uitm sangat gempak !


 assalamualaikum . 

harini cuti lagi . waha . jangan taktau sem ni banyak gilek cuti . seriusly sangat banyak cuti . rasa rilek gila kot untuk sem ni . yea memang rilek itu x bagus tapiiii cuti tu satu benda yang semua orang suka . kan ? sapa x happy kalau dengaq pekataan cuti . kan ? lain la kalau ada agenda lain . contohnya macam begadoh dengan adik so takmau cuti sebab kalau cuti kena balik rumah jumpa adik . eh ? boleh begitu ? haha . 

so moral of the story masoklah uitm . sebab uitm meeeemang best . hehe . kalini aku cuti seminggu sempena gawai . u lain semua tak cuti . booo padan muka . 

bila dah cuti ni . mulala cuti segala galanya . buat berat beg ja aku bawak balik buku , memang perangai baik gila la kan , konon baik hati dan rajin la sangat kan bawak balik buku . hemm hampeh ja ! elok ja buku buku tu tesadai atas kotak tepi kusyen nuh , aku bawak keluaq buku tu pon besebab . sebab buku aku mandi sabun weeeeh . adoi habis lunyai semua . haih kesian benaq . nasib baik dah nak habis sem ^.^


reverse - sem dua di uitm mache


assalamualaikum .

dah dua bulan aku redah sem 2, 
dah bermacam benda aku jumpa,
dah bermacam benda aku rasa,
dah bermacam benda aku dapat,

insyaAllah semua yang aku lalui ni mengajar aku erti kehidupan, bukan setakat dua bulan ni aja tapi  berbulan bulan yang aku hidup atas bumi ni, insyaAllah setiap detik tu milik Allah dan aku/kita sebagai khalifahNya perlu sentiasa patoh pada perintahNya dan dan insyaAllah hari esok lebih baik dari harini. hem tiba tiba termood insaf pulak . ^.^

sem ni aku duduk rumah sewa , 1st time rasa sendiri nikmat berumah sendiri (sendiri la sangat kan) , peritnya  kena bayaq sewa . haha . bab sewa ni yang kurang gemar sikit ni , kadang kadang rasa nak marah jugak dengan penduduk sekitar u aku ni, yela dah tahu bebudak u yang nak sewa , sewanya kenala berpatutan jugak . means kalau rumah yang memang selesa sangat tu x kisahla kan, sewa RM110++ sekepala, bayangkanlah satu rumah ada 16 orang. perghhhh kaya lah tuan rumah tu, RM1600 sebulan. hem kat sini aku belajaq satu benda 'u deserve to do what you want because it yours' kan ? yela memang aku ada hak sebagai pengguna untuk xpuas hati tapi tuan rumah pon ada hak untuk letak harga mahal jugak kan ? nak cari rumah sewa lain ? alah kawasan sekitar sini semuanya sewanya begitu, nak kata yang jauh harganya murah pon tak jugak sebabb kawan aku ada sewa agak jauh dari uni, tapi harga serupa ja . hem takpala, janji boleh dapat tempat beteduh , bayaq then study . selesai . haha . tapi sem depan aku dah pindah ke kampus kota bharu , rumah sewa pon dah cari . pelik pulak aku bila tengok rumah sewa dekat kb lain pulak peelnya , ada 1 rumah tuu, 3 kali ganda rumah aku duduk sekarang.. harga serupa jepon . hem , rumah yang aku dah propose nak duduk ni pulak dia kira harga serumah , serumah RM 600, kira ok la cuuuma xdek washing machine . halemak tu yang gelisah sikit tu. *hahaha* takpala apapon chill beb . chill la sebab mungkin nak beli sendiri kot , wohu sanggop kan ? ^.^


makanan ? biasaleteww, dah nama pon duduk rumah sewa komfem la kena masak kan . aku ? ahak, bak kata dino, penyeri dapur . hem entahla kalau bab masak memasak ni lemah lutut den tau . semangat tu ada, tapi masaknya belomla expet lagi, setakat nasi goreng ikan bilis tu boleh la XD XD
 


nila ghupa bentok rumah sewa gojes aku tu, eh kancil tu aku pon taktau sapa punya, haha . kami naik kaki ja hari hari g kelas -.-''


lupa pulak nak bagitau yang dalam rumah aku ada 8 orang yang kos sama , so senangla nak buat diskusion ataupon selalunya gosip la. hahaha . astaghfirullahalazim ehem ..

so beginilah kami setiap hari. meredah hujan mahupon panas . arghh payong aku tetinggal dekat aud . payong kuuuuuu --.--


payong hijau daun daun dalam kenangan ---.---

sem 1 dengan sem 2 banyak bezanya . heuheu

antaranya

kb mall . mcd weh . *beger sebijik tuu boleh beli dua pinggan nasik + ikan keli dekat warung kak mah kott*


ehem . haruslah berposing 

dah alang alang ke kb (tujuan : cari rumah sewa beramai ramai) kami singgah dekat rumah hanez . umi dia masak supeeer banyak punya , kenyang wehhh . tq lah makcik . susah susah aja ^.^

terengganu . heee . alah bukan suka suka tauu, makan kenduri rumah isma la , pantai ? heeee dah alang alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pantai keluang XD biasaletewwww


haa ni bukti dia , isma besanding besama papa . *skandaaal terr* 
(ahak gurau weh , jgn marah nanti bekedot muka tuuu)



rumah seniora dekat pasir mas . kenduri kesyukuran ,


kami g rumah seniora ni bekonvoi tau. dalam 4 bijik keta kalau x silap .  sebab satu kelas join en .


pantai cahaya bulan ^.^
feeling habih makan jagung tuu, then berlaku satu peristiwa menyayat hati dimana kami bergelot sebab time tu kan yang ada gempa bumi belah penang apa semua ni , komain lagi lari naik keta then tekejar kejar nak lari dari pantai . haha boleh pulak dino dok review benda benda pelik time kami tengah panik nak lari dari jam time tu.. ayu apa lagi... serius benaq muka dia time tu. hahaha . aku pulak dah terbayang bayang final destination .adoila , kenangan betol ^.^

sebelom g PCB aku,dino dengan ayu g rantau panjang jugak . haha . dah nama pon tempat shopping haruslah membeli belah . so moral of the story jauhkan diri anda dari tempat sebegitu XD

sepagi bersama mereka


isma


ayu

dino


and the four of us . ni roomate aku . hahak . terima kasehla sebab sanggop layan kerenah aku yang serba serbi tak kena ni XD kami selalu 'execais' , tambah tambah bila esok tuu ada kuiz, takpon test . haha . release tension la konon . nak join execais ? bolehla isi brg masok meminang dulu eh , lalala ~


motif : teringin nak masok iklan codomolion kot . ^.^ . intan dengan diba ni housemate aku merangkap jiran bilik , sari x gadoh x sah XD

ni haiwan peliharaan dino . nama dia oshosh . hyperaktif di waktu malam , kata isma dia pernah **teeeeeeeeeettt dengan cikT . hahaha . sesuka hati limpa dan perot ja eh menuduh oshosh begitu ya mama . ada lagi satu haiwan yg dino bela , nama dia shiro (takdak pulak gambaqnya) . kesian shiro kena tinggal sengsorang seminggu ni . hemm pandai la kau nak hidop shiro oi ^.^


ni masa awal sem. sambut burstday dino . haha . dengan aku aku sekali tekena . takdek pulak gambaq tg,ainil dengan ziema. sori la uoll, tak gigi biru haritu XD


lastly merangkap suprise untuk aini . hahaha


1st time aku pakai benda belit belit ni . tupon dino yang belitkan , kalau aku belitkan sendiri agaknya jadi pocong kot . ^.^ . 1st time dan kali yang terakhir ,buat masa sekarang laa . heeeeeeee

nah ambik aku simpolkan semua benda yang terjadi sepanjang dua bulan mengahrungi sem 2 *skemanya* ada banyak lagi actually, tapi tuula..em biasa lekan, mana nak ingat semua keen , huargh !

ok . dah lengoh segala mak nenek dah dok mengarang then tunggu gambaq upload then hang la apa la . haha . aku bukak laptop actually nak buat assignment regression last last assignment blog pulak jadinya . hem . 

dahlatu , kalau ikot skema karangan ni dah lebih 30000 perkataan dah ni (hiperbola) , jadi haruslah aku mengudur diri sekarang

salam alaik ^.^

blog sudah canggih


assalamualaikum .

 dah dekat dua bulan aku x post dekat blog usang nih, setakat jenguk jenguk time ada dalam lab ataupon time menumpang dekat bb kawan tu adala , kalau nak sign up tu memang x la kan. haha

mungkin ada hikmahnya kalau xdek bb ni

1 . x bukak fb
2 . x bukak blog
3 . x tengok jk the sparta itu

haha. so hikmah terbesarnya adalah jimat masa,wang dan tenaga. eh yeka ?

tapi bila dah bercuti ni, mulala balik aktiviti lama , pekataan 'x' dekat no 1 2 3 tu entah kemana hilangnya . heeeeeeeeee. so moralnya, pandai pandai la nak hidup

you decide . kan ?

eh tesasar pulak, tajuk entry blog sudah canggih tetiba cakap pasal benda lain. sengal ja hang ni .
so setelah dua bulan aku x bukak blog ni , terpinga pinga bila setting dia dah lain . lagi suci dari dulu . kan ?


lepas ja sign-in dia akan keluaq page begini kan , first impression aku : alahai canggih dah sekarang 
then : waaaaaah ada pageview . heuheu boleh cek selalu lepasni


then click ja dekat anak panah tu.

 ada earnng lagitu weh . haha , aku punya ? ahh x payahla , tengok graph pon dah tau resultnya kan . XD XD pageview today 6 ja . alah ok letewww untuk blog usang yang serba xdak manfaaat ni kan XD

setelah digelodek gelodek , entry berbunyi 'kim jong kook' yg dapat byk perhatian . ohh ramainya peminat kau JK . hem lepasni nak buat selalu lah camni XD heuheu

oklah . jom tidoq . salam alaik .

tak macam dulu lagi


assalamualaikum .

alah biasa latu kan, sapa yang nak macam dulu dulu, semua pon nak terkini. *phui* 
apa jela , yang penting aku nak cakap pasal satu benda ni.
pelik bebenaq sekarang ni. bukan pelik dekat apa pon, dekat diri sendiri niha

dulu bukan main lagi semak luggage ketat ketat, bukan apa.. segan kononnya nak bawak banyak banyak , baju yang rasa kurangpenting tu jangan harap la nak masok senarai.
dulu setiap kali shoping sebelum balik ke asrama (sek , matrik && sem 1) , memang elak la beli banyak banyak. yang tu xmau yang ni xmau

lani. nah ambik hang, berplastik plastik , ber beg beg luggagenya. wah. seram la pulak bila pikiaq x celuih kereta esok. haha. shopping bukan main lagi dekat gmart, gmart jela sebab aku memang suka bejimat kan *huahua*, mentang mentang nak duduk rumah sewa kan, segala mak nenek nak beli, dengan sardinnya, gula, semua aku nak rembat dekat penang. kenala sedas dengan adik aku "eh dekat kelantan xdak sardin ka?" haha . sengal punya adik! then tadi malam g shoping lagi, rembat jeruk pak ali pulak, setin milo dengan macam macam lagi lah ha ! x cukop shoping dekat gmart dengan tesco barang barang kat rumah pon semua aku nak, periuk, camca,mangkok , multi cooker senang cakap barang dapoq la semua aku angkot. haha . mak pulak offer memacam, ikan bilis la, bawang la. hee bajet ja aku nak masak kan XD xpa, dino ada XD

haha. harap perjalanan ke machang esok sempoi ja, amin . 

*bila lama sangat dekat penang ni memang malas la gila nak balik kelantan nuh. wargh ! *
bila dah lama dekat kelantan mesti malas balik penang pulak. haha. 

salam .

diary


assalamualaikum.

phew
 tetiba harini nak bermood diary la pulak. haha , sebut tentang diari dah buat dira rasa poyo aja . haih la hai


dah nama pon diari mestilah ada kunci kan ? haha . sengal gila . ala biasa la .. ni time tak cukop umoq lagi nih . adoiyai malunya la bila pikiaq balik . *.* . ni beli time duduk asrama kot , ada budak mana entah jual dekat asrama , kononnya reject sikit so murah ajela . janji murah kan , x kisahla reject ke hapa *huahua*

bila baca balik kandungan diari ni . mak aii memang rasa nak rendam kepala dalam kolah masjid aja .terlalulah menggediknya ayat ayat. ala ayat yang macam budak budak sengal suka dok tulis tu. ada 'ew' kot belakang la apa. hahaha . tak sangka aku pon terjebak sekali dalam masalah penulisan serba moden yang tah apa apa tu . eiii geram pulak bila baca balik .

dahtu banyak betulla kenangan yang entah apa apa . haha . kenangan yang baik , yang menyakitkan hati semua nya ada. emo jugak eh dulu dulu *brrrrrr* tak kurang jugakla hal peribadi . alah hal ehem ehem la. hahaha , eh tak layan la ehem ehem bebetol , main minat jauh jauh je , tapi aku pon dah tak hengat sapa yang aku minat tu . dalam diari pon nak berkias , guna nama tipu je , x guna nama sebenar . so dah betahun tinggal so memang x hengat la sapa kah gerangan empunya diri  tu. HAHAHA . sengal gila ! mana la nak ingat. bukan penting pon *cover*

apa apa pon , boleh la jugak hilangkan stress walaupon x stress pon sekarang ni , almaklumlah . cuti lagi kan . tapi aku rasa memang x lama dah la riwayat hidup diari tu. esok esok aku nak bakaq aih , x pon baling dalam hutan . eii x boleh , kang x pasal aku jadi glemer . haha . memang x rela dah nak baca . mengerikan la bila baca balik diari ni , entah kenapa la aku tulis benda benda macam tu ? hahaha . senget senget senget !


haha . banyak jugak eh harta pusaka aku . hem , yang tebal mak ayong dedek tu buku yang aku tempek segala mak nenek benda benda precious aku penah dapat dari kawan kawan . yang hitam bawh sekali tu buku album buat sendiri time fom five , yang bekunci tu tahu tahu ajela . ehem ehem . dan yang lain tu benda benda merepek aja . conteng conteng , tulis benda x berfaedah lagutu la. haha . 

dahla. geli ja dengaq diari diari ni. pui *padahal layan jeek* hahha

*diari memang sengal tapi tula kenangan yang ada pon. precious apa kan ?*
*blog sama ka dengan diari ? oh mungkin . tapi hal personal gila tu janganla pulak nak tulis dalam blog. x privacy nama dia. so diari la yang sesuai pon.haha*

salam .