak kancil je kot. huuuuu. Pastu memang la aku tolong dia bayar bulan bulan tapi aku tolong tak penuh pun. Aku bayar tak cukup RM150 actually. haha. Bayar RM500 je. Tu pun time ada gap between semester tu bila aku takdo income, dia la bayarkan. See segan kan. Segan segan pun aku bawak gak keta tu. haha Thank abang, moga Allah bagi anda something better. [Edit] Kereta dah tak ada dengan aku since join sl1m haritu. Dok kl so aku naik public transport ja. Pastu meganggur setahun kan. So kereta dah serah dekat abang aku. Nasib lah dia bayaq sorang hahah. Soooo sekarang ni tengah pikir nak beli kereta ka dak hmmmp. Oh cerita bab kereta ni kan aku kalau student aku cam impress aku ada kereta ka apa aku cakap ja ni kereta abang saya lah. Weh depa tak caya kot, cakap aku merendah diri. Hahaha adui padahal depa taktau miss depa ni gaji cukup cukup makan ja time tu. kerja pun bukannya tetap.
Beribu ribu terima kasih jugak to kawan kawan sekerja yang banyak bagi support. Especially senior ptft Kak Eina dan Kak Nad yang banyak bagi tunjuk ajar. Allah ja yang dapat balas jasa baik kome. Sebelum mengajar je mesti bertapa bilik depa sebab nak mintak tunjuk ajar. Takut bagi ajaran sesat. Alhamdulillah Kak Eina, Kak Nad tak pernah lokek ilmu. Semua depa kongsi. Untuk Ain, Naim, Kak Yun, Kak Shiba, Kak Za, Nina, Kak leen, Kak Shahida, Kak Ziyah, Kak Mimi dan Kak Dawama jugak. Rakan seperjuangan yang sama sama takdak duit, bila dapat gaji masing masing bergabung window shopping ramai ramai. haha. Window je lah selalunya memandangkan bila dapat gaji je dah kena bayaq macam macam. Kadang dah bekenan sangat mula la ada penghasut suruh beli. Siap pinjamkan duit. hahaha adui rindu la hampa.
|
Mac 2017 - July 2017 |
|
Ptft September 2016 - Januari 2017 |
|
Naim kawin |
|
Berpoyo di scm |
|
Masing masing nak try ice skating di IOI |
|
Dinner |
|
Naim kawin time ni. Time ni aku dah join Sl1m. |
|
Rindunya uols. Ni di Jeram |
|
Ni bilik kami. Duduk beramai ramai camni nampak macam sadisss kan sebagai seorang pensyarah. Tapi kami lagi syok macamni, senang nak membawang hahah. Ni bilik sementara sebab blok bilik pensyarah tengah renovate. |
|
Dapat bilik sharing berdua pun last last menempek jugak reramai camni. Alahai rindunya |
|
Aktiviti paling best. Pot Luck. |
|
Time makan paling stress sebab taktau nak makan kat mana hahaha |
|
Bukti window shopping terpesong. hhaha |
|
Akhir semester benda paling best adalah tanda paper. Paling best dapat nota pelik pelik, nanti next post aku share haha rindu weh |
|
Meeting untuk marking paper |
|
Sambut birthday girl |
|
Aaktiviti di padang scm. Main baling tepung hiks |
Thanks jugak to Kak Huda yang banyak bagi support time aku dekat shah alam dulu. Selalu invite aku pergi rumah makan makan. Rasa mcm dalam ramai ramai kami, aku la yang kerap pi rumah kak Huda join makan makan haha. Thank you sooo much! Moga rezeki kak Huda bertambah. To kakak kakak yang lain pun, Kak Echa, kak Zu dan semua kakak kakak too. Thanks for being so sweet sepanjang pengajaranku di UiTM.
Dan lastly thanks to my beloved students. Entah lah kadang tu aku rasa aku tak layak pun mengajar. Budak Degree pulak tu. Yang macam adik adik je tu. Sama umur pun ada. Lebih umur apatah lagi. Tapi Alhamdulillah dalam semua students aku semua hormat aku seadanya. Ada la 10% yang poyo lebih. Tapi overall aku puas hati je sepanjang mengajar dulu. Rindu gila actually nak mengajar semula. Tahun ni dah dapat sambung semula actually tapi perancangan Allah tu yang sebaik baiknya. Dapat kerja lain so terpaksa tolak sekali lagi pekerjaan yang sangat sangat aku suka dan sayaaaang 😭😭. Perasaan ni sama macam time aku tolak untuk sambung masuk sl1m dulu. Tapi kalini takdak la nak menangih beriya macam first tu haha. Kalini cool dan teruja jugak sebab dapat kerja yang lebih secured. Alhamdulillah. (Gambar nanti di next post)
Akhir kata, Super Duper THANKS to ALLAH SWT yang dengar doa mak abah dan aku sendiri untuk merasa menjadi seorang pensyarah. Mak abah tak pernah putus putus doa sejak aku masuk matrik dulu. Aku pulak memang dari sekolah menengah tulis dalam buku biodata yang populaaaar dulu tu cita cita nak jadi pensyarah. Alhamdulillah Allah dengaq apa yang hamba dia mintak. Walaupun terasa diri ni tak layak, Allah lebih tahu apa yang terbaik. Aku mampu lawan perasaan tak layak tu dengan bagi yang terbaik sepanjang mengajar di UiTM dari Sept 2016 hingga July 2017. Pengalaman yang terindah dan paling mengajar aku erti seorang pendidik. Sangat mencabar tapi berbaloi.
Jangan pernah buruk sangka pada Allah, Allah adalah sebaik baik perancang. Doa banyak banyak dan tawakal in Shaa Allah, Allah kabulkan doa kita tu.
ok lah tu je setakat ni. Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment